September 29, 2014

Pon Lupa Jugak

Salam
Kes terlupa renew lesen memang terjadi tetiap taon pon
Taon lepas tak renew, lagi la menambah keterlupaan itu kann
Dulu kate susah ingat tarikh, ni dah letak sama ngan tarikh lahir pon boleh tak ingat. 
Dah lepas 2 minggu dah pon, adoiyaii
Urat putuih banyak kato cik bos den...memang boto la tu..sumo bondo pon asek lupo :P
Taim-taim cenggini kalau nampak abang polis terus rase tak sedap hati, kalau tak tahu rilek jek. 
Bila tahu dah ada kesalahan haaa tak tontu arah ekau kann ekekeke

September 19, 2014

Menikmati

Salam, penah makan pisang goreng di saluti cheese?? Ke saya jek yang ketinggaan hihi
Perghhh memang yummey. Area Bangi leh dapat kat restoren kelisa dekat-dekat ngan kopitiam bangi. Dia bukak gerai kecik jek kat lorong. Minggu ni memang aktiviti menternak lemak jek ler. Arini pulak encik bos tetibe belanja cheese tart. Haduiii lemak kuase tige ekekeke. Pasni kena gajin ler wat sit up. Perot dah boroi :P

#pisangcheesejakarta
#sodap
#promote
#katblogponnakhashtag

hahahaha..poyo!

September 18, 2014

Makan Kek Lagi

Salam, minggu ni asek ber'kek je la yek. Besday kate kann hihi. Mujur le kita ni memang penggemar kek. Ini seprais dari ofismate. Suke taw wat seprais camgini ecehhh...thanks korang. Terharu akak! Untuk ke-last kali celebrate besday pangkal 3. Tuo dah mokcik nih. Sape yang berdekatan meh le singgah makan kek. Ewahh :P

September 17, 2014

Dapat Kek Sebijik

Salam satu melesia ececehhh..mementang ari melesia kann. Semalam lahhh...
Alhamdulillah semalam dah bertambah lagi setaon usia. Terima kasih ya Allah.
Nak teros update semalam tapi sebab baru balik dari berjalan, tak daya la pulak..lagipon nak mendobi baju lagi kan. Perrghh letih. Pi jalan memang seronok tapi balik..tu dia menggunung baju haha. Terima kasih buat semua sahabat dan saudara mara yang menghantar ucapan. Terima kasih atas ingatan kalian. Terharu tsk tsk tsk. Ni kek anak-anak beli guna duit papa ^_^

September 9, 2014

Budak Banyak Akal

Salam, cuaca sejuk jek nih. Hujan kat luar tu. Tetiba malas nak sambung keja..opss hihi
Ni kisah anak bujang kecik kite yang sangat menduga tau. Semenjak dua menjak ni, boleh kata tiap-tiap ari nangih tak maw duduk seat dia. Al-fenin la mama dia. Baru duduk situ tak sampai 5 minit, mula la setat enjin dia. Memula pelan, ok mama buat dek jek. Tengok tak dilayan, apalagi naik tros high pitch. Kadang tu jerit sampai nak kluar anak tekak. Dah camgitu sekali jeritnya takkan le mama tak de perasaan nau kan. Hati tisu kate hik hik. Angkat le duk ateh riba. Bahaya sungguh! Tak de pilihan dah. Drive dengan satu tangan aje. Mana nak tukau gear mana nak putau stereng. Haishh...kadang perasan gak orang selisih perati. Tahu bahaya tapi takkan nak biar dia melalak. Lagi tak tenang kite nih. Dah diangkat tu memang terus diam le, kemain berseri muka dia...alahaii anak. Nak kata jauh nurseri ke rumah tak jugak, adalah dalam 10 menet perjalanan. Mujur le tak guna jalan besau pegi balik keja tu, amik shortcut lalu taman perumahan. Nak kena tukau seat ngadap depan kot. Belum beli lagi la, yang kakak apiya punya mama dah bagi orang huhu. Bersabar la dulu...

September 2, 2014

Plan Bertukar

Salam, kisah sabtu baru ni. Mulanya plan nak pi kenduri aqiqah cucu Dato' (my boss). Majlis start kul 3, tapi kitaorang klua lewat sikit dalam 3 lebih kot. Dah janji nak pi sekali ngan budak-budak opis. Nor saing dari Bangi, ecah pi dulu pasal dia pon ade kenduri kawen kat area umah Dato' tu. Dah jalan tu, elok sampai jek Bandar Tasik Selatan, tengok tu dia jemmm. Redah jugak la..makan sejam gak nak tibe ke flyover Pandan Indah. Asben ai dah give up dah, tak tahu jem-nye sampai mana abih. Sudahnye sampai ampang patah balik. Nak teruskan perjalanan memang tak arhh. Bukan dekat lagi, jauh! Umah datuk nun kat Batu Caves sana. Pukul brapa lak nak sampai. Suh nor pegi je, dia pon tak mau. Cuaca la nampak cam nak ujan. Malam kang ada majlis kat taman perumahan plak. Haii takde rezeki le nak makan kambing golek hihi.


Alang-alang dah lalu mines tu, bebudak ni ajak le singgah. Dah lapau perot memasing. Tadi tak lunch pon kat umah sebab dah heavy breakfast. Pastu konon nak simpan perot nak makan kkambing golek hihi. Situ pon gamai manusia. Hari-hari coti memang tak penah kosongnye Mines ni. Sedangkan ari biasa pon gamai ini kan lagi coti kann. Lepak le sini kejap, sementara papa amik peluang caik gadget dia. Alya pon sempat gak pau monopod ngan papa dia. Cume tak dan nak test lagi hihi. Ok laaa...arini rasa cam senin plak kan. Dah coti 3 ari keja pon ala-ala sipot :)

Selfie wajib kalau datang sini :P