November 25, 2024

Konvo Kakak

Assalamualaikum

Musim-musim konvo ni, teringat pula konvo kakak tahun lepas 😊. 

Alhamdulillah, tahniah kakak! Tamat sudah peringkat pertama pengajian kakak Alya. Semoga kakak masih terus bersemangat berjuang demi segulung ijazah pula. Insyaallah aaminn. 

Disember tahun lalu, kami sekeluarga kecuali Aisyah meraikan majlis konvo kakak di PWTC. Masa tu plan nak pergi berdua saje tapi kebetulannya memang cuti sekolah masa tu, macam sesuai je untuk pergi semua. Dalam pada itu bimbang juga nanti Afiya dan Syaqir tak dapat nak handle abang Hadif. Ye la, mama papa masuk dewan nanti. Walaupun abang sebenarnya pandai je bawa diri tapi dalam sesak-sesak kat sana bimbang tersesat. Beliau pula suka nau jenjalan, explore sana sini. Last-last terfikir ajak atok dengan nenek. Alhamdulillah mereka berkelapangan dan suka aje nak join. Maklum la cucu pertama konvo kan hihi. Dapat la atok tolong temankan abang hadif sementara kami dalam dewan. 

Gamba konvo memang jarang yang cantik kan. Orang lain semua elok tapi mamanya macam terlebih pondesen pulak, padahal tak mekap pon aduiii kelakar betul 😂. Masa ni hati tengah senang agaknya, nampak mengembang ler sikit badan hahaha. Tapi takpe ler, ni haa acik share seketul buat kenangan hihi. 


Seharian jugalah kami bertangga kat PWTC tu. Makanan pon limited kat sana, booth makanan tak banyak, yang datang pula terlebih ramai. Mana taknya konvo sorang, yang meraikan macam kami ni dah berapa orang kann haha. Mana nye tak penuh sesak PWTC tu. Abis-abis je, laju-laju balik tapi singgah kedai makan dulu. Kesian semua lapau. Nak suruh atok jalan-jalan kat Mall sebelah tu macam tak sampai hati pula. Lagipun mana retinya atok nenek tu kann haha. Apa pun berterima kasih la sangat-sangat pada atok nenek atas kesudian meraikan sesama Konvo kakak. Lagi setahun, insyaallah giliran Aisyah pula. Macam kejap je rasa. Doakan kami semua dirahmati dan di panjangkan usia melihat anak-anak membesar dan berjaya. Insyaallah aaminn. 

November 15, 2024

Perjuangan

Assalamualaikum

Petang ini, hujan. Lebat! Melihatkan cuaca yang sejuk diluar, sambil menung-menung, terkenang lah pula saya tentang perjalanan kerjaya saya di sini. Sunyi betul petang ini! Banyak yang dah berubah. Saya akui saya ada rasa sedikit rindu suasana masa dahulu. Meriah, penuh gelak tawa, gurauan dan suara bergaduh sesama sendiri haha. Kini saya hanya bertemankan meja dan kerusi kosong. Ermm...sayunya. Mungkin ini memberi saya sedikit emosi, untuk saya menulis, konon! 😄

Flash back...Tahun 2006, kali pertama menjejak kaki di sini (KC) saya seorang sahaja pekerja. Hari pertama bekerja, kepala saya dah berdenyut. Tak tahu nak mula dari mana. Saya belek-belek segala fail yang ada dan mengenal pasti kerja apa yang saya nak buat. Keliru juga saya. Ayat bos di hari pertama di sini, you tengok-tengok la dan buat apa-apa yang patut. Alamak! Masa tu saya tak nampak pon apa-apa projek apa yang sedang dijalankan. Bos-bos pon nampak macam tenang-tenang saje. Saya pulak pertama kali keja dibidang komersial. Akhirnya selepas sebulan, perlahan-lahan saya mula menyesuaikan diri. Ya, memang saya banyak plan keja sendiri ikut kesesuaian jawatan saya. Rakan sekerja pertama saya lepas dua bulan adalah Mai, QS yang bos pinjam dari BR, company kawan dia. Kemudian masuk pula Shuib dan intern politech Wani. 

Selang beberapa tahun kami pindah ke ofis yang lebih besar sesuai untuk menampung sebilangan staff baru yang masuk, terutamanya staff teknikal. Projek pertama saya adalah projek Pengkalan Polis Marin, Tanjung Pelepas. Projek ini juga lah yang memperkenalkan saya dengan dunia construction, ytjt haha. Selepas tu, alhamdulillah projek company kian bertambah dari tahun ke tahun. Pekerja pun silih berganti. Mana yang selesa akan kekal lama, yang dapat peluang lebih baik, pergi. Tak terlayan saya dengan kerenah mereka. Bermula daripada kerja-kerja admin dan akaun kemudian bertambah ke HR pula. Berbekalkan sedikit pengalaman di bidang kesetiausahaan syarikat, auditing dan percukaian banyak juga la percambahan kerja saya di sini. Terpaling gila kuasa, semua saya cuba dan ada yang terpaksa buat haha.


Orang kata langit tidak selalu cerah. Penghujung tahun tahun 2018, titik paling rendah KC pernah berada. Pekerja berhenti seorang demi seorang, projek tiada, legal kes bermula, arwah dato meninggal dan ada la lagi beberapa isu yang timbul maka nama KC semakin pudar di dunia construction. Sijil-sijil syarikat seperti CIDB dan PKK masih kekal hingga kini, cuma tiada apa-apa projek, keadaan kewangan juga tak berapa baik jadinya agak susah untuk kami menyertai mana-mana tender. Sebelum ni sekitar 2014, KC pernah juga jatuh tapi berkat usaha tanpa putus asa dari bos, kami kembali bangkit. Namun kejatuhan kali kedua ini memberi kesan yang lebih besar. Maka yang bertahan adalah saya dan seorang lagi staff teknikal, Aishah. Kami sama-sama mengharungi detik-detik kejatuhan ini. Beliau juga akhirnya telah berhenti beberapa bulan yang lalu. Walaupun kami sama-sama janji nak terus di sini sehingga KC pulih paling tidak hingga penghujung tahun 2024. Tapi apakan daya, perjalanan hidup kami tak sama. Kini tinggal la saya sendiri, terasa macam saya seawal 2006 dulu, cuma versi tua 😃

Saya tahu ada je ex-staff KC yang tertanya-tanya macam mana saya dan Aishah bertahan. Kami seolah-olah tak terkesan dengan keadaan company. Hurm..Entahlah! Apa yang pasti kami dah seperti sebuah keluarga. Kami sedaya upaya cuba membantu apa jua usaha bos untuk kembali bangkit dan usaha kami itu tidak hanya tertumpu kepada bidang construction semata-mata. Cuma itu la, belum lagi membuahkan hasil. Sementara ini biarlah saya selesaikan saki-baki tugasan saya disini. Sebelum saya benar-benar pencen hihi. Apa yang boleh saya rumuskan selama 18 tahun di KC, terlalu banyak pengalaman yang saya dapat. Dari sekecil-kecil ilmu yang saya timba dari bos-bos, saya amat menghargainya. Terima kasih kerana memberi sepenuh kepercayaan kepada saya. Andai jodoh saya dengan KC tak panjang, lebih awal dari perancangan, saya doakan KC terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi. Insyaallah! Panjang pulak posting ni, terima kasih yang sudi membaca 😊

October 31, 2024

September yang Manis

Assalamualaikum

Dah kenapa nak cerita September pulak ye, ini pun dah pengakhiran Oktober 😁. Bukan apa, pada yang sedia maklum September adalah bulan yang agak istimewa pada saya pasalnya ia adalah bulan kelahiran sendiri. Tentulah ada sedikit keterujaannya setiap kali September menjelang. Pertama-pertamanya, saya panjatkan rasa kesyukuran atas nikmat yang telah Allah SWT berikan sehingga saya mencapai usia ini. Alhamdulillah di kala ini diberi tahap kesihatan yang boleh dikirakan baik, semoga teruslah kesihatannya begini hendaknya dan juga dipanjangkan usia. Insyaallah. Aminn.

Memang tiada perancangan awalnya untuk pulang ke kampung pada cuti panjang tu tapi pagi-pagi sabtu tu mak call tanya free ke, boleh balik kampung? Dah sememangnya kita takde apa-apa, takkan nak kata tak boleh pula. Katanya abah nak belanja makan, bukan la khusus belanja untuk hari lahir saya, cuma makan-makan keluarga. Kebetulannya abah dapat rezeki lebih dan tak disangka-sangka pula, itu yang berhajat benau nak belanja anak-anak. Nak balik ari sabtu petang mulanya tapi tak sempat. Aisyah terlibat dalam Keretapi sarong under kelab kebudayaan Uitm, kakak Alya pulak keluar dengan kawan-kawan sekolah. Semuanya dah dirancang lama, takkan nak batalkan. Makanya hari ahad la baru balik kampung. Alhamdulillah malam tu dapat lah kami makan sedap-sedap abah belanja dan dapat surprise sekali hahaha. Tak penah lagi tetibe diberi kejutan nyanyian lagu besday di kedai, aduii malu nau acik nakk hahaha. Adik bongsu tak dapat nak join pasal adik ipau kesihatan tak mengizinkan. Insyaallah tahun depan bertambah sorang lagi waris Hj Mohamad. Setelah 7 tahun menanti, Allah kurniakan rezeki buat mereka. Semoga dipermudah segala urusan Ayie dan Ira. Aminn.

September tahun lepas, kami hantar Aisyah ke Uitm Dungun. Masa ni kakak tak dapat ikut sama sebab dia tengah menjalani latihan industri, tak boleh cuti. Tiga hari juga la dia bersendirian di rumah sementara kami menghantar Aisyah. First time anak duk jauh sangat. Selama ini, masa sekolah menengah dia tinggal di asrama juga tapi dekat je dengan rumah. Tiap-tiap minggu boleh melawat. Kali ni berbeza, sayu juga saya nak melepaskan beliau. Tak sangka dapat sejauh ini 😅. Apa pun setelah setahun, alhamdulillah Aisyah dapat menyesuaikan diri dan mula biasa tak dapat nak balik selalu. Balik masa cuti semester saje. Satu kelebihannya biras saya orang dungun, so bila dia balik sana ada juga la dia jengah or ambil Aisyah di kolej bawak ke rumah kakak dia. Alhamdulillah, mekasih maksu!

Tahun ini, masih di bulan September, kami sekeluarga ke selatan pula hantar kakak Alya. Dia dapat sambung degree di Uitm Segamat. Daerah kelahiran papanya. Dia berangan nak dapat Uitm Puncak Alam. Nak selalu balik la tu hihi. Bukan apa, kakak ni dia tiada pengalaman duk asing dari family macam Aisyah. Itu yang sayu juga mama nak tinggalkan dia kat sana. Walaupun dia nampak macam ok  tapi masa nak kena tinggal berjuraian juga air matanya hahaha. Bertabahlah kakak. Bila lagi nak merasai pengalaman begini. Alhamdulillah yang ini pun dekat juga dengan maksu beliau hahaha. Biras saya nurse di Hospital Segamat dan duk di kampung rumah arwah mertua. Ada juga la sedara yang boleh bantu-bantu sekiranya perlu. Sejak mertua dah tiada ni, jarang sangat kami balik kampung. Mungkin ini la hikmahnya pada kami. 

Maka, semakin sunyi la rumah kami kini. Tinggal yang kecik 2 orang masih bersekolah dan abang Hadif. Semoga anak-anak mama sentiasa dalam rahmat dan dilindungi Allah SWT walau dimana jua berada. Hati ibu mana yang senang bila anak-anak duk berjauhan kan. Tapi itu la proses yang kita kena terima. Kita dulu pon begitu. Semoga mereka berjaya dan dipermudah segala urusan dalam mencapai cita-cita mereka. Insyaallah, Aminn. 

Sekian dulu. Nak masak kari sempena deepavali ni hahaha. Baiii😊

September 10, 2024

MJ Legacy's Family Day 1.0

 Assalamualaikum

Penutup bulan Ogos yang lalu, setelah beberapa kali bertukar tarikh, berjaya juga kami berkumpul adik beradik, ipau duai, anak-buah dan cucu. Ye, acik dah ada dua orang cucu hihi. Walau pun serba ringkas, yang penting masa bersama. Semenjak ketiadaan kedua ibu dan bapa mertua, jarang sekali kami berkumpul. Raya pun bersepah-sepah dah semua. Bersepah balik ke kampung lain-lain maksudnya tu hihi. Main-main sukaneka, makan-makan, borak-borak sambil ketawa, riuh rendah dibuatnya! Semoga ukhwah kami kekal selama-lamanya. Insyaallah ada rezeki kita berkumpul lagi. 

July 8, 2024

Maal Hijrah

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru Hijrah 1446/2024

Semoga tahun ini dapat menyinari hidup kita, dengan memperbaiki diri, meningkatkan lagi keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah SWT.

Semoga Allah SWT sentiasa merahmati kita dan memberi keberkatan usia, kesihatan dan rezeki.

Jadikan tahun baru ini lebih baik dari tahun sebelumnya.

- 3 Muharram 1446 -

June 27, 2024

Selamat 23

Asslamualaikum
Alhamdulillah 23hb Jun baru ni genap usia abang hadif ke 23 tahun. Kebetulan tarikh dan bilangan umurnya sama pulak tahun ini. Semoga segala yang baik-baik aje untuk abang hadif. Tiada yang lebih membahagiakan saya dan sekeluarga selain melihat abang hadif membesar sihat dan bahagia. Ramai orang kata dia adalah anak yang bakal membantu kami ke Syurga kelak. Namun ketahuilah jalan ke Syurga itu tidak mudah. Hanya yang tahu je tahu macam mana liku-liku perjalanannya. Saya percaya setiap pemberian pasti ada hikmahnya. Doakan saya sentiasa sihat supaya dapat menjaga amanah Allah yang teristimewa ini sebaiknya. 

Happy Birthday Abang Hadif! Mama love you 💓

23 June 2024

June 13, 2024

Menjejak Kasih di Dungun

 Assalamualaikum

Lama juga mengambil keputusan untuk menulis ni. Macam-macam yang difikirkan. Malas lain macam. Dulu masa muda semua benda nak ditulis haha. Bila dah nak masuk usia emas ni, vitamin M lebih. Usia-usia pencen ni patut dah boleh join geng-geng ngaji kat surau tapi tu la belum kesampaian. Jumpa jiran tetangga kalau ada kenduri kendara je. Selagi tetiap hari keluar pukul 9 balik 6 memang belum lagi la kesampaian perancangan tu hihi. Beralasan saje la kejanya kann. Insyaallah, doakan la acik diberi kesihatan yang baik dan dapat memberi khidmat pada orang sekeliling.  

Ok, meh la simpan kenangan lagi di blog ini. Kisah setahun sudah ni, bulan September. Masa hantar anak no.3 sambung belajar kat Uitm Dungun. Kemain jauh dihantaunya anak den. Udah ler tak penah berjauhan. Dedulu memang ler dia duk serama tapi dekat je, tetiap minggu jumpa. Ni jauh kat pantai timur, memang sekali je la mama hantar awak Aisyah. Kena belajar berdikari. Aduii tak leh nak gambar perasaannya masa tu. Insyaalah, nanti ada masa kita buat story pasal dia daftar Uitm tu ek hihi. 

Memang ditakdirkan anak saya kesana kot, untuk kami kembali menjalin silaturahim dengan keluarga angkat semasa mengikuti program U dulu. Keluarga angkat tinggal di Felda Ketengah Jaya, tak jauh mana pon dengan Uitm tu, dalam 45 minit kata Yana. Nak jadik cerita Yana, adik angkat tu baru je add friend kat Facebook setahun sebelumnya. Masyaallah! Memang suatu kebetulan yang diluar jangkaan sangat. Terharu rasa dia masih ingat nama saya. Mujur memang guna nama sebenar kat FB tu. Maklum ler nama unik, eh eh mula la tu, perasan hihi. Awal-awal saya dah bagitahu nak ke Terengganu, kemain happy dia. Ajak duk umah Cik (gelaran mak angkat) lagi. Cume tu la saya pegi berkumpulan. Dengan mak abah, Ayie Ira sekali. Segan la derang nak stay umah Cik. Kalau kami saje memang on. Takut yang lain tak selesa dan tak mau menyusahkan. Mungkin di lain waktu, insyaallah. Lega juga sebab apa-apa hal boleh la minta tolong Yana jenguk kan Aisyah. Alhamdulillah, masa ni rasa untungnya ada kenalan/ keluarga angkat. 

Alhamdulillah sihat lagi cik. Ikutkan usia dia dengan mak, tua dia lagi. Tapi dia punya cergas lain macam. Hebat la cik. saya pon kalau buat extra aktiviti dah mula longgar lutut sakit sana sini hahaha. Kagum kagum! Selepas beliau baik dari strok memang cergas kata Yana, tak leh duk sesaje ada je keja dia. Anak-anak cik yang lain pon dah berkeluarga semua. Yana yang baru 9/10 tahun masa tu pon dah kahwin anak 2. Afiq si kecik, masa tu dalam 3/4 tahun tu pon dah 28 tahun. Halah-halah terasa tua sangat dah ni huhu. Sempat juga Cik jamu kami dengan nasi minyak ganu, ummm sedap sungguh! Air tangan  mak-mak ni memang sedap. sayangnya tak dapat nak berlama, maklum la ada intenary yang nak dipenuhi hihi. Adik dah booked homestay kat Kuala Terengganu maka ikut la juga saya ke sana. Bukan senang nak sampai sini, alang-alang tu bawak ler mak jalan-jalan sekali kan. Itu saje la citenya. Ok sekian saja. Bye!

June 6, 2024

Semoga Berjaya Kawan


Assalamualaikum..eh eh mimpi apa ntah tetibe masuk sini. Semoga yang sedang membaca diberi kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan. Maklum la acik ni dah semakin menambah usia, gaya menulis pun macam warga emas dah hihi. Gambar kenangan bersama rakan sekerja terakhir yang telah pun mengorak langkah ke arah yang lebih baik. Kebetulan hari tu sedondon hijau hihi. Masing-masing ada perancangan dan kemahuan sendiri kan. Di usia yang sebegini, tidak lah lagi saya nak berimpikan bulan dan bintang. Dapat melalui setiap hari dengan baik pon dah besar rahmatnya. Apa pon, semoga sukses Aishah! 

Nota kaki: Akan cuba kembali menulis dengan azam satu gambar satu cerita kikiki. Nantikan. Insyaallah!

January 9, 2021

Syaqir Graduation

Assalamualaikum

Hello hai semua...Tetibe muncul pulak yek. Lama juga bertapa hihi. Salam tahun baru juga untuk semua. Semoga tahun baru ini memberi sinar harapan baru buat kita semua. Walaupun kita masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19 namun kita masih tetap kena teruskan kehidupan. Paling utama jaga la keselamatan diri dan keluarga, SOP jangan diabaikan. Kalau takde keperluan duduk aje la kat umah dendiam. 


First event kami di tahun 2021 ini adalah konvokesyen Syaqir. Macam tak percaya je dia dah nak ke sekolah rendah. Masih nampak kecik molek lagi. Aduhaiii...


Walaupun takde sambutan seperti tahun-tahun sebelum namun kami tetap rase berterima kasih pada teacher-teacher yang mengusahakan sesi pengambaran drive thru ni. Kami datang cuma untuk ambil scroll dan bergambar je. Mujur sempat tengok Syaqir buat persembahan tahun 2019. Merasa la juga Syaqir suasana konsert tadika tu. Bermula dari zaman Alya hingga Afiya memang kami tak pernah miss hadir majlis akhir tahun ni. Tapi itu la, nak buat macam mana kan, hujung-hujung tahun tu ari kes mendadak naik. Paling tidak dulu selepas diisyhtihar PKPP teacher dah ada juga plan untuk konsert tu. Tapi tak ngapa la. Kami terima aje. Apa pon, kami amat berterima kasih pada semua teacher! Ini pon sudah memadai. Adlise ada juga kenangan. 

Sepanjang PKP, PKPB, PKPP & kembali ke PKPB, Syaqir sempat bersekolah selama 3-4 bulan je. Selebihnya online dan mobile. Tak boleh nak harap kan dia excell sangat pon di peringkat ini. Tahu-tahu je la pembelajaran online macam mana kan.  Lagipon perkembagan setiap anak kan berbeza. Syaqir menamatkan pre-edu dari Tadika yang sama juga dengan kakak-kakak dia. Saya bersyukur ditemukan dengan Tadika ini. Alhamdulillah, bagi saya tiada cacat cela nya. Dimana-mana pon pada saya sama je, cume saya selesa anak-anak saya disini sebab dah kenal dengan teacher lama. Senang nak berkomunikasi. Lepas ni takde dah anak tadika 😁. Terima kasih atas segalanya. Semoga Tadika ABC terus maju jaya. 

Himpunan aktiviti tadika dari tahun 2008 - 2020 buat kenangan anak-anak saya. 

Sekian dahulu buat kali ni. Insyaallah akan kembali menulis apabila ada masa. Melihat anak-anak seronok baca cerita mereka dulu-dulu, buat saya rasa ada semangat nak menulis 😊 

Take care semua. Ingat, kini kita la frontliners! Wassalam

July 3, 2020

Langkawi Trip 2.0 [Day 4/1]

Salam
Since entri ni memang dah lama bertapa dalam draft. Saya terbitkan je la yang ni dulu ek. Tapi banyak juge nak kena edit 😄. Alang-alang dah ada part terdahulu, kita perabihkan ler. Takkan nak cerita sekerat-sekerat pulak. Dulu rase nak abihkan laju-laju cerita ni tapi siaran tergendala pulak 😜 Minggu ni bajet tak bizi nau, Aishah opismate pon coti panjang. Plan kengkonon nak curik-curik menulis tapi alih-alih macam-macam pulak keja mendatang. Buat ler keja dulu. Dah nama pon keja, masa tak keja merungut nak keja kann. Ok mari la membaca cerita yang dah 2 tahun lepas berlalu. Entri ni agak meleret, tu pun saya dah pecahkan dua bahagian. Kalau larat baca la. If not korang scroll aje ler..nengok gambau. Memang gambau je yang buat nampak panjang pon ahahaha.


Hari keempat kami di Pulau Langkawi. Cuaca sangat cantik. Kami book untuk buat aktiviti Island Hopping. Petang sebelum nya lalu-lalu pantai cenang, nampak banner terus benti booking. Memang sebenarnya dah ada dalam itinerary, cume tak bersungguh mencarik. Kalau sempat pegi kalau tak, takde masalah. So pepagi lagi kami dah bersiap sedia, pakai sedondon Tshirt Langkawi..ecewah. Sementara menunggu van sampai angkut kitorang ke Pantai Cenang, isik ler perut dulu. Tapau sik mak dan kuih muih. Bekal juga roti sebuku dua dan air. Kot lapau dak syaqir dalam perjalanan nanti. Sempat je dak syaqir main dinosaur dia. Dia dan dinosaur berpisah tiada. Tu dia cukai mama kat gerai beras terbakar. Pepagi camni tak sesak so melepak ler di tepian jalan tu. Van sampai bergerak ler kami ke pantai. Air pulak surut sangat. Bot tak leh gerak, kena la tunggu air naik sikit. Ada lah dekat sejam gak melangut situ. Ramai juga orang nya tu.




Bile air naik je, kitorang pon naik ler bot. Satu bot ngan pelancong asing ler pulak. Terpakse sis sepiking london haha. Derang pon bukan pandai nau sepiking, ada couple German tu jek berabuk. Saya ni takut juga masa naik bot tu. Maklum ler tak reti berenang hihi. Kalau takat daki bukit gunung saya ok, bab masuk air ni ada kurang keberanian sikit. Masa tu memang duduk ontok-ontok je la sambil peluk syaqir. Dia pon antara berani takut. Makin ketengah tu memang saujana jek mata memandang, kebiruan laut dan langit bersatu. Takde lak ngambil gambau. Takut fon terjatuh lam laut hihi. Harapkan alya ngan aisyah snap tapi sudahnya banyak muke derang aje. Peh..

 
Perhentian pertama yang kami adalah Tasik Dayang Bunting. Tengok dari kejauhan memang nampak bentuk macam perempuan mengandung kan. Brader bot a.k.a juragan (ye ke? 😄) bagi timing, katanya sejam jek. Lambat kalu tinggal. Ye ye jek nak tinggal tu. Dari jeti kena la menapak dulu ke dataran pulau, kendian tu kena naik tangga pulak untuk sampai ke Tasiknya tu. Mengah gak akak ko ni. Kat sini meriah monyet tapi tak kacau orang. Tepi-tepi hutan tu ada jugek kerbau pendek hahaha..ba alip ba ya 😝 Tasik tu dengarnya ada sejarah tersendiri. Cume akak dah ingat-ingat lupa. Rasenya macam ada cite pasal anak sakit dan mati, pastu maknya letakkan dalam tasik tu. Ntah ye ke tak tu. Dua tahun weii simpan, mana nak ingat. Kalau nak berenang dalam tasik tu pon dibenarkan cume kedalaman tasik tak dapat dipastikan. Maka dinasihatkan berenang bersama dengan life jacket yang dipakai masa atas bot. Tapi kalau hangpa great swimmer sila kan berenang dengan aman haha. Kisahnya, masa brader bot tu bagitau bawak jacket, couple German tu tak paham, ehem..akak pon eksen ler translate kan. Tu yang dia kata dia tak perlu pakai jaket-jaket ni, derang great swimmer. Ok fine...swim at your our risk 😏  Di tepi tasik tu juga ada la macam dia buat platform, boleh duduk-duduk celup kaki. Ada juga macam kepungan, diletakkan jaring, budak-budak boleh la mandi sini tapi I is insecured so tak bagi lah syaqir mandi. Bosan je budak tu hihi. Nak sewa bot kayuh pon ada. Kayuh dalam kawasan je takleh keluar dari sempadan yang ditandakan. Mungkin bahaya kot. Tapi kami macam malas, tengok-tengok gitu aje la. Cukup taim balik ke jeti. 



Next, Pulau Singa Besar. Kat pulau ni tak turun, memang tak leh pon. Cume bot berenti antara pulau tu, tengok helang-helang berterbangan. Katanya ada juga hidupan lain kat pulau ni macam burung enggang, merak, monyet, rusa dan ular. Tapi tak nampak sekor pon. Ada tourist guide yang akan campakkan ayam ke apa ntah nak bagi helang tu turun makan. Dapat ler tengok cara dia landing amik makanan tu. Carik-carik gambau tak jumpe pulak. Ada sikit ni je. Rase macam alya ada ambil banyak. Simpan mana la tu agaknya hihi. Jadik ler yang ada ni pon, nampak ler sekor dua helang nya hihi. Jurukemere amatur. Tangan pengkau. Ntah apa-apa jek hasilnya. Sabau je ler. Di sini tak lama sangat la, adalah dalam 15-20 menet. 


Pulau terakhir adalah Pulau Beras Basah. Pantai dia memang super cantik. Air laut jernih, nampak pepasir halus. Private beach, memang ler lawa dan bersih. Putih bersih pasir nye tu, masih boleh bayangkan cantik nya tu. MasyaAllah! Indah sungguh ciptaan tuhan. Tapi boleh la pulak tak teringat langsung nak pesan budak-budak ni bawak baju extra. Sebenarnya tak tahu pon boleh mandi kat sini. Mat, minah salleh yang ade kemain berjemuran. Tutup mata je le 🙈 Syaqir je le dapat mandi pasal dia sorang je ada bawak baju spare. Monyet pon banyak jugak kat sini. Memang tempat derang kannn. Pantang nampak makanan abih disambarnya. Jangan ler harap dapat piknik-piknik dengan aman haha. Roti yang kat tangan syaqir pon dapat dirampas. Terkejut akak! Sepantas kilat je dia ambil. Langsung kami tak brani nak makan apa-apa. Bukan la kedekut tapi lebih kepada takut ngan monyet-monyet tu 😆. Ada juga gerai jual snek dan minuman. Beratur je monyet-monyet kat tepi gerai tu menunggu mangsa kikiki. Kitorang ni pulak asek ler keje membeli air. Berbotol-botol. Haus nau. Abih semua bekal air. Cuaca memang panas lit lit.  Tahu je ler kalau tepi laut cemana panas nye tu kan. Kecik je mata memasing. 


Dah abis amik semua vitamin sea kat Pulau Beras Basah, mari la kita kembali ke darat. Masa tu dah tengahari. Makan taim. Perut pon dah berdondang sayang. Dari dalam bot rase nak melena jek. Syok muka kena tampar-tampar ngan angin laut. Sunyi je memasing sambil menikmati pemandangan yang indah. Wokey, next..next....nampak macam dah malas mengarang kann hihi. Kami singgah makan laksa ikan sekoq kat tepi airport. Petang semalam lalu, orang dah kemas-kemas, dah nak tutup. Ni kire masih awal ok la tempatnya belum sesak. Lepas ler hajat nak makan laksa tu. Kalau tak asek nengok gambau jek. Last time datang, tahun 2012 tak pasti dah wujud ke belum gerai-gerai ni. Mungkin dah ada cume tak sebanyak sekarang la gerai nya. Berderet gerai laksa dan tak tahu nak pilih yang mana satu yang sedapnya tu. Ikut je ler gerak hati mana nak berenti. Rasenya sedap! Rase laksa la kann hahaha. Tak reti nak diskeraip lebih. Sebab dah lapo masuk mulut hilang 😂 Yang tak makan laksa boleh order mee/ kuetiaw goreng/rojak. Cendol pon ada...dilices! 😋



Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suke ler hati kan. Rase macam dah penat tapi memandangkan ada lagi tempat-tempat yang nak dituju, kami gagahi juga diri untuk meneruskan perjalanan kami. So... to be continue la ye..ada tiga lagi tempat dalam hari ke-4 ni. Stay tune guys..baca gaya eina azman ahahaha. Sempat! Orait eberibadi...c cu soon. Hepi wiken 🙋 

June 29, 2020

Norma Baharu

Assalamualaikum
Siapa sangka tahun 2020 yang kita nanti-nantikan selama ini, begini jadiknya. Allahuakbar..Allah maha mengetahui. Apa yang berlaku pasti ada hikmahnya tersendiri. Terima la ujian ini dengan lapang dada. Diharapkan semoga kekal sihat semuanye ye. Punya la lama saya meninggalkan alam penulisan. Binggung juga nak memulakan semula. Rancangnya dari zaman PKP lagi nak mulakan tapi entah la. Bukan la sibuk mana pun. Memang berlebih-lebih masa time tu kan. Tapi itu la, untuk mendapatkan mood kembali tu bukan la semudah yang dirancang. So, alang-alang dah mula ni, mari la cerita-cerita sikit. Macam mana korang semua dengan kehidupan norma baharu kita? Biarlah nampak leceh dan susah pon, demi keselamatan dan kesejahteraan semua, kita follow la. Toksah la nak komplen setiap kali kerajaan keluarkan SOP baru, kita paham memasing takut tapi cuba la paham, setiap orang tu situasi nya tak sama. Hidup misti diteruskan. Yang penting kita jaga kita. Tiber....hihi


Saya dah mula kerja masa tempoh PKPB lagi, maklum la cuti lelama naik lemau juga otak ni hihi. Coti 3 bulan projek satu pon takde. Kalau berterusan cuti, cemana la pulak nanti kan. Sempat jugak buat makan-makan raya antara kami je. Mujur ada Alya Aisyah kat rumah boleh tengok-tengok kan adik- adik. Tapi start awal bulan nam aritu, Syaqir dah dapat hantar taska. Aduiii tok leh ler mama dia ni nak mengajau. Garang! hahaha. Time-time ni la rase salute giler kat cikgu-cikgu especially cikgu tadika. Sebelum tu cikgu-cikgu ngajau online jek. 

Bimbang juga kalau berterusan kena blaja online ni. Environment rumah dan sekolah kan berbeza. Dengan Syaqir yang belum pandai betul membaca, tahun depan darjah satu. Kusut juga mama mikirkan nye. Sekarang ni lega la sikit dapat kembali ke sekolah, disamping tu kita ajar lah juga kebersihan, selalu basuh tangan dan penjarakan sosial tu. Biar dia paham situasi sebenar. Sebelum ni kita bagitahu secara teori jek. Alhamdulillah boleh je terima anak-anak ni. Ni kakak Alya pon dah kembali ke sekolah. Semoga anak-anak kita dilindungi. Aminn


Selepas dapat kebenaran rentas negeri aritu tu, kami ambil juga kesempatan balik kampung. Rindu gilerrr ngan mak abah, atok nenek. Rindu juga nak makan masakan mak. Kalau tak selama ni, selang 2-3 minggu mak misti naik Bangi. Ni kire berbulan juga la. Dedua kampung alhamdulillah dah balik dah. Segamat, last balik bulan duabelas tahun lepas. Lagi lama kann. Selagi kita sama-sama jaga SOP, Insyaallah ok.


Tetibe rase ada macam-macam dalam kepala nak dikongsi sampaikan saya rase cerita saya takde kesinambungan, meloncat-loncat hahaha. Oleh itu, kita berenti la dulu. Insyaallah bakal disambung penulisan ini. Cume tak pasti bile. Semoga baik-baik aje semua, ingat....Kita Misti Menang! Stay Safe, Kita Jaga Kita. Adios! 😊

May 16, 2019

Ramadhan Kali Ini

Salam
Selamat berpuasa semua. Alhamdulillah dah 10 ari kita semua menjalani ibadah puasa. Semoga kita semua terus bersemangat menjalani ibadah puasa. Cuaca pon tak menentu sekarang. Kalau panas tu memang terik nau rase. Macam kite-kite ni keja dalam ekon, takde la terasa nau kan, selalu teringatkan anak-anak yang kat sekolah tu je. Kesian nya...harap mereka dapat bertahan. Afiya pon dah 9 tahun, tak banyak hal la kena berpuasa. Hadif pon ok. Dia lagi excited nak puasa. Aritu asyik ler membelek kelendar bagitau Mei nanti puasa. Suke nau dia puasa. Alhamdulillah....
Puasa-puasa pon kena kerja ye 😃

Tahun ni ada jugak merancang nak latih Syaqir berpuasa. Sebelum mula puasa kemain bersemangat. Ari pertama sahur pon dia bangun tapi setengah ari pon tak sempat 😄Tak leh nak kontrol bile kat sekolah. Lagipun dia ni antara paham ngan tak puasa tu camne. Sabau je le nengok kat peel dia, macam-macam alasan dia bagi haha. Sudahnya sampai ke arini tak dapat lagi berpuasa sehari pon...Insyaallah sikit-sikit la train kann. Dulu Afiya senang je, 4 tahun dah setat puasa selang-selang. Lain anak lain ragam nye ye tak hihi. Memula puasa sempat ler memasing share menu buka puasa. Memasing share menu wajib ari pertama puasa setiap kali bulan puasa hahaha.


Awal-awal puasa tu ari saya sakit gigi, gusi lak membengkak.Aduii duii.. tak leh nak makan apa. Waktu berbuka tu minum ari aje la. Nak makan seksa rase tapi gagah jugak ler telan, makan makanan yang lembut-lembut jek. Betul la orang kata sakit gigi/ gusi ni paling sakit antara semua sakit. Memang tak bleh tahan. Mujur je bulan puasa kena tahan sabau. Tak leh silap sikit, mula ler nak naik angin. Orang tengah sakit kata kan 😛. Alhamdulillah dah ok dah bengkak tu tapi sesekali tergigit tulang atau daging liat, sakit jugak tu huhu. Nanti la sesenang baru nak pi klinik gigi. Seriau rasenya hihi.

  
 
Arini sekolah Syaqir ada buat sambutan hari guru, anak-anak lain awal dah sambut. Sebelum puasa lagi. Anak-anak sekarang memang suke ek bagi hadiah. Bagus la. Tu tanda derang pandai menghargai cikgu derang. Biasenya takat sekolah rendah jek, Alya Aisyah sejak menengah tak de dah pulak minta nak beli hadiah. Ke derang beli sendiri tak tahu la. Seingat saya zaman-zaman saya dulu, paling hebat pon buat kad je. Tu pon buat masa subjek lukisan ahahaha. terok nau perangai ek. Ni kire first time la syaqir sambut hari guru, dulu sambut ngan mama aje ahahaha. So mama pon kasik la dia hepi-hepi buatkan hadiah untuk teacher. Tu yang muke happy tu...

Hokay la...mari sambung apa yang kita dah plan nak buat. Selamat menjalani ibadah puasa semua.  Sebelum tu...saya juga dikesempatan ni, mengucapkan Selamat Hari Guru buat semua yang bergelar pendidik, cikgu, teacher, sir, madam, ustaz, ustazah, doktor, professor yang selama ini berusaha mendidik anak bangsa sehingga menjadi seorang insan yang berguna. Jasa kalian memang tak ternilai. Terima kasih cikgu!

Sampai jumpa lagi. Take care!

April 26, 2019

Langkawi Trip 2.0 [Day 3]

Salam,
Sementara rajin ni kan. Mai ler sambung cerita-ceriti jenjalan ke Pulau Helang tahun lepas. Berapa lama daa simpan kih kih. Lagipun takde cerita baru nak update. Kita terobek aje la dulu ek. Nijam cuaca boleh tahan panas. Duk dalam ekon pon masih boleh terasa bahang panas nye tu. Dugaan sebelum kita nak menyambut Ramadhan. Cepat je masa berlalu ek. Ni petang ni baru hujan lebat. Sejuk sikit. Hujan rahmat di hari Jumaat.



Let's continue cuti-cuti melesia saya. Second day pepagi tu wajib turun berendam dulu. Jenjalan tepian pantai yang berselut dan berlumpur tu hihi. Kena hati-hati la pasni memilih hotel. Tertipu ngan gambau lama kat web hadoii..tengok review takde lak yang sebut pasal berselut tu. Tapi rasenya yang saya baca review tu pon yang lama punya. 2-3 tahun sudah. Takpe la dah lepas, jadikan pengajaran aje la. Pagi ni, bersarapan dalam bilik je. Malas nak menyinggah makan. Nak terus menjelajah pulau helang ni la kononnya hihi.

 
 
 
  
Tempat pertama dituju adalah Taman Buaya. Femes katanya, ada beratus buaya. Benau nye takde ler teringin nau nak pegi lagi tapi mengenangkan anak-anak suke ngan hewan, maka pegi la. Actually tak jauh beza pon dengan dulu tu. Cume kali ni ada pakej bagi buaya makan. Buaya kecik je, makan pallet. Ada pulak promosi bergambau ngan buaya. Biase sekeping RM50. Kali ni boleh amik beberapa gamba, rege tu gak. Tak tahu la betul ke dak tapi menarik jugak la kan. Sekeping je dia printkan yang lain derang hantar thru email. Ada jugak show buaya, layan la jap. Buaya yang ni besau, umur dah sebaya ngan saya hihi. Dalam kolam besau tu ada beratus buaya dalam tu. Kita lalu-lalu atas jembatan tu pon, buaya dah buat bunyi-bunyian yang menakut kan. Bayang kan ler kalau terjatuh dalam tu. Ishhh seriau. Pembantu sana campak ayam sekor pon sekejapan ilang. Buaya kot sape tak takut kan 😅



Agak letih jugak meronda dalam tu. Panas pon leh tahan. Sebelum mencari makan, singgah dulu kat, Wild Life Park. Nama wild tu macam best, rupakan nama lama dia Taman Burung cehhh hahahaha. Masuk la jugak, dah sampai kan. So-so aje la dalam ni. Ada orang amik-amik gamba tapi kitaorang tak beli pon. Sekeping dekat RM30 tak silap. Mahal nau! Takde banyak nau pon snap gambau sebab memasing cam dah lapau dan tak larat. Syaqir pon dah tak nak senyum tu hihi. Kami pegi dua tempat tu pon dah abih separuh ari. Lunch takde carik tempat special pon. Mana yang jumpe, serbu jek. Tahap lapau leh telan naga ahahaha.


 

 

Settle lunch, kami ke beras terbakar, nak masuk laman padi dah macam lewat dah. Ikutkan beras terbakar ni bukan la ada apa sangat tapi saje la nak bercerita kisah sejarah ngan anak-anak. Kalau dulu derang kecik lagi, tak paham sekarang ni senang sikit nak bercerita. Teruja memasing mendengau cite mama dia. Aisyah siap kata saya patut jadik cikgu sejarah, cikgu dia ajar pon sedetail macam ni, tak best katanya. Ecehhh kembang dua mangkuk mama dia. Dah ler memang sedang mengembang ahahahaha. Kat sini kalau nak soping kain batik elok la. Memang banyak pilihan. On the way balik tu lalu ler gak kat gerai-gerai tepi pantai dekat epot, nak pekena laksa ikan sekoq tpi dah petang sangat rasenya. Dah habih dah laksanya, derang dah kemas-kemas dah pon. Takde rezeki la arini. Takpe esok masih ada. Alang-alang tu terusla lalu ke pantai cenang, tengok-tengok laut. Sempat gak carik pakej untuk Island Hoping. Berapa tu saya dah tak ingat pulak. Tiket pon dah terbuang.

Settle tempah tikt, terus la balik ke hotel, dah berlengas semua. Dari pagi berjalan kan. Bau pon satu macam dah semua haha. Macam biase acara berendam adalah wajib. Saya malas nak turun, rehat dalam bilik aje, luruskan pinggang. Malam tu takde apa aktiviti pon, hanya klua makan kat kedai sekitar hotel. Malas pulak nk meronda jauh-jauh. Dreber letih, lagipun esok kena klua awal. Kena tunggu kat depan agen Island hoping tu pukul 8. Kire awal jugak tu. Tu yang balik awal rehat. Demikian ler kami menghabiskan masa di hari kedua. Ok lahh, nanti kelapangan saya sambung lagi. Ni update sesambil layan drama korea haha..tak abih-abih ek. Selamat berhujung minggu semua. Take care...babai! 😊