August 10, 2011

Si Baldu Merah


Salam~
Tekak saya ni sangat la mengada-ngada. Perasan saya, memang kalo time puasa jek mesti ngidam nak makan kek. Kalau tahun-tahun sudah mengidam kek keju kali ni nak baldu merah plak. Adoiyai mana nak dapat nih. Kat area bangi ni memang ada la kedai-kedai kek yang jual tapi sumenya hampa gas jek taste dia. Tu ari besday my brother, sempat melantak kek dia. Awek dia belikan. derang duk complaint manis tapi saya makan ok jek sedap je hahahaha..nampak sangat kemaruk nak makan baldu merah tu. Ada la few online bakers tapi sumenya nak kena self pickup. Memang tak ahhh. Tau-tau je la pack day saya tiap ari. Emm tunggu brother saya datang balik la suh dia amik kan. Buat sementara sabau je la.

(Picture credit to: Laura-daddy's macarons)

August 9, 2011

Bila yang biasa jadi tak biasa

Mak aii pehal panjang no title entri ko lijah. Lijah? Hahahaha tu la nama glemer i bagi makcik ngan nenek i belah asben. Tak pe ler, mahapkan je derang sebab tak geti nyebut za. Apa da melalut..
Ehem..ni tak lain tak bukan pasal hadif la, kan sejak i half day dia selalu balik rumah lepas skola. Tak pon i bawak terapi, makan-makan, jalan-jalan. Tapi bulan puasa ni i cam malas nak amik half day. Bukan apa i pikir keja i je. Tak settle-settle even yang simple. Semua gara-gara tengahari nak rushing balik. Ni tak kira lagi yang nak kena gi bank. Adoi, tu pon i jugak. Hurm apa nak kata, ada assistant tapi sume tak leh drive. Nak suh guna keta i, tak geti drive manual plak. Macam-macam alasan kan. Ye le keta i kan buruk...hehehe. Redho je la.
Terpaksa la hadif i anta balik ke taska, minggu lepas mintak pak usu dia tolong jaga. Kebetulan dia baru abih latihan industri. Minggu ni dia pon dah balik melaka. Monyok la hadif. Dulu time tak puasa leh la jugak pujuk, bawak makan McD. Ni puasa cemana? Dia memang la tak puasa tapi sekurang-kurangnya i nak dia hormati bulan puasa. Takat nak beli air, minum dalam keta i approve lagi. Makan? Sorry tak bley. Kesian dia tapi i kena jugak buat camni sebab target nak menyiapkan keja-keja tetunggak bulan puasa ni. So bley la beraya sakan hahahaha....konon!

August 8, 2011

7 hari selesai

Salam~
Alhamdulillah dah 7 ari kita sume berpuasa kan, cepat je masa berlalu. Tiap-tiap ari jugak la melayan kerenah alya ngan echah bersahur. Budak-budak kan...
Setakat ari ni menu berbuka i sume home made jek. Bukan apa tak geti lah i nak membeli kat param tu. Banyak sangat pilihan. Ikut napsu macam-macam nak makan sudahnya ke tong sampah jugak. Membazir tuu...sebab tu la i decide masak jek, simple pon tak pe. Anak-anak and hubby pulak jenih tak berkira bab-bab makan. Lagi la i suke kann.
Paling best yang i rasai selepas 7 ari berpuase ni, berat i dah turun 3 kelo ok. Wow! sangat teruja uollss. Kalo tak punya la payah nak turun. Ikutkan i ni tak ler gumuks mana tapi bab pewot muncit ngan spare tyre jek. La ni dah hilang sket. Heheheh suke uuu...harap-harap pas raya nanti leh maintain.
Bulan pose ni jugak la en hubby merembat tunggangan baru. Senang ke Param katanya..ade plak? Tak la sebenarnya dah lama berhajat tup-tup rezeki bulan ramadhan datang pulak. Alhamdulillah..

Piya ngan echah mengetest power...


August 3, 2011

29th July~ our 11th years


Alhamdulillah...moga kasih sayang kita hingga ke firdausi..aminnn

Daisypath Anniversary tickers