May 11, 2017

Waktu Rehat

Salam semua 
Masa depan memang tak leh diduga kan. Apa pon yang mendatang tetap kita kena lalui. Selalu terjadi sesuatu yang tak dirancang...Hadap je la kann hihi

Akak ni tak sabau benaunya nak abihkan keja akak. Jaga akaun untuk gerup of company memang tak mudah. Ada satu lagi akaun tak settle. Phewww..lap peluh. Final stage, lepas ni leh la layan auditor plak. Walaupun tahu dah terlewat tapi apakan daya ku. Terlalu banyak ad hoc job. Bertabah aje la. Bersemangat nak kasik tip top semua dokumen supaya mereka tak sediakan query list yang menjela-jela..hadoi tobat akak nak buat akaun dah pasni hahahaha....


Lepas tu, kakak nak coti lama sket..santai-santai. Nak lupakan keja sekejap. Tak mo nampak nombo-nombo dah..huhu. Nak tolong mak settlekan hal kawen adik plak. Siyan dia buat sensorang...jap eh mak. Settle ni iza tolong makkk eh 😀

Tak lama dah mejlis adik saya, bulan lapan ni. Rasa cam lama lagi tapi tahu je kang dah sampai taim kann. Semoga semua urusan dipermudahkan.

Ok akak sambung keja dulu. Break jap minum kopi makan ghuti ☕ 
Baii...🙋

May 8, 2017

Rezeki

Salam...
Kakak terdengar lagu Alhamdulillah kat radio tadi. Sampai opis teros repeat dengar lagi kat utube. Terkesan sungguh kakak tau 😢
Bukan ler pes taim dengau, banyak kali dah sebelum ni tapi ni ari pulak mai emosi nya tu huhu

Antara bait liriknya yang akak dok pegang,
Walau genggamannya kuat tapi bukan milik kita, akan terlepas jua, 
tak ada yang lebih baik tak ada yang lebih cantik beroleh keredhaan nya

Kita sering lupa bahawa:-

Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.

Jika tiada rezeki wang ringgit,
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.

Jika tiada rezeki kereta mewah,
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.

Jika tiada rezeki rumah yang besar,
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.

Jika tiada rezeki jodoh,
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
Maka kita lebih bahagia dapat berbakti
sepenuhnya pada orang tua.

Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.


Bersabar. Berusaha. Berdoa. Bertawakal dan Bersyukur....Insyaallah

May 6, 2017

Otoke ottokaji

Salam siaran semua...
Lama nau blog akak tergantung sepi yek. Tak reti dah kakak nak tulis apa, Kekok semacam. Berapa kali taip dan backspace nih haa. Awkward 😂

Otoke otokaji.....tetibe sekiping koya hahaha. Maknanya kakak pon tak sure, macam apakah, apa nak buat kot....belasah sebut aje hihi

Ini ler jadik nya kalau selalu nau nengok drama korea. Tak tahu la..akak rase tu je ler the best remedy akak time stress dan penat. Seriously memang sukar sekarang ni akak nak balance kan aktiviti harian akak, keja opis, keja umah, kesihatan, anak-anak, family.....haishhhh. Faktor usiakah????
But I just terai my very best and ok laaaa, so far so good kata omputeh. Walau kekedang rase nak nangih tepi bucu katil. End up...akak jamu mate nengok pelakon korea yang ensem...jahanam! 😜
Asek nengok pattah amin bosan gak kan...ehhhhh. Ape le nak jadik kakak korang ni, makin tua makin menggilerrr hahahaha..mahap kan ler yek

Ok itu je nak cite arini. Babai,,,hepi wiken semua, Saje isik masa lapang ni. Bosan lak ngadap keja...sambil picit jerawat kih kih dah tua pon jerawat nak singgah hahahaha...


March 14, 2017

Escape | Part 3

Salam
Waduh..tak sempat kakak nak sambung cerita yek. Manjang ada halangan. Ini hari kakak cuba ok huhu. Sedang berperang menyetelkan semua akaun-akaun, maklum ler nak berdating ngan auditor tak lama lagi fuhhh..lap peluh.

Mai mai nak sambung, sebelum kakak lupa cerita tu...orat berselirat dah haha. Tu ari sampai melawat muzium tentera darat kan. Kalau tak betul pon kire ye je la ek ekekeke.

Muka dan badan dah belenggas jenjalan, kami balik otel la. Amik udara nyaman sikit. Tido lam ekon. Penat kot hihi. Petang tu mandi manda aje di kolam dan laut. Angin pulak kuat..doa-doa gak jangan ujan dulu, Kasik ler budak-budak ni puas mandi manda. Sebab esok nak balik dah.

 

Takde ler amik gambau sangat dah memasing duk beremdam kan. Punya lama duk lam air sampai Syaqir pon serender haha. Padahal dia hantu air hihi. Stended ler kalau dah lelama berendam perot jadi lapauuu giler. Alya punya pilihan, makan di Restoren D'Oasis kat PD waterfront. Apa lagi..ke sana ler kami. Restoren ala-ala makanan arab cume tukang masak dan segalanya adalah orang malaysia.

Posing terkenal abad ini..hahaha
Sebelum tu sempat gak la kami tengok sunset. Perghh cam jakun hihi. Tapi seriously sangat cantek pemandangan ketika itu. Actually ada gambau yang lagi elok dari ni tapi tak ingat kat henpon sape. Banyak nau enpon kate kikiki
  

Ok..Selesai cerita hari kedua. Hari ketiga, nak balik dah. Asalnya ada gak plan nak tengok rumah api tapi cuaca dari malam ke pagi macam tak mengizinkan. Berangin dan ujan lebat. Breakfast masih di otel. Cuaca pon ada nampak ceria sikit 😍


Sebelum balik jenjalan je kat tepian pantai tapi budak kecik tu pantang nampak air.  Masuk gak dia lam air laut tu haha...


Selesai sudah cerita cuti ni...takde yang special pon tapi budak-budak ni tak berkire pon. Asal derang happy sudahh. Kakak pon happy...maka jomblo happy ler hahaha. 

Lima beradik....
Ok later kakak update lagi. Maaf kalau tenggelam timbul Dah memang serupa tu sejak 2-3 tahun kebelakang ni kan. Tak leh nak komplen, faktor usia semua nya kikiki. Semoga yang baik-baik aja untuk kamu semua dan bergembira selalu..Babai