June 27, 2024

Selamat 23

Asslamualaikum
Alhamdulillah 23hb Jun baru ni genap usia abang hadif ke 23 tahun. Kebetulan tarikh dan bilangan umurnya sama pulak tahun ini. Semoga segala yang baik-baik aje untuk abang hadif. Tiada yang lebih membahagiakan saya dan sekeluarga selain melihat abang hadif membesar sihat dan bahagia. Ramai orang kata dia adalah anak yang bakal membantu kami ke Syurga kelak. Namun ketahuilah jalan ke Syurga itu tidak mudah. Hanya yang tahu je tahu macam mana liku-liku perjalanannya. Saya percaya setiap pemberian pasti ada hikmahnya. Doakan saya sentiasa sihat supaya dapat menjaga amanah Allah yang teristimewa ini sebaiknya. 

Happy Birthday Abang Hadif! Mama love you 💓

23 June 2024

June 13, 2024

Menjejak Kasih di Dungun

 Assalamualaikum

Lama juga mengambil keputusan untuk menulis ni. Macam-macam yang difikirkan. Malas lain macam. Dulu masa muda semua benda nak ditulis haha. Bila dah nak masuk usia emas ni, vitamin M lebih. Usia-usia pencen ni patut dah boleh join geng-geng ngaji kat surau tapi tu la belum kesampaian. Jumpa jiran tetangga kalau ada kenduri kendara je. Selagi tetiap hari keluar pukul 9 balik 6 memang belum lagi la kesampaian perancangan tu hihi. Beralasan saje la kejanya kann. Insyaallah, doakan la acik diberi kesihatan yang baik dan dapat memberi khidmat pada orang sekeliling.  

Ok, meh la simpan kenangan lagi di blog ini. Kisah setahun sudah ni, bulan September. Masa hantar anak no.3 sambung belajar kat Uitm Dungun. Kemain jauh dihantaunya anak den. Udah ler tak penah berjauhan. Dedulu memang ler dia duk serama tapi dekat je, tetiap minggu jumpa. Ni jauh kat pantai timur, memang sekali je la mama hantar awak Aisyah. Kena belajar berdikari. Aduii tak leh nak gambar perasaannya masa tu. Insyaalah, nanti ada masa kita buat story pasal dia daftar Uitm tu ek hihi. 

Memang ditakdirkan anak saya kesana kot, untuk kami kembali menjalin silaturahim dengan keluarga angkat semasa mengikuti program U dulu. Keluarga angkat tinggal di Felda Ketengah Jaya, tak jauh mana pon dengan Uitm tu, dalam 45 minit kata Yana. Nak jadik cerita Yana, adik angkat tu baru je add friend kat Facebook setahun sebelumnya. Masyaallah! Memang suatu kebetulan yang diluar jangkaan sangat. Terharu rasa dia masih ingat nama saya. Mujur memang guna nama sebenar kat FB tu. Maklum ler nama unik, eh eh mula la tu, perasan hihi. Awal-awal saya dah bagitahu nak ke Terengganu, kemain happy dia. Ajak duk umah Cik (gelaran mak angkat) lagi. Cume tu la saya pegi berkumpulan. Dengan mak abah, Ayie Ira sekali. Segan la derang nak stay umah Cik. Kalau kami saje memang on. Takut yang lain tak selesa dan tak mau menyusahkan. Mungkin di lain waktu, insyaallah. Lega juga sebab apa-apa hal boleh la minta tolong Yana jenguk kan Aisyah. Alhamdulillah, masa ni rasa untungnya ada kenalan/ keluarga angkat. 

Alhamdulillah sihat lagi cik. Ikutkan usia dia dengan mak, tua dia lagi. Tapi dia punya cergas lain macam. Hebat la cik. saya pon kalau buat extra aktiviti dah mula longgar lutut sakit sana sini hahaha. Kagum kagum! Selepas beliau baik dari strok memang cergas kata Yana, tak leh duk sesaje ada je keja dia. Anak-anak cik yang lain pon dah berkeluarga semua. Yana yang baru 9/10 tahun masa tu pon dah kahwin anak 2. Afiq si kecik, masa tu dalam 3/4 tahun tu pon dah 28 tahun. Halah-halah terasa tua sangat dah ni huhu. Sempat juga Cik jamu kami dengan nasi minyak ganu, ummm sedap sungguh! Air tangan  mak-mak ni memang sedap. sayangnya tak dapat nak berlama, maklum la ada intenary yang nak dipenuhi hihi. Adik dah booked homestay kat Kuala Terengganu maka ikut la juga saya ke sana. Bukan senang nak sampai sini, alang-alang tu bawak ler mak jalan-jalan sekali kan. Itu saje la citenya. Ok sekian saja. Bye!

June 6, 2024

Semoga Berjaya Kawan


Assalamualaikum..eh eh mimpi apa ntah tetibe masuk sini. Semoga yang sedang membaca diberi kesihatan yang baik dan dipermudah segala urusan. Maklum la acik ni dah semakin menambah usia, gaya menulis pun macam warga emas dah hihi. Gambar kenangan bersama rakan sekerja terakhir yang telah pun mengorak langkah ke arah yang lebih baik. Kebetulan hari tu sedondon hijau hihi. Masing-masing ada perancangan dan kemahuan sendiri kan. Di usia yang sebegini, tidak lah lagi saya nak berimpikan bulan dan bintang. Dapat melalui setiap hari dengan baik pon dah besar rahmatnya. Apa pon, semoga sukses Aishah! 

Nota kaki: Akan cuba kembali menulis dengan azam satu gambar satu cerita kikiki. Nantikan. Insyaallah!

January 9, 2021

Syaqir Graduation

Assalamualaikum

Hello hai semua...Tetibe muncul pulak yek. Lama juga bertapa hihi. Salam tahun baru juga untuk semua. Semoga tahun baru ini memberi sinar harapan baru buat kita semua. Walaupun kita masih lagi berhadapan dengan pandemik Covid-19 namun kita masih tetap kena teruskan kehidupan. Paling utama jaga la keselamatan diri dan keluarga, SOP jangan diabaikan. Kalau takde keperluan duduk aje la kat umah dendiam. 


First event kami di tahun 2021 ini adalah konvokesyen Syaqir. Macam tak percaya je dia dah nak ke sekolah rendah. Masih nampak kecik molek lagi. Aduhaiii...


Walaupun takde sambutan seperti tahun-tahun sebelum namun kami tetap rase berterima kasih pada teacher-teacher yang mengusahakan sesi pengambaran drive thru ni. Kami datang cuma untuk ambil scroll dan bergambar je. Mujur sempat tengok Syaqir buat persembahan tahun 2019. Merasa la juga Syaqir suasana konsert tadika tu. Bermula dari zaman Alya hingga Afiya memang kami tak pernah miss hadir majlis akhir tahun ni. Tapi itu la, nak buat macam mana kan, hujung-hujung tahun tu ari kes mendadak naik. Paling tidak dulu selepas diisyhtihar PKPP teacher dah ada juga plan untuk konsert tu. Tapi tak ngapa la. Kami terima aje. Apa pon, kami amat berterima kasih pada semua teacher! Ini pon sudah memadai. Adlise ada juga kenangan. 

Sepanjang PKP, PKPB, PKPP & kembali ke PKPB, Syaqir sempat bersekolah selama 3-4 bulan je. Selebihnya online dan mobile. Tak boleh nak harap kan dia excell sangat pon di peringkat ini. Tahu-tahu je la pembelajaran online macam mana kan.  Lagipon perkembagan setiap anak kan berbeza. Syaqir menamatkan pre-edu dari Tadika yang sama juga dengan kakak-kakak dia. Saya bersyukur ditemukan dengan Tadika ini. Alhamdulillah, bagi saya tiada cacat cela nya. Dimana-mana pon pada saya sama je, cume saya selesa anak-anak saya disini sebab dah kenal dengan teacher lama. Senang nak berkomunikasi. Lepas ni takde dah anak tadika 😁. Terima kasih atas segalanya. Semoga Tadika ABC terus maju jaya. 

Himpunan aktiviti tadika dari tahun 2008 - 2020 buat kenangan anak-anak saya. 

Sekian dahulu buat kali ni. Insyaallah akan kembali menulis apabila ada masa. Melihat anak-anak seronok baca cerita mereka dulu-dulu, buat saya rasa ada semangat nak menulis 😊 

Take care semua. Ingat, kini kita la frontliners! Wassalam