Pagi tadi hadif ada sesi-terapi kat HUKM, speech dan OT. Tah apa la silapnye pagi ni hadif nampak macam restless sangat. Nak kate tak amik ubat, dah makan dah. Ke sebab aku bagi die roti sikit mase menunggu terapist tu datang. Pagi ni memang die dah siap breakfast kat umah aku ngan hubby jek tak makan pape. Kebetulan sampai awal aku gi la beli roti ngan air mineral kat Koop HUKM tu. Die duk tengok-tengok je aku makan, sian lak aku bagi le sikit je tapi. Ke ubat tu dah tak effect kat die. Tah la..tapi walau die nampak restless, sume aktiviti terapist bagi die follow cume die buat dalam keadaan nak cepat la. Untuk speech bulan ni last sebab dari bulan ke bulan hadif nampak improving so tak yah la therapist nak follow up lagi sampai die besar. So lepas ni aku ngan hubby continue je la apa yang telah therapist guide kan. OT masih sambung lagi sebab motoring and sensory hadif masih tak ok lagi. Walau tiap bulan nampak makin elok tapi biar la die teruskan sebab bukan rugi ape-apa pon banyak yang hadif dapat blaja jugak. Beberapa contoh sesi terapi yang biasa digunakan kat mana-mana pusat pemulihan. Gambar hiasan aje ye...
No comments:
Post a Comment