October 25, 2008

9 end 2 out

Jom jom layan cite korea lagi. Dah berjaya tengok separuh cerita dah, sedang berusaha menamatkan je. Bole tahan gak cite ni, kelakar. Adui la tak sabar nak habiskan tapi masa begitu mencemburui saya. Pulak tu broad band slow sangat lagi la tergendala.
Nak review sikit pasal cerita ni, kisah sahabat baik yang usia dah menjangkau 30-an namun masih mencari-cari pasangan hidup. Dalam tidak mereka sedari rupanya masing-masing selama ini menaruh hati sesama sendiri tetapi dipendamkan sahaja. Kisah cinta mereka dikaitkan dengan permainan baseball. Bertambah kelakar apabila mereka menjadi teman serumah. Agak pelik la kan lelaki housematenye perempuan tapi dah cite korea kan lantak la. Meh la tengok..saje tak nak review lebih-lebih nak promote kat korang.

No comments:

Post a Comment