December 20, 2008

Detik Cemas

Agak terlewat saya meng'update' blog ini. Minggu ini merupakan minggu paling tak keruan bagi saya. Pagi selasa lalu saya dikejutkan dengan panggilan telefon dari mak saya yang memberitahu abah telah dimasukkan ke hospital. Setelah diperiksa doktor mendapati ada kuman di paru-paru. Masih sama dengan kes dahulu. Cuma kali ini agak kritikal sebab abah juga diserang sesak nafas. Lama saya merenung monitor komputer dipejabat, saya tak boleh terus disini. Jam 12.30 tengah hari, saya menghantar sms pada bos mintak emergency half day, belum sempat terima jawapan, saya menghubungi hubby memberitahu hajat saya. Kebetulan hubby memang bercuti hari ini nak bawak hadif terapi. Dia ok je..die suruh saya menunggu di rumah sementara menunggu terapi hadif siap. Lima minit kemudian bos membalas sms saya. Lega, die izinkan. Saya pon terus mengambil anak-anak dari nursery dan terus bersiap. Dalam pada menunggu tu mak telefon lagi, doctor dah mengesahkan keadaan abah makin kritikal, mak dah menangis. Saya makin tak keruan, masa menunggu jadi bertambah lambat bagi saya. Akhirnya jam 4 petang baru la kami bertolak ke Melaka. Kami sampai lebih kurang jam 5.30 petang. Sampai di hospital, saya lihat dah ramai sedara mara yang datang, saya hampiri semua salam dan berpeluk. Tika itu air mata tidak terbendung lagi. Sementara ini abah di tempatkan di CCU, mak mula bercerita macam mana keadaan abah. Waktu zohor tadi abah teruk sesaknya, doktor mengelilingi abah membantu apa yang patut. Bila dah ok doktor jumpa mak dan memberitahu andai abah tiba-tiba sesak balik, mereka akan tebuk leher abah untuk masukkan oksigen dan kemungkinan abah akan koma seminggu. Aduh, tersentap hati saya mendengarnya. Perlukah begitu?Kami tau akan bahayanya kalau oksigen kurang dalam badan tapi untuk membiarkan abah ditebuk begitu tak sanggup rasanya saya. Dalam pada itu kami berdoa agar abah tak perlu ditebuk-tebuk begitu. Ketika itu abah dibantu bernafas menggunakan mesin. Kesian saya melihat abah ketika itu. Tepat jam 6.50 petang abah tiba-tiba tercungap-cungap, kami panik. Abah tak izinkan kami panggil doktor, mak dah menangis. Pak long membantu membacakan ayat-ayat quran sambil mengurut-urut dada abah. Dalam 5 minit lepas tu abah kembali ok. Sampai la jam 8.30 malam, abah nampak ok. Mak menyuruh saya balik dulu, jangan risau apa-apa sebab mak tengok abah dah ok sikit. Saya jadi serba salah nak balik, hubby pandang saya, saya tau dia nak ajak saya beredar. Lagipun dah beberapa kali kami dihalau oleh pak guard. Akhirnya saya mengambil keputusan pulang, dengan deraian air mata saya memberitahu mak saya tak boleh tunggu lama atau bercuti sebab hubby ada meeting penting yang perlu dihadiri esok. Mak paham keadaan saya dan mohon saya mendoakan abah. Insyaallah mak memang itu la yang saya pohon setiap kali sembahyang. Oleh kerana hubby keletihan saya mengambil alih tempat dia memandu. Jam 11.30 malam saya dah berada di rumah saya semula. Malam itu saya tak lena tidur, masih memikirkan akan kesihatan abah dan apakah sebenarnya penyakit abah????

No comments:

Post a Comment