June 19, 2010

Dia seorang yang istimewa


Disuatu petang, saya menjadi pemerhati. Sekali pandang dia tak berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Sempurna!

Dia memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak sebaya dia bermain. Sesekali dia tersenyum dan tertawa mungkin lucu melihatkan mereka bermain. Lama dia memandang, kemudian dia bangkit mata masih kearah kumpulan itu dan terus berjalan masuk ke dalam rumah, meneruskan aktiviti harian dia, menonton tv atau kembali ke meja komputer.

Di sudut hati dia mungkin ingin turut menyertai mereka namun dia tidak pandai bersosial selain dengan adik beradik dia dan dalam masa yang sama kanak-kanak itu pon tidak memahami kesulitan dia. Komunikasi dia amat terhad hanya keluarga yang memahami. Sebab itu dia lebih selesa berada di dalam rumah dan menjalani aktiviti dia sendiri.

Lahirnya dia 9 tahun lalu, dia adalah seorang anak yang sihat, cergas dan comel. Dia adalah penyeri keluarga. Namun dia ada kekurangan. Dia menghadapi pembangunan mental yang agak lambat atau lebih di kenali dengan autisme.

Dia tak lain adalah satu-satunya anak lelaki saya pada ketika ini, Ahmad Izzul Hadif.

Walau apa pun kekuranganmu mama tetap bangga dan gembira memiliki Hadif. Hadif adalah amanah yang Allah berikan pada mama dan insyaallah mama akan jaga dan didik Hadif sebaik mungkin. Mama sentiasa berharap agar suatu hari ada keajaiban yang akan berlaku untuk Hadif. Semoga Allah memberi mama kekuatan untuk terus membantu Hadif. Aminnn...Mama sayang Hadif





Nota kaki: ketika entri ini saya taip, puas saya menahan sebak dan akhirnya air mata ini gugur jua walau cuba di tabahkan hati.


2 comments:

  1. air mata busu n juga turut menitis ;'(

    ~"hadif,busu n xpenah anggap hadif kurang dr anak2 lain...percayelah..."


    kak iza jahat..wat n t'cover2 dlm opis ni...waaaaaaa ;'O

    ReplyDelete
  2. sori dear..ahahaha x sangka pandai jugak akk wat owang nangis...

    tetibe emo plak ari tu..tu yg terkluar entri nih ^_^

    ReplyDelete