5 tahun cukup la..sudah sampai masanya saya berhijrah..ke mana? Tempat baru la tapi masalahnya tempat baru tu masih tak ade, cemano tu? aiyok...adakah saya akan menjadi PA dirumah..wah! seronok tu..harap-harap en hubby setuju..ikot MOU kami, anak 4 jek dah bole bersenang lenang di rumah. Tapi terpaksa dipinda sedikit atas sebab-sebab yang tak dapat di elakkan. Emm...pikir lagi...
October 30, 2010
October 26, 2010
Dugaan datang sekelip mata
"Tidak ada tuhan selain engkau, maha suci engkau Ya Allah, Sesungguhnya aku adalah termasuk dalam orang-orang yang zalim"
Minggu lepas berlalu dengan penuh suspen, macam cerita seram. Kalau itu telah ditentukan, redha kan aje. Ikut hati memang berkata-kata menyalahkan orang sekeliling namun jika kita berada ditempatnya mungkin akan bertindak begitu. Tak mengapalah, apa yang dah berlaku harap tidak berulang lagi dan yang pasti doa tidak pernah lekang dari hati agar dia kembali sembuh walaupon tidak seperti dulu.
October 2, 2010
Racun perosak
Aduh...ni yang tak sanggup ni, anak empat baru...muat lagi la....
apa tu?
Al-kisahnya raya tu ari la...pantang kami beraya ke rumah sape-sape je la sume mesti cakap, kau dah kena tukau ke MPV la sani...luas sket...ye la ye la nanti la...cakap memang senang nak laksanakan bukan diorang..kami jugak...insyaallah bukan tak de plan semua tu dah masuk dalam budget 2011. Sabau ler...
October 1, 2010
Bone Stealing
Jumaat datang lagi...22 syawal, masih dalam mood raya. Jemputan rumah dan office terbuka pon banyak lagi. Kerja pon camtu jugak.mood senang lenang..adoyai...konon di pagi isnin update status fb memotivasi diri untuk kasik semangat..akhirnya semangat yang hilang jugak...
Apa plak crita raya berkaitan ngan tajuk post..hehehehe
Sambil menaip sambil mata mengerling kertas-kertas yang bertaburan di atas meja saya, yang tersusun dalam fail dan jugak yang kat dalam tray-in. Rasa-rasanya dari isnin sampai jumaat yakni ari ini tak banyak yang berubah malah bertambah. Apakah maksudnya itu? Apa yang saya buat tiap-tiap hari 8-5 tu. Haaa..ni la maksudnya title post tu..
Minggu lepas setelah kena terapi telinga, insaf sekejap. Semua pon akan terasa kalau tetiba bos mengungkit pasal waktu kerja, staff komplen majikan berkira tapi pernah ke kita kira dalam 8 jam bekerja setiap hari itu brapa jam yang betul-betul kita peruntukkan untuk kerja dan tanggungjawap kita. Kalau memang tip top tak jadik hal..masalahnya pada yang 2-3 jam je kerja 5 jam lagi???? Terfikirkah kita akan keberkatan rezeki a.k.a duit yang kita dapat tiap bulan itu. Ohhhh saya memang tak terjawap, sebab saya makan cili dan terasa pedasnya jua. Saya bukan nak berazam cuma akan berusaha mengurangkan kerja-kerja mencuri saya. Berusaha la kawan-kawan ^^
Subscribe to:
Posts (Atom)