Showing posts with label Isu. Show all posts
Showing posts with label Isu. Show all posts

December 18, 2014

Mama Ni OCD lahh...grrrrrr

Terkejut kann bile tetiba budak pandai sebut OCD. Si Aisyah le kata nih. Orang dewasa pon belum tentu tahu OCD tu apatah lagi budak-budak kannn. Korang tahu ke OCD tu apa. Haaa...cepat gugel ekekeke. OCD tu adalah Obsessive Compulsive Disorder melayunya Obsesif Kompulsif. Ia kategori gangguan mental gak la, macam selalu panik, cemas, tertekan dan selalu buat sesuatu tindakan berulang-ulang. Contoh paling senang, selalu rasa was-was akan kebersihan tangan dan kerap cuci tangan atau pon kejap-kejap pegi cek pintu betul ke dah tutup, susun barang kemas-kemas dan lain-lain lagi lah. Dan tindakan tu semua adalah di bawah sedar. Nak detail korang gali-gali le sendirik yek. Maleh lak mak nak cite kikiki.

Terjadinya ini, bila satu petang tu saya balik keja dan start enjin bebel. Mana taknya sejak-sejak cuti sekolah ni memacam perangai derang. Ntah apa-apa dibuatnya. Umah tu toksah cite le...serabut. Agak-agak taim saya nak balik baru le kelam kabut kemas. Selalunya memang saya tak puas hati le dengan hasil kemasan derang. Tu yang tetiba Aisyah kata saya ni OCD. Suke kemas balik apa yang derang dah kemas hahaha..OCD ke tu ek ekekeke.

Memula pelik gak saya mana dia tahu tu kan. Rupanya kat cite boboiboy, mama zila ada penyakit tu. Cheh!! Tapi kalau saya duduk-duduk, rilek-rilek saya rasa macam betullah pulakk. Ada la sikit-sikit, tak la kritikal sangat. Contoh macam lipat baju kalau dah dilipat orang lain saya betulkan. Kena pasti kan betol simetrinya, sidai baju pon. Pepagi sebelum masuk keta saya ubah-ubah dulu baju yang dah disidai oleh asben saya malamnya. Semua la benda dalam umah tu saya suke saya yang buat sebab kalau orang lain buat saya betulkan jugak. Keja opis pon sama. Adoiyaiii...ni semua faktor usia la ni kotttt...korang ada ke yang sama ngan saya haha...

August 15, 2012

Poligami | Anda Sediakah?

Heran kan? Orang sibok cite pasal raya, saya cite poligami. Buang tebiat ke hape? Hihihi....

Saje je saya nak kongsikan pendapat seorang sahabat, Aliya, yang sangat optimis pasal isu ini. Hebatkan tulisan dia. Korang rasa, korang bersediakah?
Saya sendiri? Hurmm..ntah la. Susah nak jawap, sat rasa macam boleh, sat rasa ragu-ragu. Tapikan hati saya memang selalu sangat terdetik pasal isu ni. Tak pasti kenapa-kenapa. Mungkin sebab saya selalu rasa saya bukan yang terbaik. Dan jujurnya saya rasa hati saya boleh terima dan bersedia, insyaAllah.

Ok..ok..ini adalah tiada kaitan apa-apa ye, sekadar berkongsi dan membuka minda kita yang adakalanya sempit pasal isu ini. Jangan salah tafsir plak ye :-)

Tetibe gambar ni plak..motif? 

ALLAH YANG PILIH, NAK SALAHKAN JUGA?

"Alhamdulillah kerana saya diberi ujian poligami!Ia telah mematangkan saya dan menunjukkan kepada saya kebesaran dan kasih sayang Allah," tulis wanita Inggeris dalam ruangan komen blog kawannya.
Saya terus membaca. Subhanallah, betapa mulia hatinya, dan betapa besar ujian yang diberikan kepadanya oleh Yang Maha Berkuasa.
Terasa diri ini kerdil jika dibandingkan dengan dirinya yang dia yang juga merupakan saudara baru Islam, melalui perkahwinannya dengan seorang lelaki bangsa lain. Sudah beberapa minggu saya mengikuti ruangan bicara dalam blog yang menarik itu.
Ya, POLIGAMI.
Satu perkataan yang digeruni para isteri yang beragama Islam, terutamanya di Malaysia bumi bertuah ini.
Dan isu ini insyaAllah, akan saya kupas sebaik mungkin dalam pos kali ini.

Selanjutnya baca sini la ye: Musings of Mualaf


June 27, 2012

Deria bau

Aishh selemo den tak kekoring lagi nih. Semalam kedoktoran. Dia kata sinus makin kritikal. Rongga hidung pon makin membengkak. Alamak! Memang saya pon dah terasa ia makin terok. Pepagi langsung tak leh kena air, sensitif bau, habuk sume. Non-stop bersin sampai dekat 10 kali. Bersin tu signage saya dah bangun, jiran saya kata hihihihi.
Doktor siap sajes operate buang sinus. Ohhh tidak!! Tak mau laa. Saya ngeri kot bab belah membelah nih. Kang tetibe hidung saya dah tak comel, achaner tu? Hahaha nonsen ok. Tapi memang sebenarnya saya takuit. Saya bagitau doktor, tak pe la dulu yang tu, bagilah saya makan ubat dulu. If bebetul perlu then I did the operation. Tapi tapi tapi masalah besarnya, saya pon kategori penyegan nak makan ubat. Makan tu makan tapi bila rasa dah ok sket emm tak makan dah la. Sama la ngan ubat spray hidung tu. Cano nih cano nih ^_^


Gambar kelabu asap lagi hahahaha

June 5, 2012

Date to remember


Eceh..tetibe jek :-P
Edisi mengarut di kala perot lapau. Nak makan sakit tokak plak. Adoiii...baik puasa kan eh apakah?
Bukan apa, pagi tadi terdengar kat radio pasal orang pompuan, tarikh dan peristiwa. Betul ke eyh hanya pompuan je yang kesah sangat pasal ni banding orang laki. Emm..pikir pikir sat..tak sume kot. Tapi kekadang ada je jumpa kawan lelaki yang lebih prihatin pasal tarikh. Tapi majoritinya macam tak kan.
Ye memang TAK! ^_~

Macam saya sendiri, saya memang suke kot mengingati tetarikh (belasah je letak imbuhan gandaan). Kadang tu saya macam teringat-ingat sendiri je, tak de pon catit kat memana. Tersimpan kat kepala hotak ekekeke. Kirenya saya bukan le di kalangan ahli "Short-term memory lost" kan.
Macam korang ingat tak? Please jawap ingat hahahaha

Haaaa...Ingat tak iklan camera canon, yang dilakunkan oleh Yuna tu. Saya suka sangat, kan di akhirnya dia ada sebut "Di setiap gambar ada lagu". Wahhh!! begitulah pada saya, di setiap tarikh atau detik ada peristiwa yang perlu diingati. Sekian!


Published with Blogger-droid v2.0.4

May 4, 2012

Bukan tunjuk baik


Ustaz Don kata via unofficial Twitter page:
"Update Status tentang perkara-perkara baik, tak bermakna kita terlalu baik dan sempurna. Sekurang-kurangnya kita tidak buat status perkara yang tidak baik"

Itulah sebenarnya. Selama ni saya update tah pape. Tapi sejak akhir-akhir ini, makin bosan pulak dengan laman muka buku (FB). Tak mustahil satu ari nanti saya hilang tros tapi nanti tak dapat la pulak bermesra-mesra dengan kengkawankan. Ecececewah. Ni je le satu-satunya platform berjumpa kawan-kawan lama. Nak harapkan tepon ke seme'es ke watup ke, memang tak le, harammm hahahaha. Paling tidak leh gak tau kabaran mereka kan. Hurmmm..

Sekian! 
*Peace yo *

April 12, 2012

Sometimes



Is it?? Sometimes kan..

January 26, 2012

Entri pertama

Salam,
Wah..ini adalah entri pertama saya di taon duaribu doplas..lama kot tak hapdet. Tapi rasanya penah ada rekod lagi lama tak hapdet. Bukan tak de cerita cuma mood untuk menghapdet hilang secara tetiba. Alang-alang bos tak de nih boleh le mencurik tulang kejap *err bukan selalu ke*. Ye selalu tapi sekarang dah kurang sebab tulang dah semakin kurang untuk dicuri. Nampaknya azam saya masih tidak tertunai. Haishhh susahnya nak bagitau. Bak kata pepatah nak ditelan mati bapak diluah mati mak makanya simpan dalam mulut aje la. Yang pasti setiap yang berlaku telah ditentukan oleh Allah. Makanya lagi SABAR..SABAR..SABAR. Kurangkan emosi meroyan dan terima dengan redho insyaallah ada kelapangan hati.

Ada sesuatu yang saya terbaca tak lama dulu, teringin nak komen tapi biarlah komen di dalam hati saje. Kopipes dari Fatrina FB yang di postkan semula (re posted) dari dinding FB puan bos. Ehem...

"Ramai yg berdoa memohon keberkatan hidup tapi tak tahu nak mencari keberkatan di dalam kehidupan....apabila memegang suatu jawatan, jalankan tugas dengan penuh amanah & tanggungjawab pada tugas masing2. Bila rasa tak sesuai lagi bekerja, letak jawatan secara terhormat, macam mana masuk dengan baik, keluar cara baik. Jangan hanya tahu mengeluh bila kerja banyak, mengutuk majikan dan syarikat...tapi tak pula berhenti. Jangan hanya tahu komplen, tak puas hati macam2. Muhasabah & hisab diri dulu..dari masuk kerja hingga waktu pulang...setiap saat, minit & jam dah digunakan dengan amanah ke?! Ingat sama waktu sembang rabung kat talipon, chatting, facebooking, baca paper, hisap rokok, masuk toilet 1/2 jam dan macam2 .....adakah semua tu urusan & tanggungjawab tugas atau hal2 persendirian yg mengambil waktu berbayar syarikat. Bila rasa dah tak ada keserasian, sila letak jawatan. Cari keberkatan dalam hidup krn duit gaji yang dibayar..anak, suami isteri kita yg makan pakai. Umpama kita ludah dalam periuk nasi kita, nasinya tetap kita makan.....Fikir-fikirkanlah, kepada sesiapa yg termasuk di dalam golongan yg dimaksudkan."

Giler panjang status hahaha...

(gambar tiada kaitan, hanya sebagai penghias entri. Credit En Google)

Moralnya: Bukan pekerja saje yang perlu cari keberkatan, majikan juga. Tepuk dada tanya iman. Kenapa, mengapa....jawapannya ada dalam hati memasing. Sekian.

November 10, 2011

Aku terima nikahnya

Nampak mudahkan. Tapi jangan di ambil mudah, kasihani dan sayangilah suami kita.


Sumber: PenyuXp

October 7, 2011

Bajet

07102011 hari pembentangan bajet 2012, haruslah kecoh nak tau kan tapi untuk saya esok kot baru tengok kat surat kabau. Nak tengok tb tok leh dengau kat radio cam tak syok. Kalau tak buleh gak join tepok-tepok meja ahaks. Macam le ada bahgian ko ;p

August 10, 2011

Fidyah | Dah langsai ke belum

Salam~
Entri ini hanyalah perkongsian ilmu saje. Ia sebagai panduan dan peringatan buat diri saya juga. Mana la tau diperlukan nanti. Banyak kekeliruan dalam bab-bab ini.
Kredit kepada: Uztaz Nor Amin

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.
Kadar Fidyah

1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4
RM............./4 = RM.............

Fidyah Tanpa Gandaan
Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.

Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan
Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :
15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan) x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa) x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa) x 1/4 = RM 140.63

Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Tanpa Gandaan)


Fidyah Dengan Gandaan
Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah.
Contohnya : Orang yang meninggalkan puasa kerana uzur syar'ie ataupun dengan sengaja. Ibu hamil atau yang menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut kesihatan dirinya dan janin.
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :
15 (Jumlah puasa ditinggalkan) x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun) x RM7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa) x 1/4 = RM 421.90

Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Dengan Gandaan)

October 2, 2010

Racun perosak

Aduh...ni yang tak sanggup ni, anak empat baru...muat lagi la....

apa tu?

Al-kisahnya raya tu ari la...pantang kami beraya ke rumah sape-sape je la sume mesti cakap, kau dah kena tukau ke MPV la sani...luas sket...ye la ye la nanti la...cakap memang senang nak laksanakan bukan diorang..kami jugak...insyaallah bukan tak de plan semua tu dah masuk dalam budget 2011. Sabau ler...


October 1, 2010

Bone Stealing

Jumaat datang lagi...22 syawal, masih dalam mood raya. Jemputan rumah dan office terbuka pon banyak lagi. Kerja pon camtu jugak.mood senang lenang..adoyai...konon di pagi isnin update status fb memotivasi diri untuk kasik semangat..akhirnya semangat yang hilang jugak...
Apa plak crita raya berkaitan ngan tajuk post..hehehehe

Sambil menaip sambil mata mengerling kertas-kertas yang bertaburan di atas meja saya, yang tersusun dalam fail dan jugak yang kat dalam tray-in. Rasa-rasanya dari isnin sampai jumaat yakni ari ini tak banyak yang berubah malah bertambah. Apakah maksudnya itu? Apa yang saya buat tiap-tiap hari 8-5 tu. Haaa..ni la maksudnya title post tu..
Minggu lepas setelah kena terapi telinga, insaf sekejap. Semua pon akan terasa kalau tetiba bos mengungkit pasal waktu kerja, staff komplen majikan berkira tapi pernah ke kita kira dalam 8 jam bekerja setiap hari itu brapa jam yang betul-betul kita peruntukkan untuk kerja dan tanggungjawap kita. Kalau memang tip top tak jadik hal..masalahnya pada yang 2-3 jam je kerja 5 jam lagi???? Terfikirkah kita akan keberkatan rezeki a.k.a duit yang kita dapat tiap bulan itu. Ohhhh saya memang tak terjawap, sebab saya makan cili dan terasa pedasnya jua. Saya bukan nak berazam cuma akan berusaha mengurangkan kerja-kerja mencuri saya. Berusaha la kawan-kawan ^^

June 15, 2010

Gemuk susah kurus pon susah

Intro yang ringkas, kemana saya pergi soklan yang selalu diajukan: wah terror la ko..dh banak 4 badan mainten lagi...apa rahsianya..share lah...


Masalah..masalah.. sejujurnya memang saya tak ada apa-apa rahsia. Mungkin dek kerana rutin harian yang ketat kut...mungkin la. Tak pon cuba la berada di tempat saya, bekerja 8 jam siang hari di pejabat, balik tu sambung plak ngan keja-keja umah; masak, ngemas, mendobi, melayan kerenah anak-anak yang boleh tahan lasak..tido yang tak penah cukup, bole kut kurus.
MyEm0.Com

April 22, 2009

MLM

Mlm? Apa tu? Ia bukan ringkasan pada hari MALAM yang gelap tu ye. Ia adalah ringkasan dari perkataan "Multi Level Marketing" yang merupakan satu sistem perniagaan yang makin berleluasa ketika ini. Sebenarnya perniagaan MLM ni sudah lama bertapak, namun saya yakin masih ada sebilangan yang masih samar-samar tentang MLM ni. Sedikit la saya ringkaskan macam mana perniagaan MLM ni dijalankan mengikut kefahaman saya sendiri. Konon la perniagaan ni tidak memfokuskan kepada jualan barang semata-mata tetapi dengan membawa rakan ikut serta akan mempercepatkan proses kenaikkan pangkat. Semakin ramai down line semakin berjaya lah kita. Pelik kan?

Bukan itu sahaja, kena pulak membeli sejumlah barangan produk MLM tu sebagai pelaburan. Bagaimana tu? Contoh: Beli 15 unit produk melalui pinjaman dana, lepas tu dalam masa yang sama bawa 2 atau lebih rakan ikut serta memasuki unit kita dan mereka juga ikut sama membuat pelaburan yang sama. Sebagai ganjaran bulan berikutnya kita akan dapat pulangan yang boleh dikatakan lumayan.

Gambar diambil dari web: www.squidoo.com

Kenapa tiba-tiba saya berminat nak cerita pasal MLM ni, ye mesti ada sebabnya. There's nothing without reason kata omputeh hehehe....

Al kisahnya kelmarin (jumaat) saya telah diajak bertemu oleh seorang kenalan. Saya katakan kenalan sebab kami baru beberapa kali bertemu, itupun atas urusan pejabat sahaja. Agak mencurigakan jugak la sebab tiba-tiba ajak saya keluar. Dari gaya bahasa yang digunakan, saya dah boleh menjangka yang mesti ada sesuatu yang nak dibincangkan. Sebelum ini pon dia pernah bertemu dengan salah seorang rakan sepejabat saya, cuma saya tak sempat bertanya mengapa 'kakak' tu nak jumpe die. Kebetulan hari tu kawan saya tu bercuti maka saya tak dapatlah nak merisik-risik. Tak pe la saya pergi jugak la. Hah...tiba masanya...tepatlah seperti apa yang saya taksirkan. Hebatkan instict saya (ngeh ngeh...perah san)

Lepas makan, maka kakak tu pon keluarkan lah segala risalah-risalah tentang produk-produk tu, biarlah saya rahsiakan saja jenama produk tu dan juga bahan bukti ganjaran yang telah diperolehi. Tapi pelik jugak kenapa die tunjukkan ganjaran orang lain bukan dari dia sendiri. Saya tanya jugak, jawapan die, akak dapat tak banyak lagi sebab akak pon baru dalam bidang ni, so akak arap mi tolong la akak. Kita sesama carik orang dan jual produk ni. hemm...gitu ke? Setelah puas die cerita, ginilah sikit lebih kurang saya jawap:

Saya- maaf la kak, saya memang dari dulu tak minat dengan bisnes MLM nih, ikutkan sayapenah gak join sebelum ni tapi semuanya tak menjadi kak. Akak paham je la saya ni, siang kerja malam nak uruskan umah pulak, weekend tu je la saya nak abiskan masa dengan anak dan family, mana ada masa nak buat benda ni kak.

Kakak tu-Ala mi kalo ikut penat akak lagi penat, dah la akak ibu tunggal, ni ha mi tengok majalah ni, die ni berjaya dengan MLM ni lepas mencube kali yang ke-17

Saya- Die lain kak saya lain, masalah penat saya tolak tepi kak, saya tak mau dek kerana nak mengejarkan pulangan tu saya sampai abaikan anak dan family. Saya bukannya ada pembantu kat rumah tu. Bukan saya tak tau kak camna orang-orang yang buat bisnes nih, dieorang memang komited abih dengan bisnes ni. Tak pe la kak, akak tak yah la susah-susah nak pujuk memang confirm saya tak nak kak. Maaf la ye...buat masa ni hati saya memang tak penah terbukak nak join kak.

Kakak- Kalo mi tak yakin meh ikut akak ahad ni kite gi majlis meraikan SM (sales manager) kat the mines. Ala kejap je, dalam 2 jam, bawak sekali anak-anak ngan suami.

Saya- Ish..tak boleh kut kak, asben saya pon memang tak minat bab-bab ni, belum saya cerita nanti die dah bagi jawapan. Hehehe

Kakak- Ala mi kejap jek..meh la....

Saya- emmm...susah nak cakap la kak, tak pe la as now akak assume jek saya tak nak, kalo saya minat saya bgtau la akak k..

Kakak- Gitu ke? tak pe la kalo gitu..tapi pikir-pikirkan la ye mi

Saya- Insyaallah

Akhirnya selesai gak, fuh memang tak kenal erti putus asa kan. Tapi yang pasti setakat hari ni saya memang tak minat. Kalau betul pun saya nak ceburi bidang perniagaan biarlah saya fokuskan untuk jual produk bukan mencarik downline. Apa-apa pon ini pendapat saya, tak semua orang bersetuju kan. It's just my 2 cent. Hik hik

P/s: Alamak..pecah rekod..entri terpanjang tahun ni..