August 10, 2011

Fidyah | Dah langsai ke belum

Salam~
Entri ini hanyalah perkongsian ilmu saje. Ia sebagai panduan dan peringatan buat diri saya juga. Mana la tau diperlukan nanti. Banyak kekeliruan dalam bab-bab ini.
Kredit kepada: Uztaz Nor Amin

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.
Kadar Fidyah

1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4
RM............./4 = RM.............

Fidyah Tanpa Gandaan
Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.

Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan
Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :
15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan) x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa) x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa) x 1/4 = RM 140.63

Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Tanpa Gandaan)


Fidyah Dengan Gandaan
Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah.
Contohnya : Orang yang meninggalkan puasa kerana uzur syar'ie ataupun dengan sengaja. Ibu hamil atau yang menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut kesihatan dirinya dan janin.
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :
15 (Jumlah puasa ditinggalkan) x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun) x RM7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa) x 1/4 = RM 421.90

Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Dengan Gandaan)

2 comments:

  1. kak cane yg dpat 15 tuk gandaan 5 taun tu? hehe

    ReplyDelete
  2. fatrina: dah explain kot semalam..hahaha..kira gandaan dari 15 ari x puasa kann :P

    ReplyDelete