Salam,
Wah..ini adalah entri pertama saya di taon duaribu doplas..lama kot tak hapdet. Tapi rasanya penah ada rekod lagi lama tak hapdet. Bukan tak de cerita cuma mood untuk menghapdet hilang secara tetiba. Alang-alang bos tak de nih boleh le mencurik tulang kejap *err bukan selalu ke*. Ye selalu tapi sekarang dah kurang sebab tulang dah semakin kurang untuk dicuri. Nampaknya azam saya masih tidak tertunai. Haishhh susahnya nak bagitau. Bak kata pepatah nak ditelan mati bapak diluah mati mak makanya simpan dalam mulut aje la. Yang pasti setiap yang berlaku telah ditentukan oleh Allah. Makanya lagi SABAR..SABAR..SABAR. Kurangkan emosi meroyan dan terima dengan redho insyaallah ada kelapangan hati.
Ada sesuatu yang saya terbaca tak lama dulu, teringin nak komen tapi biarlah komen di dalam hati saje. Kopipes dari Fatrina FB yang di postkan semula (re posted) dari dinding FB puan bos. Ehem...
"Ramai yg berdoa memohon keberkatan hidup tapi tak tahu nak mencari keberkatan di dalam kehidupan....apabila memegang suatu jawatan, jalankan tugas dengan penuh amanah & tanggungjawab pada tugas masing2. Bila rasa tak sesuai lagi bekerja, letak jawatan secara terhormat, macam mana masuk dengan baik, keluar cara baik. Jangan hanya tahu mengeluh bila kerja banyak, mengutuk majikan dan syarikat...tapi tak pula berhenti. Jangan hanya tahu komplen, tak puas hati macam2. Muhasabah & hisab diri dulu..dari masuk kerja hingga waktu pulang...setiap saat, minit & jam dah digunakan dengan amanah ke?! Ingat sama waktu sembang rabung kat talipon, chatting, facebooking, baca paper, hisap rokok, masuk toilet 1/2 jam dan macam2 .....adakah semua tu urusan & tanggungjawab tugas atau hal2 persendirian yg mengambil waktu berbayar syarikat. Bila rasa dah tak ada keserasian, sila letak jawatan. Cari keberkatan dalam hidup krn duit gaji yang dibayar..anak, suami isteri kita yg makan pakai. Umpama kita ludah dalam periuk nasi kita, nasinya tetap kita makan.....Fikir-fikirkanlah, kepada sesiapa yg termasuk di dalam golongan yg dimaksudkan."
Giler panjang status hahaha...
(gambar tiada kaitan, hanya sebagai penghias entri. Credit En Google)
Moralnya: Bukan pekerja saje yang perlu cari keberkatan, majikan juga. Tepuk dada tanya iman. Kenapa, mengapa....jawapannya ada dalam hati memasing. Sekian.
No comments:
Post a Comment