March 14, 2012

From Taiping with love


Percutian kami, eh percutiaan ke..ok bukan. Ni umpama acara bulanan yaitu balik kampung. Kalo dulu balik kampung adalah senang. Maksudnya sekali jalan. Biasanya jumaat balik singgah alor gajah esoknya tros ke segamat. Tapi kini tak boleh disekalikharungkan. Kena balik lain-lain. Kenapakah? Yee sebabnya adalah sebab...hehehe

Disebabkan keadaan kesihatan mak dan pak mertua saya kami adik beradik sepakat men'transfer' sementara mereka berdua ke taiping rumah abang ipar yang kebetulannya sudah pencen. Nak suruh dia balik tinggal di kampung pon sukar jugak sebab anak dia masih bersekolah. Maka dengan itu bermulalah pemindahan kampung kami buat sementara. Jadik orang tepen pulak na. Hahaha

Kebetulannya cuti sekolah maka bolehlah kami extent sket coti. Plan asal sampai selasa tapi kami ada lagi plan lain secara tetibe maka cukup sampai senin. Dapat duk lama sket dah la sesekali je dapat balik kan. Tak macam melaka sat je dah sampai. Bebile teringat laju je balik hahaha. Sangat tidak adilkan.

Dah kami adik beradik semua balik abang ipar pon buatlah kenduri kesyukuran sket. Dan paling tak best piya adalah domam. Aduhai..leteh la mama ko ni. Asek merengek je. Tak mau  berenggang. Mujurlah paklong pakai catering je kalau tak tak ke dikatakan mengelat sebab asek kelek anak dan malas hahaa.Sudahnya mood mama sokmo swing-swing. Dah la dengan melayan alya, aisyah dan hadif yang totally out of control. Penat mama menten tahap kesabaran. Mereka itu memang amat menduga kesabaran.

Ikot perancangan mak abah akan balik semula segamat tapi adik ipar yang sepatotnya bawak mak abah balik tak mai pulak. Demam. Dan tak jadilah mereka pulang. Jadiknya kampung masih lagi di tepen o_O.


Majlis khatam anak buah. 

Hadif macam peel biasa..ada aku kesah ;p

Makan time..ganehnya aisyah haha

Piya ngan kakak aisyah mengetest ketahanan pelamin abang pais ^_^


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments:

Post a Comment