June 24, 2012

Hanyalah dia yang satu



Salam,
Hari ini (23june2012) genaplah usia Hadif 11 tahun. Mungkin dari segi tarikh Hadif tak tahu tapi kalau saya wish dia, dia tahu dan suka, siap tanya lagi, 'mana kek saya'. Hahaha... Hadif memang bercakap gaya membaca buku. Sebijik-sebijik!
Tak sangka, kelip-kelip mata je Hadif membesar. Bermacam-macam rasa dah saya rasai sepanjang usia Hadif itu. Dan ianya tidaklah semudah kelip-kelip mata. Daripada non-verbal, tantrum yang melampau, hyper yang melampau semua dah berjaya saya lalui. Rasa yang pelbagai. Tak semua orang rasa perasaan yang sama dan alhamdulillah berkat kesabaran ini, Hadif telah banyak sangat berubah dan sekali pandang orang tak akan perasan dia anak autisme. Komunikasi Hadif pon dah banyak improve. Dulu kalau saya tanya, dia akan mengajuk balik apa yang saya tanya. Tapi kini dia dah boleh respon atas soalan yang saya tanya. Dan boleh jugak bercerita tanpa ditanya, contohnya aritu dia balik kampung cerita dengan adik saya, "makngah, saya pegi pulau langkawi. Saya naik eroplane". Terasa sangat comel kan.
Cuma sejak akhir-akhir ini saya jadi terlalu banyak berfikir, terutamanya pasal masa depan Hadif. Saya tidak pun pasti selama mana saya mampu membantu dia. Seandainya ditakdirkan saya pergi, saya tidak yakin ada sesapa yang boleh menjaga dia selain mak dan ayah saya. Tapi mereka pon dah tua. Selama mana pulak saya nak bergantung harap pada mereka. Kekadang terdetik di hati saya andai saya dijemput illahi, biarlah saya pergi bersama Hadif. Boleh ke saya doa cenggini ek. Saya tak berapa nampak sinar lagi. Semoga Allah terus memberi saya kekuatan dan peluang menjaga amanahnya ini selama mana izinNYA.
Disamping tu, saya juga cuba sedayanya untuk mem'balance'kan kasih sayang saya pada keempat-empat anak saya tapi kekadang saya rasa saya tetap akan utamakan Hadif. Moga Alya, Aisyah dan Afiya memahami.

Selamat hari lahir Hadif!! Mama sangat sayang Hadif sangat-sangat.

6 comments:

  1. Smoga Hadif diberkati Allah SWWT dunia akhirat. Insyaallah.....Allah akan lindungi dia!

    ReplyDelete
  2. terharunyer akak... jgn risau dengan usaha dan tenaga akak insyallah hadif bleh berjaya suatu hari nanti... jgn riso byk2 sangat tentu allah ada rancangan yang lebih baik untuk hadiff

    ReplyDelete
  3. #ibuhani
    terima kasih
    insyaallah!

    ReplyDelete
  4. #mayang
    mudah-mudahan
    banyak sangat pikir
    :)

    ReplyDelete
  5. happy birthday hadif..:)

    mama ngan papa dia la insan yg lebih memahami berbanding insan lain kan..

    ReplyDelete
  6. @iizza
    terima kasih
    sangat setuju
    anak-anak kita hanya kita saje yang lebih kenali mereka

    ReplyDelete