Another part story of our Terengganu trip. Macam le best sangat nak berpart-part bagai. Saje je sebab malas nak edit gambar yang banyak tu. Buat sikit-sikit ikot dan. Ni pon semangat lepas tengok FA kat tb program Primadona, Bila Wanita Berbicara ecehh..promote plak. Terkelip-kelip mata tengok dia. Hihi
Second day aktiviti kami adalah sangat santai. Tiada schedule pon. Lepas breakfast free kat hotel, teros sambong golek-golek ateh katil. Senangnye hatikan. Dah namanya bercuti tentula nak rilek. Sementara kekanak berendam pool mama tido lagi tentunya. Dak piya tak nak turun pool maka buat apa mama nak meneman kekanak lain tu. Papa derang kan ada. Lagipon mama tak pandai berenang tu pasal tak de minat melepak di tepian pool (^_^)
Kendian tu tros le siap-siap mulakan misi shopping. Wah! Heaven. Tapi peliknya bukan beli untuk diri sendiri, beli yang orang kirim-kirim. Pastinya jugak tak ketinggalan carik fridge magnet. Tetibe hobi bermusim ni datang balik. Naik lenguh kaki tawaf pasar payang tu. Dengan dokong dak-piya lagi. Adoi lomah lutut ai. Petangnye kami lepak kat Pantai Teluk Ketapang menikmati seafood celup tepung. Femes katenye! Memang osem. Pantainye pon cantek tapi takde gambau pasal bateri tepon abes. Nasib baik tak sosek nak kesini. Guna khidmat penunjuk arah, beliau adalah Nasir, ofismate saya yang asal ganu. Main whatapp je. Tq to Nasir. Pemandu pelancong jarak jauh hihihi.
|
Bersantaian di cafe dan lobby |
|
Suming jomm..piya tatot hihi |
|
Shopping taim lah |
|
Ikan Celup Tepung (ICT) Teluk Ketapang |
No comments:
Post a Comment