February 14, 2017

Escape | Part 2

Salam
Ok mai nak sambung cerita..sebelum cerita menjadi basi hahaha. jarang-jarang berlaku tuan tanah tetibe rajin ni.

Hari kedua masih aktiviti di kolam renang dan laut, itu je la tempat best dan tenang kan. Pagi tu breakfast di hotel je. Boleh tahan jugak menu-menu nya. Lagipon pagi bukan nak makan benau.


Lepas tu, menuju ke Ostrich Farm. Tak sangka jugak di tengah-tengah bandau ada tempat ni. Sejalan dengan Rumah Terbalik. Hadif kan memang suke pegi tempat-tempat hewan ni, kemain laju ler dia menjelajah. Syaqir pon boleh tahan. Mujur dia berani sebab tak pernah lagi bawak dia ke tempat-tempat cenggini. Dia biasa tengok kat tv je.


Awal-awal masuk tu jumpe kambing. Nak bagi makan kena beli ler rumput-rumput tu. Rasanya kambing tu kekenyangan pasal semua orang yang datang bagi makan haha.


Ke dalam sikit baru jumpa ostrich. Ada gak sekor dua dilepaskan. Elok je jalan sana kemari. Takut jugak akak kot dia kejau hahahaha. Dasar penakut 😝Sesapa nak naik keldai, kuda pon boleh, Tapi bayau gak la. bebudak ni pon tunggang gak tapi takat naik kuda yang dituntun, ostrich pon boleh ditunggang tapi mereka takut haha.



Selain dari tu ada rabbit, ayam, angsa. Ok la tempat ni. Takde ler nengok ostrich je kan. Syaqir syok sangat kat sini, sampai liat nak ajak klua, nangis tak nak balik hahaha...hadoi la anak.



Next itinerary ke Muzium Tentera Darat. Cucu tentera katanye...haha


Masa tu syaqir tido, lenguh oii tangan. Papa dia la take over dukung, kalau tido ok, cuba kalau jaga memang tak la nak kat papa dia. Hadoii..sengal badan. Cuaca lak panas aritu...lenjun semua haha.



Tengok ape je sana, kapal terobang, keto kebal, senjata dan baca ler sejarah-sejarah sikit. Masa ni ler mama nak tunjuk terror cite hal-hal sejarah kat anak-anak kih kih. Feberet subjek kata nya kann. Selalu score A *flip hair* wakakaka..eksen nau! Overall ok la tempat ni, ada gak la tempat menarik nak di lawati. Takde ler mandi manda je kann. Tak abih pon round pasal semua battery dah weak. Makan pon tak lagi masa ni. tu yang tengok ala kadar je.



Settle jenjalan, caik tempat makan tengahari. Singgah je restoren memana asal dapat makan. Lepas tu, balik hotel tido. tak daya dah nak berjalan. Faktor usia! 😆 Ok la nanti sambung la ek...kasik meriah sikit blog ni banyak posting hihihi..

2 comments:

  1. Dah besar sume anak anak awak cik mimi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye cik ana...besau dah mereka.
      Mak nya pulak terase tue benau nih hahaha

      Delete