Salam Syawal dan Selamat Hari Raya semua...
Ketapi mane ler akak naik ni ek. Minggu last Syawal dah ni oiii hahaha...Mohon dimaafkan segala salah silap yek. Taon ni turn raya segamat, kena hashtag teamrayajohor la kann. Tak tahu la sejak bile wujudnya team-team ni. Team raya mana, team baju apa..layan je le.Belanja video mercun dulu la ek...akak terhasut dengan drama HSC dikk tapi kualiti kemera ni tak sama ler cam dalam drama tu hihi.
Balaik raya awal..jumaat dah sampai. Mood baik pulak bos kasik coti panjang. Ari khamis lagi dah coti sampi ler ahad 3/7/17. Seminggu lebih. Tapi biase ler cuti paksa, kena tolak annual leave. Redho je. Syok jugek dapat rilek lelama kann. Raya sakannnn 😆
Sedondon lagi taon ni..tengok anak-anak dah besa-besa terasa tua nau hihi. Blog ni pon dah berapa abad kih kih. Maunya tak dari derang kecik samapi besau gini. Cepat betul masa berlalu. Ehhh tertukar cite plak...cite raya ler kan patutnya haha
Raya kami biase-biase je. Takde apa yang berubah dari taon-taon sebelum. Gamba pon tak banyak sangat. Dah kelam kabut nak menyambut orang datang beraya. Geng marhaban dapat ler merasa sup tulang kali ni. Biasa tak de. Gigih asben saya caik tulang. Beli masa kat alor gajah hihi. Sejak pak mertua sakit ni, dia dah takde dah bela lembu. Kalau tak free je dapat, tokey katakan.
Makdara dan anak-anak dara...ehh sebelah tu menantu bilal ekekeke...sape tengok cite tu 🙋
Duduk segamat sampai raya kedua, lepas settlekan makan minum geng marhaban perempuan balik ler melaka pulak. Mujur jalan clear...tapi abang ipar yang gerak kendian merasa terperangkap dalam jem. Pada hal beza sejam dua je.
Kat alor gajah ramai makcik ngan sepupu maka sakan ler beraya umah derang. Derang pon bukan balik kampung jauh-jauh. Semua kawen ngan orang melaka gak. Tak berkombang hahaha..dah jodoh kann.
Sempat gak tumpang posing umah kazen hihi...cantik umah dia.
Gini je le cite raya...hari rabu malam dah balik Bangi. Balik awal sebab nak kasik can sedara mara beraya umah kami pulak. Nanti-nanti dah keja susah. Tunggu wiken je memang tak sempat. Kalau sebuah umah pon duduk botrak 2-3 jam mana sempat nye nak round kann.
Hj Mohamad clan..taon depan mungkinkah akan bertambah jeng jeng jeng 😝 |
Baikla...stop dulu. Masih ada ke orang nak buat open house hihi...kalau ada leh tumpang makan 😋
Ok baiii
Cik Abang dan Cik Kak besau dah ye
ReplyDeleteitu ler...hadoii cepat betol masa berlalu. Maknye tak besau-besau tapi dah berusia hihihi
ReplyDeleteMaknye comel
ReplyDeleteterharu saya baca nih cik hahahaha
Delete