Sambung cerite terobek la yek. Bukan apa walaupun dah lama semua cerita ni tapi saya saje nak simpan kat blog, buat kenangan. Biase dedulu saya suke amik masa lunch untuk update blog tapi semenjak dua menjak ni kalau tak balik umah saya layan tengok drama hihi. Tak sempat nak tengok masa kat umah. So marathon ler kat opis hihi. Aritu tengok cite Isteri Bukan Untuk Disewa. Suke pulak tengok gandingan fattah ngan tiz. Fattah tu sejak dah kawen makin ensem plak kannn hahahaha. Dah abih dah cite tu layan pulak Lelaki Kiriman Tuhan. Ada Remy Ishak 😍 hahahaha. Cite ni lama nau nak tunggu abih kan. Seminggu sekali je..haduiii tak menyabau nak tahu kesudahan nya.
Hokay dah..sementara tunggu masa nak balik tengahari ni saya sambung cite cherating ni kasik abih. Ari kedua, pepagi lepas sarapan kami berjalan kaki ke pantai. Syok ooo pagi-pagi duk tepi pantai. Nyaman!! Cume pagi-pagi air nya surut. Jauh sikit ler berjalan nak sampai ke air hihi
Laut belah-belah pantai timur ni memang cantek sikit banding belah selat melaka tu. Air pon bersih jugak la. Ombak pon boleh tahan besar. Kekadang kite pi laut bukan nak mandi sangat pon, dapat main-main air, lepak-lepak tepi tu pon dah ok. Tu saya ler. orang lain tak tahu pulak.
Settle mandi mandi, singgah jugak ler kejap kat pool. Nak hilang kan lekit mandi air laut hihi. Sempat je ek. Lepas dah salin cantik-cantik, mula ler perjalanan mencarik tempat best untuk di lawati. Kami tuju ke Zoo Kemaman dulu. Tak jauh pon dari tempat kami menginap. Maklum ler bawak anak-anak kecik. Zoo la tempat paling best pada derang. Kalau ikut maknya nak soping jek hahaha
Kalau tengok kat map dan gambau-gambau hasil google, memang nampak menarik. Tapi sedikit kecewa la bile masuk sana. Yang ada hanya la rumah burung jek. Haiwan lain dah mati bak kata syaqir. Kesian dia. Berhajat nau dia nak tengok rimau singa hahahaha. Mungkin ye kot, haiwan dah takde. Ke derang tengah buat buat proses membaik pulih. Masa saya pegi ni memang hampeh! Nijam tak tahu ler. Tak gugel lak keadaannya sekarang.
Kalau ikut kan lime menet je cukup takat nak tengok burung-burung tu tapi sebab adik yang bawak tram tu tinggalkan kitorang lama kat situ. Sejam! Terpaksa ler jalan selow-selow dan tengok satu-satu burung yang ada situ hahaha. Pandai dia ek! Nak jalan kaki keluar jauh nau. Tunggu je la dia datang. Di sebabkan Syaqir tak puas tengok hewan, kami pi la jugak kat Taman Teruntum. Sana ada mini zoo. Paling-paling ada la jugak, beruang, ulau, buaya, ostrich, monyet. Berbaloi! Free pulak tu.
Lepas letih-letih round Taman tu, rushing balik pasal nak kejaukan masa. Nak pi Mangrove Tour plak. Tiket kul 4 petang. Sempat gak ler sampai. Tak penah pon sebelum ni buat aktiviti ni tu yang Alya teruja nak cuba. Tiket boleh tahan mahal. Sorang RM70 kalau x silap. Budak tak ingat berapa, kurang sikit je pon. Kire ler sendiri kalau dah bertujuh tu berapa huhu. Sebelum ni penah gak ler naik sampan tengok kelip-kelip kat kuala selangor. Tapi ni lain. Kali ni kita menyusuri sungai apa ntah namanya hihi..mahap lupa. Tu ler lama nau simpan cerite ni. Saya sebenaunya tak berani sangat pon..hahaha. Nampak je macam adventurer tapi kalau bab-bab melibat kan air memang penakut sikit. Ke sebab saya tak pandai berenang.
Ikutkan sungai ni ok la. Sepanjang tu ada la tengok pokok-pokok bakau, beberapa binatang kecil atas pokok yang dapat dilihat. Selalunya ular la. Tapi yang jenis kurang bahaya la. Ular-ular tu tido jek. Tapi takut jugak tetibe terjatuh atas kite ke kann hihi.
So far enjoy la. Sesuatu yang baru kan. Syaqir tu nampak je berani tapi sebenarnya sepanjang jalan tu duk atas riba dan peluk saya jek. Laju pulak brader tu bawak bot kan. Mana tak takut huhu.
Dekat dua jam jugak la duk dalam bot tu. Sengal montot hahahaha. Naik ke darat, terus balik hotel rehat. Makan-makan area hotel jugak. Terasa takde mood lak nak pi JJCM. Ngantok oii haha. Papa derang pon penat. Esok nye budak-budak ni pi mandi kolam aje dan pastu packing balik Bangi. Gitu je ler, percutian biase-biase kami tahun lepas. Tahun ni pon biase-biase jugak haha. Belum lagi boleh nak pi jejauh dan luar biase 😁
Petang ni nak bawak hadif terapi lagi. Last session! Atok dia antaukan balik Bangi semata-mata nak pi terapi tu. Abih tu kang balik kampung balik hihi. Gitu ker rutin dia sepanjang coti, berkepit ngan atok. Ok jumpa lagi nanti, untuk kisah terobek selanjutnya. Hurmm ada lagi ke ek hihi. Kena selongkau gambau dulu la kot. Kalau ada gambau menarik ade ler kisah yang nak diceritakan hahaha. Ok..till then. Baiii
No comments:
Post a Comment