Semoga kite semua sentiasa dalam rahmat Allah..aminnn
Tapi masalah saya arini mata nak terkatup jek. Tetibe rase ngantuk nau. Overload makan ke? Ishh tadi tu sikit je bekal bihun goreng. Gune tapawe kecik je pon. Takpe ler, kita bagi senaman tangan sikit. Kot la membantu kann 😜 Sesambil tu layan Dbilique live yang tu ari #ArtisMasukBilik Zamani. Dah 3-4 kali ulang pon 😅😅 Ce perati dak fafau tu ahahahaha. Kalau sis ler, misti camgitu gak, terpegun weii dengau sore Zamani live 😍
Terobek lagi la yek. Aritu bosan-bosan sempat la sorting balik semua folder gamba kat dalam PC ni. Nak bekap benaunya tapi tak sempat lagi. Banyak rupanya. Nak kena antau print ni, kalau tak kang ilang camgitu jek. Dah beberapa kali kejadian hilang tu. Sayang weii. Masa kitorang pegi ni cuti sekolah gak. Kebetulan kena ngan coti Hari Keputeraan Sultan Selangor. Tahun tu syok sebab banyak cuti jatuh ari isnin. Best kann 😎
Kalau ikutkan ati saya yang kurang sabau ni, nak je patah balik, tension pulak nengok keta banyak camgitu. Mulut pon tak berenti berleter. Marah kan sape ntah ahahaha. Tapi tak sampai ati lak tengok Syaqir dah eksaited nau nampak dinasour. Tak sabau na dia nak turun keta. Tepi-tepi jalan tu pon orang dah parking. Akhirnya saya nekad je parking tepi hiway. Tawakal je la. Kena saman tu ok lagi kot ada yang tergesel ke langgau ke tak ke haru. Sebab tengok banyak keta park situ, tu yang saya letak gak. Punya la jauh nak menapak ke pintu masuk PSN tu.
Belum masuk ke dalam pon dah letih berjalan. Dah ler ramai umat manusia. Tempat pertama tuju, kat patung-patung dinasour tu ler, Taman Prasejarah. Tu sebenaunya motip utama datang pon. Hadif tak ikut masa ni, dia kan duk ngan atuk cuti-cuti sekolah. Kesian lak. Tapi nak tunggu dia ntah bile dapat pegi. Amik kesempatan pegi time papa outstation. Kalau ada papa derang confem tak kan sampainya sini. Jauh-jauh damansara ni. Akak jugak ler yang rajin melayan pi tempat-tempat camgini.
Dah puas belek dan pegang-pegang dinasour tu baru la masuk ke dalam. Nak ke bangunan kubah tu pon jenuh menapak hahaha. Dah ler membukit grrr longgau lutut akak oii. Menarik nampak bangunan tu. Boleh tengok kat web Pusat sains Negara kalau nak tahu lebih detail pasal struktur bangunan dan apa yang ada di setiap tingkat. Pada saya memang interesting tapi saya tak pegi semua tempat. Tengok-tengok bahagian yang budak-budak ni suke aje. Ada jugak tempat main-main tapi ramai nau kekanak. Takut pulak nak lepaskan syaqir masuk. Kang tak perasan dia kemana-mana. Bahaya..dah ler dia tu boleh tahan ligat.
Nak jugak try masuk kat 'Survive the bunker' tapi budak bawah 7 tahun tak leh masuk pulak. Offer alya aisyah. derang tu mama tak masuk tak mahu nye masuk. Penakut! Padahal bukan apa pon, cume nak test tahap phobia kite je. Rasenya la macam ok ok kot. Tak masuk tak tahu apa dalamnya tu hihi. Panjang jugak orang beratur nak masuk. Yang ni ada tiket lain. Afiya ngan syaqir tak teruja sangat kat pameran dan galeri. Dari sampai tadi dah perasan ada water plaza kat luar nun. Gelisah je ler nak kesana hihi. Memang awal-awal dah stanby baju nak mandi manda tu.
Keluar dari pusat sains lalu la Nature Garden ngan Playground sebelum sampai water plaza tu. Adventurous gak menurun ke taman tu hahaha. Tak sempat nak amik gambau, ramai na nak turun masa tu. Kang melambatkan perjalanan pulak hihi. Lagipun langit macam nak menurunkan hujan je di kala itu. Dah mule ada rase nak kecewa dah Afiya kalau ujan turun. Nanti tak dapat la dia mandi hihi. Hujan turun jugak akhirnya. Boleh tahan lebat. Lepak ler tepi kolam tu dulu. Mujur gak berenti cepat. Rezeki bebudak ler ni nak mandi. Ada la gerimis sesikit. Mama kasik can la korang main ujan sesekali kann.
Dekat sejam gak la melayan kan kekanak dua orang ni main air. Itu pon payah nak ajak balik. Mama bukan apa kang petang-petang mama ngantok nak drive nak oiii. Syaqir tu mama dia je yang pandai distract dia bile dia nangih. Yang lain tak jalan haha. Anak mak kata kan. Ok la jugak jenjalan sini especially kalau suke bab-bab sains ni kan. Anak-anak saya macam saya gak math sains tak seberapa hahaha.
Sekian aje la cite jenjalan kami. Kalau ada kelapangan boleh datang lagi sini. Tunggu syaqir besau, lagi 4-5 tahun ke. Mungkin masa tu baru datang keterujaan dia pada benda-benda sains dan tekno ni kan. Ok la...jumpa lagi nanti. Sebelum tu, ni haaa...Sempat jugak syaqir pau mama dia binatang nih...hadoiii!! Tiga ploh hengget sekor. Mujur makan dipujuk, amik sekor jek. Dia dah pegang 2-3 ekor. Mati lanakkk, mahaiii oii 😂
No comments:
Post a Comment