February 1, 2019

Happy, Not Perfect

Salam Jumaat.
Nampaknya jumaat je ler free sikit menghapdet blog. Ari-ari lain boleh jek tapi tengok mood. Jumaat memang mood semorang baik kot kann. Dapat-dapat kalau nak coti panjang cenggini hihi. Syok ler orang KL Putrajaya arini yek. Dapat coti lebih. Saya takde plan nak kemana pon. Coti pon tak ambil lebih-lebih. Senin ni pasal ramai yang apply coti makanya hakak pon kena la pakse coti. Dah sensorang je keja buat apa kan. Membazir karen jek hihi. Saya ada tak de nak ke Kluang, kenduri kawen sepupu belah asben. Sepupu saya pon tunang gak sabtu ni tapi dah plan nak ke sana, maka tak dapat ler nak ke Shah Alam pis yo ehh hahaha. Makcik saya pulak last minit jemput. Dia pon planning mengejut. Dari mejlis merisik, sekali kan dengan tunang. Tu yang baru jemput sedara-mare semua. Maaf ler, tak dapat sama memeriahkan. Semoga mejlis berjalan lancar la yek.


Sesekali penah tak korang rase fail. Tetibe ek....saje la rase nak share. Gagal dalam segala hal. Kerjaya, parenting or everything. For me lebih kepada parenting la. Saya boleh dikatakan selalu jugak la rase camgitu. Walaupun kekadang most kengkawan nampak saya ni positif, benaunya tak pon. Lakunan semate. Kekadang saya still need encouragement dari orang sekeliling. Tapi ni dulu ler, sejak-sejak dah masuk 40-an a.k.a matang sikit ni kan, saya dah malas nak amik pusing. Bukan ler biau cenggitu jek perasaan tu, cume saya dah tak letak benchmark yang tinggi dalam apa jua bidang. Yes, as normal human being especially saya yang tergolong dalam kategori perfecionist, semua benda nak perfect. Penat jugak la melayan diri sendiri. Bile apa yang kite atur or plan tak dapat or tak betul carenya, mule le kemurungan. Masalah besau! 😒


Lelama, as time goes by. Saya rase tak perlu kot cenggitu. Kenapa kita nak terlalu obses untuk jadik kan segalanya sempurna. Wat lek sudah kan. Rumah sepah, ada masa kemas la. Baju nak lipat, lipat je tanpa stress hihi. Anak-anak pon, jangan suh mereka buat keje cara kite. Pikir jugak derang. Selalu give and take ngan derang. Saya belajar menerima kelebihan dan kekurangan setiap orang. Alhamdulillah takat ni saya happy jek. Walau penat-penat, nak masak, basuh baju (tekan mesin basuh je pon), baju sebakul nak lipat, nak sidai. Memang boleh je saya buat semua tu setiap hari. Saya pon masih ada masa borak-borak ngan anak-anak, main-main ngan syaqir dan layan drama korea ehh hihi. Bukan ler susah nau. Buat bile kite rase nak buat. Jangan pakse. Pilih la happy berbanding perfect. Noboby perfect kan. So chilll sudehh, hoyehhh 😎


Dua ari lepas, birthday budak ni, dah nam belas tahun dia. Mak aii kejap nau rase. Belum sempat celebrate. Kecoh nak amik lesen motor. Berani ke idok nak bawak kat jalan besau. Setakat jalan dalam tanam pon gegel hahaha. Happy birthday Kakak..Semoga sentiasa dalam rahmat Allah, berbahagia selalu dan berjaya dunia dan akhirat. Sarang hae kakak...💖💖

Belanje kakak ni je ler dulu hihihi...
Ok, semoga ceria sentiase. Terpaksa potong sebab nak meeting ngan boss jap lagi. Ada nak siapkan keja sikit. Hepi long holiday semua...I c u when i c u 🙋

No comments:

Post a Comment