September 30, 2010

Seadanya

Dah 21 syawal dah...lambat cam sipot..hehehe
Masih sempat dan tak terlewat lagi nak ucapkan slelamat hari raya buat semua ^^
Aidilfitri kami tahun ini serba sederhana, apa yang penting dapat beraya bersama keluarga terchinta :D


June 20, 2010

Father's day celebration

Actually bukan purposely nak celebrate father's day pon, kebetulan jek. Vitamin 'm' terlebih plak ari tu. Round punya round singgah la kat red wok restaurant tu. Memang tak penah gi pon sebelum ni padahal dekat je, belakang rumah huhu.




June 19, 2010

Dia seorang yang istimewa


Disuatu petang, saya menjadi pemerhati. Sekali pandang dia tak berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Sempurna!

Dia memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak sebaya dia bermain. Sesekali dia tersenyum dan tertawa mungkin lucu melihatkan mereka bermain. Lama dia memandang, kemudian dia bangkit mata masih kearah kumpulan itu dan terus berjalan masuk ke dalam rumah, meneruskan aktiviti harian dia, menonton tv atau kembali ke meja komputer.

Di sudut hati dia mungkin ingin turut menyertai mereka namun dia tidak pandai bersosial selain dengan adik beradik dia dan dalam masa yang sama kanak-kanak itu pon tidak memahami kesulitan dia. Komunikasi dia amat terhad hanya keluarga yang memahami. Sebab itu dia lebih selesa berada di dalam rumah dan menjalani aktiviti dia sendiri.

Lahirnya dia 9 tahun lalu, dia adalah seorang anak yang sihat, cergas dan comel. Dia adalah penyeri keluarga. Namun dia ada kekurangan. Dia menghadapi pembangunan mental yang agak lambat atau lebih di kenali dengan autisme.

Dia tak lain adalah satu-satunya anak lelaki saya pada ketika ini, Ahmad Izzul Hadif.

Walau apa pun kekuranganmu mama tetap bangga dan gembira memiliki Hadif. Hadif adalah amanah yang Allah berikan pada mama dan insyaallah mama akan jaga dan didik Hadif sebaik mungkin. Mama sentiasa berharap agar suatu hari ada keajaiban yang akan berlaku untuk Hadif. Semoga Allah memberi mama kekuatan untuk terus membantu Hadif. Aminnn...Mama sayang Hadif





Nota kaki: ketika entri ini saya taip, puas saya menahan sebak dan akhirnya air mata ini gugur jua walau cuba di tabahkan hati.


Mr Mama


Sejak awal tahun 2010, saya mula diarahkan bekerja pada hari sabtu. Oh...betapa sukarnya untuk menerima arahan itu namun siapalah saya untuk membantah. Pernah salah seorang teman memberitahu 'mem' besar atas kesukaran mendapatkan pengasuh anak untuk hari sabtu. Tahu apa jawapan dia; tat's not my problem.....adoyai memang la cik puan oiii, hangin kami-kami mendengarnya. Patutnya dia pon paham sebab dia pon seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak yang masih bawah umur cume bezanya dia ada 2 orang bibik. Kami????

Jadiknya suke tak suke terpaksa la saya melaluinya. Syukur alhamdulillah suami sudi membantu menguruskan anak-anak pada setiap hari sabtu. Termasuk menyediakan makan tengahari...klasss kan. Alhamdulillah....love u B (^.^)
MyEm0.Com