June 5, 2012

Date to remember


Eceh..tetibe jek :-P
Edisi mengarut di kala perot lapau. Nak makan sakit tokak plak. Adoiii...baik puasa kan eh apakah?
Bukan apa, pagi tadi terdengar kat radio pasal orang pompuan, tarikh dan peristiwa. Betul ke eyh hanya pompuan je yang kesah sangat pasal ni banding orang laki. Emm..pikir pikir sat..tak sume kot. Tapi kekadang ada je jumpa kawan lelaki yang lebih prihatin pasal tarikh. Tapi majoritinya macam tak kan.
Ye memang TAK! ^_~

Macam saya sendiri, saya memang suke kot mengingati tetarikh (belasah je letak imbuhan gandaan). Kadang tu saya macam teringat-ingat sendiri je, tak de pon catit kat memana. Tersimpan kat kepala hotak ekekeke. Kirenya saya bukan le di kalangan ahli "Short-term memory lost" kan.
Macam korang ingat tak? Please jawap ingat hahahaha

Haaaa...Ingat tak iklan camera canon, yang dilakunkan oleh Yuna tu. Saya suka sangat, kan di akhirnya dia ada sebut "Di setiap gambar ada lagu". Wahhh!! begitulah pada saya, di setiap tarikh atau detik ada peristiwa yang perlu diingati. Sekian!


Published with Blogger-droid v2.0.4

June 4, 2012

Reward | Helang Island


Salam,
Percutian kami yang paling terhebat la kunun *mata kat atas*. Sebelum ni kan saya ade hint pasal fly..fly, i believe i can fly la bagai, haaa ni le yang dimaksudkan tu kikiki.

Plan nak bercuti pon dua minggu sebelum cuti sekolah. Memang ari isnin dan selasa minggu pertama cuti sekolah, mak piya (babysittter) nak cuti, alang-alang mama terpaksa cuti, tu yang tertimbul idea cecuti mesia nih. Kami main watsup-watsup je pasal nak cuti nih, saya ngan Mrhubby dan di luar pengetahuan anak-anak. Surprise!!

Di sebabkan last minit plan, keja booking membooking jadik tak berapa seronok. Banyak hotel dah fully book, dah cuti sekolah kan. Flight pon dapat yang time tak berapa best tapi tak pe la, asal pegi kan. Setel sume, saya pon amik la cuti extra kan. Nasib baik 'mem' ok jek. Approve je coti mula la kelam kelibut siapkan keja sume. Hongeh! Memang tak mampu la nak siap semua tapi sekurang-kurangnya tak tinggalkan semua, eh apakah? Adalah sesikit tinggal yang tak berapa nak penting la.

Alhamdulillah apa yang telah dirancangkan berjalan dengan lancar. Yang penting anak-anak happy. Mana derang nak pi kami layankan, kat pulau tu la maksudnya. Shopping pon tak berapa, adalah sikit untuk family ngan kengkawan. Lepas nih tah tahun bila la nak ada cuti yang hebat-hebat lagi. Tunggu piya besar la kot, tak dayo mama ni ha, asek mendukung dio. Ber'muscle' longan..hahaha
Silo la layan gamba kami yang tak seberapo ni ha. Jangan muntah yo, maleh nak asing-asing. Sekali harong yo :)


June 3, 2012

Anak Emas




Minggu ni saya jadi anak emas papa ngan mama. Abang ngan kakak duduk umah nenek. Sukenya saya :P

Published with Blogger-droid v2.0.4

June 1, 2012

KetentuanNya


Salam
Bercerita tentang kerjaan memang amat menakutkan. Semakin hari semakin kritikal keadaan kami. Sejak dari awal taon bermacam-macam dugaan di lalui. Projek yang semakin sakit, kekangan kewangan jugak kehilangan pekerja. Dengan keadaan kesihatan incik bos lagi. Aduhai...bak kata pepatah, berat mata memandang berat lagi bahu kami yang memikul. Setiap hari berhadapan dengan pelbagai kerenah supplier, sampai di satu tahap saya dah tak boleh nak jawap. Sangat menyesakkan kepala.

Nak dijadikan cerita, hari khamis lepas (semalam) memang kami dah beria-ia merancang untuk menjalankan semula projek cheras kami, tapi tetiba jumaat, dapat Notis of Determination. Rasa macam terkedu semua. Apakah? Mungkinkah ia sekali lagi bakal tinggal kenangan seperti projek Bangi itu?

Allah maha mengetahui segalanya dan ketentuannya juga pasti bersebab. Semoga masih ada sinar buat kami di sini. Aminn...

Kenangan terindah kami...



Picture credit to: Azam Facebook Album