July 18, 2012

Demi Matahari

Subhanallah. Indahnya ciptaan-NYA

Ahad lepas, ada event kat sekolah Aisyah. Majlis Khatam Iqra anak-anak darjah satu. Ikotkan hati macam malas nak pegi, suruh papa dia je pi, sebab duk mikir umah dah macam hape dah. Dengan lantai melekit, habuk, baju sekolah nak gosok, kasut sekolah pon tak dibasuhnya oleh anak-anak. Huii banyaknye nak buat. Sabtukan mama keja, tu yang rasa menimbun le mende nak dibuat. Tapi sangat la tak sampai hati tak meraikan. Makanya tinggalkan je umah yang serabut tu. Aisyah beria suh mama datang pasal dia masuk nasyid jugak katanya. Oklah mama pegi. Tak pe le nanti keja umah tu boleh buat kendian, yang penting dia happy, duk atas pentas tu tengok mama lambai-lambai kat bawah. Lebo senyum! Nasyidnya 'Demi Matahari'. Best sangat! Tak caya ce dengar, saya tak sempat nak rakam yang Aisyah and the gang nyanyi sebab piya duk layan upin ipin kat tepon mama. Terpaksa, sebab dia dah mula nangis ajak balik. Tekanan tau mama.



4 comments:

  1. sedap! X pernah dgr lagu ni....jgn x pergi tgk aktiviti anak2 tau. Rugi sbb masa cm ni x akan berulang!

    ReplyDelete
  2. nampak meriah mereka pakai baju cam raya lak..hihi

    ReplyDelete
  3. @ibuhani
    best kan!
    betol tu ibuhani, ia tak kan berulang!
    sebab tu saya gagah pegi jugak
    :)

    ReplyDelete
  4. @izz iizza
    dah memang cikgu pon pesan pakai baju raya taon lepas
    :P

    ReplyDelete