July 27, 2012

Indahnya Sabar

Allah S.W.T berfirman;
"Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya ALLAH menyertai (menolong) orang yang sabar" - Surah Al-Baqarah:153

Hidup ini sememangnya dipenuhi ujiankan. Itulah hakikat yang tidak pernah dapat kita pisahkan. Di sinilah warna kehidupan. Dan kekuatan diri itu pasti berpunca daripada keyakinan bahawa ALLAH tidak pernah meminggirkan kesabaran setiap hamba-NYA. Ujian itu bukanlah sia-sia. Itulah janji ALLAH. InnAllaha Ma'as'sabireen (Sesungguhnya ALLAH bersama-sama orang yang sabar) 


Inilah namanya sabar kan. Kesabaran yang menuntut kepada pengorbanan dan penghayatan sebenar-benarnya. Saya terfikir dan merenung diri sendiri, ditahap manakah agaknya kesabaran saya selama ini?

Picture credit: Ustaz Azhar Idrus (UAI Fb)

6 comments:

  1. sy ni selalu ajer x sabar..:hikk

    ReplyDelete
  2. @izz iizza
    gitu la kan
    sesetengah hal sy sabar sangat
    tapi masuk bab anak2 sy selalu hilang sabar jugak :)

    ReplyDelete
  3. sabar sebahagian dari iman
    insyaAllah, sebahagian lagi adalah perilaku yg lahir akibat dari kesabaran tadi

    ReplyDelete
  4. @Centado
    Sabar tidak semudah menyebutnya
    :)

    ReplyDelete
  5. sudah memang tentu
    sebab nak dapat tahap iman yg baik pun sudah tentu bukan mudah
    sementelah sabar tu sebahagian iman, maka kesukaran tu adalah adatnya

    tanggungjawab
    yang mendengar
    adalah menyebut,
    supaya yang
    menanggung beroleh
    kekuatan untuk
    menanggung

    ReplyDelete
  6. terima kasih sebab selalu menyebutkannya pada saya yang selalu menanggung

    sabar tu hakikatnya pahit tapi hasilnya insyaallah manis

    ReplyDelete