Since sekarang ni tengah coti sekolah, akak pon santai sikit. Boleh ler update cite-cite tertunda kat blog ni. Keja-keja umah, macam basuh baju, sidai, lipat anak-anak dara tolong. Ringan sikit keja mama hihi. Time derang sekolah, saya la yang buat semua, bukan apa kesian lak kadang tengok derang penat kan. Mak penat takpe, anak kena study lagi. Kalau tak pass pekse kang kena bebel. Ratu bebel ni kalau dah setat enjin, semua berkurung dalam bilik. Tak sanggup ler tu nak dengau. Sabau je le mama dia ni, urut dada.
Day 1 & 2 kite combine sekali je la pasalnya ari pertama tu kat jalan raya je. Kitorang cek ini dulu kat hotel bajet kuala perlis. Esoknya baru masuk Langkawi. Sampai perlis pon dah dekat kul 4, ingatkan kalau awal sikit boleh ler pi melawat UUM tapi sebab nak kejarkan masa. Langakau je le UUM tu. Makcik saya pesan belikan barang kat Padang Besar, itu yang lajak ke sana dulu. Ke sana pon dah tak ingat jalan. Berapa tahun pulak tak mai sini kan. Sampai-sampai situ, memusing caik parking. Ingatkan dah petang-petang orang kurang. Masih ramai lagi rupenya. Pegi pulak hari ahad memang saje la kan. Orang perlih pon tak jemu-jemu soping sini gak hihi. Takde nak ambik gambau suasana sini pasal orang ramai sangat, berlaga-laga. Risau gak terlepas kan si kecik Syaqir tu.
Masa on the way tadi sempat ler bagitau Tasya (ex-ofismate) nak mai perlis. Dia sejak berenti dari kamuja, balik kampung. Hamboii seronok dia. Cume dia bising kenapa tak inform awal. Mahap ler Sya, paham-paham je la keja last minit akak awak ni hihi. Mujur nak jugak bagitahu tau. Tapi tak sempat gak nak jumpe malam tu. Dia ada hal. Hujan pulak tu. Sempat la dia promote kan beberapa tempat makan best. Kitorang pegi kat Api-Api Ikan Bakar. Kebetulan gugel memang sini femes. Sedap tu memang sedap tapi tekak saya ni mengade sikit, dah biase ngan ikan bakar stail pengkalan balak, so ok-ok la opsss hihi.
Pepagi dah sesiap semua. Berebut bilik ari lagi. Klua hotel dekat kul 9. Pegi sarap dulu memana, lepas tu terus pi jumpa tasya. Parking keta kat tempat dia, dekat mesjid terapung. Selamat! Ulat parking kan ramai situ. Dia keja ngan feri yang angkut kereta sekali tu. Rugi pulak tak bawak masuk keta sendiri. Memula kire macam mahal lagi. Lepas tanya-tanya ngan Tasya, lebih kurang je blanje nya. Insyaallah next time la...boleh mintak diskaun kat tasya hihi. Feri kita pukul 11 pagi. Tiket semua dah siap book online. Langkah keselamatan. Takut bersesak. Boleh tahan ramai gak.
Perjalanan semua ok. Sampai di bumi Langkawi jam 12 tengah ari gitu. Dan lawa Jetty langkawi. Dedulu pegi takde ler seelok ni. Dah macam epot feeling nya hihi. Kereta sewa pon dah book awal. Amik keta Avcanza je. Tunggu kereta sewa bagai, dekat pukul satu baru keluar dari jeti tu. Perut pulak takde le lapau nau. Pasal dah menyental roti canai nasik lemak kat jetty kuah. Nak cek in hotel pon belom time so kite ronda ler dulu. Ikut itinerary kite menghala ke Oriental Village. Kebetulan lalu lak kat kawasan hotel, kali ni tempah Hotel Langkawi Lagoon Resort dekat-dekat ngan pantai Cenang. So kita marking ler dulu. Senang nanti tak tercari-cari.
Asalnya tak berhajat pon nak naik cable car tu. Nak jalan-jalan aje sebab dulu dah penah naik. Saya sendiri pon dah dua kali merasa naik ke Gunung Mat Cincang tu. Tapi budak-budak ni ler meroyan nak menerai lagi. Aduhh mama ko ni dah ler gayat. Kecut-kecut perut nak naik tau. Memang tinggi bebenau! Sayup je tengok bawah. Papa derang pon malas nk naik. Nak tunggu kat bawah je katanya. Mana mahunya budak ni tinggalkan papa derang haha. Kena paksa gak. Syaqir boleh rilek je. Hadif memula memang nampak berani. Tapi dah naik, tunduk je tak berani tengok keliling hahaha.
Skydome tu pon 3D gak, macam naik roller coaster. Rasenya derang buat pakej sebab skydome ni tak ramai orang suke. Takde apa sangat. Tengok rata-rata yang masuk, klua tu macam hampa..laaa ini je? Camtu la rungutan yang didengari. termasuk ler saya haha. Skyrex tu best, cume cermin mata 3D tu besau sangat kat syaqir so saya tak dapat nak teruja sangat sebab asyik pegang kan cermin mata dia haha. Tak pe pon, yang penting dia happy. tak berenti cerita pasal dinosaur lepas tu. Ala-ala kita berada kat scene Jurassic Park tu.
Masuk jugak la 3D Art Muzium. Tak puas-puas tengok mende-mende 3D ni. Kalau ikutkan sama je semua muzium 3D ni. Gambau je membezakan. Tapi dah ada kat sana, masuk ler. Tiket ni lain. Tak ingat lak berapa. Bateri fon pon dah nak abih masa ni. Dapat la posing-posing kat beberapa gambar. Ada 3 peringkat tempat ni. Paling best gambar 3D yang last sekali. Cume kena pandai ambil gambar la. Kalau tak macam tak menjadi. Lagi satu susah nak ambil gamba family pasal takde assistant kat situ. Kat PD jugak best sebab derang akan guide kite cemana nak nampak tu real. Tapi lukisan memang 1st class.
Abih ronda sini, baru la balik ke Hotel. masa tu pon dah dekat pukul 5. Sesampai hotel tu agak surprise gak, pasal sedikit sendu la. Murah memang la murah. Bilik pon luas. Cume tertipu dengan gambar kat website. Katanya da laut, ya memang ada tapi tak leh mandi pasal laut berselut hahaha. Pulak tu air nya dah surut banyak. Kesian la sesapa yang duk water chalet. Takde air laut kat bawah umah ekekekke.
Ok...Demikian ler...later kite sambung lagi. Till then...c u! 🙋
Abih ronda sini, baru la balik ke Hotel. masa tu pon dah dekat pukul 5. Sesampai hotel tu agak surprise gak, pasal sedikit sendu la. Murah memang la murah. Bilik pon luas. Cume tertipu dengan gambar kat website. Katanya da laut, ya memang ada tapi tak leh mandi pasal laut berselut hahaha. Pulak tu air nya dah surut banyak. Kesian la sesapa yang duk water chalet. Takde air laut kat bawah umah ekekekke.
Aktiviti setakat tu je arini ni. Dah penat memasing. Sempat la derang test mandi pool petang tu, pool tutup pukul 7 petang. Lepas Maghrib klua makan dan beli sikit jajan-jajan buat kudapan. Beli gak roti, maggi untuk alas perut esok pagi pasalnya tak amik breakfast. Anak dah besau-besau ni berkira sikit hihi...
Ok...Demikian ler...later kite sambung lagi. Till then...c u! 🙋
best jenjalan musim cuti, kami dok umah ja... coti xdak
ReplyDeleteSaje hepi kan budak2 ni, kebetulan ada lak bajet. Jalan je la hihi
Delete