March 26, 2019

Sebiru Hari Ini

Salam
Kebelakangan ini hidup akak kelam kabut sikit. Makan tak brape nak lalu, tido pon tak cukup. Exhausted! Walaupun gitu alhamdulillah akak masih kuat lagi ni ha...sihat walapiat. Takde la pulak kurus pon ekekeke. Tapi ni minggu sudah-sudah la, bukan minggu ni hihi.

Bersama barisan sukarelawan NGO Insan Bangi

Start bulan tiga ni, tetiap khamis saya kena ikut hadif buat latihan keja luar. Alhamdulillah takat ni ok la. Sebenarnya saya sendiri pon masih tak dapat nak fokuskan apa hala tuju Hadif lepas sekolah ni, Ni pon saya cuba-cuba aje. Kebetulan ada NGO, Insan Bangi yang berkolobrasi dengan Sekolah untuk memberi peluang keja pada anak-anak istimewa ni. Paham-paham je la anak-anak cenggini, Bukan tak percaya nak lepaskan bekerja cume biasa la kite as parent memang sentiasa ada perasaan insecure. Takut anak-anak ni kena buli. So ni la peluang yang cuba diberikan. Bekerja dikalangan kawan-kawan mereka. Selama tiga kali saya pegi ni nampak la derang semua happy. Kite cuba je dulu, along the way saya fikirkan jugak peluang lain.


Khamis minggu sudah-sudah hihi, lepas settle teman hadif, saya pi jumpe geng-geng lama. Sanggup amik coti. Lagipun dah dua tahun, since last reunion. Boleh ke dikategorikan reunion Pasalnya pat orang je pon geng je. Asben saya pon gelakkan bile saya kata nak pi reunion. Empat orang kire reunion ke kata beliau. Ok la tu kan, reunion roomates ahahahaha. Beberapa kali kensel gak ni, Yang last ni memang kitorang nekad la merealisasikan nya. Rindu nau dah rasenya! 


Hari yang dinanti kan tiba jua...terlupa memasing yang dah makcik-makcik ahahaha. Kali ni lokasi nya lebih dekat sebab mengambilkire masalah saya huhu. Tengkiu uolss memahami. Tak sempat nak salin baju lain hihi. Takut nanti lambat, rugi masa! Dari awal jumpe dalam 2.30 petang cenggitu sampai pukul 5.30 kami duk dalam kedai ni ahahaha. Bergelas-gelas minum ari, sape suh bg refill kann kikiki. Kenyang makan, minum ngan bercerita sekali. Pakej! Mujur kak sa ngan saya ada tugasan jemput anak sekolah, kalau takde mahu nya terlajak masa hihi...


Walaupun sempat borak 3 jam je tu pon dah memadai melepaskan kerinduan. Memacam cite kluau. Especially bab-bab terobek kih kih. Makcik suhaila la yang paling selalu kena kutuk ngan kitorang. Saya ngan meraka bertiga memang ngam dari 1st semester lagi. Masa tu tak sama bilik lagi. Kebetulannya masa 1st sem setiap bilik akan ada student Mass Comm. So 2nd year derang semua kena transfer ke Shah Alam. Masa tu la mereka bertiga ajak saya join masuk bilik derang. Di situ la bermula segalanya!  Now, memasing dah berjaya, tumpang happy untuk semua. Tahun ni kebetulannya friendversary kitorang yang ke 15 tahun. Tak sangka dah selama ni. Walaupun jarang bersua tapi sesekali ada gak ler antau kabau. Mujur ler nijam ni zaman tekno, mudah je nak berkomunikasi. 



Kekadang banyak benda yang kite tak leh kongsi dengan sebarang orang. Kawan saya memang ramai dan saya boleh je dicampak kan kemana-mana, jumpe la nanti kawan. Cume yang betul-betul tahu segalanya, memang ni la 3 orang. Sisi baik buruk semua pon tahu hihi. Walupun dah makcik-makcik, semua pon ting tong lagi..hadoiii. Bile le nak sedau diri ntah haha


Actually gambau kitorang ni balik-balik yang sama, ubah senyum je kikiki. Dah duk situ je tak bergerak kan. Bukan apa kalau switch-switch tempat rugi tak dapat sembang lama. Tu yg mereput je kat situ ahahaha. Semoga nanti kita jumpe lagi, we will be friend till jannah! Insyaallah, 

No comments:

Post a Comment