Showing posts with label Inspiration. Show all posts
Showing posts with label Inspiration. Show all posts

March 26, 2019

Sebiru Hari Ini

Salam
Kebelakangan ini hidup akak kelam kabut sikit. Makan tak brape nak lalu, tido pon tak cukup. Exhausted! Walaupun gitu alhamdulillah akak masih kuat lagi ni ha...sihat walapiat. Takde la pulak kurus pon ekekeke. Tapi ni minggu sudah-sudah la, bukan minggu ni hihi.

Bersama barisan sukarelawan NGO Insan Bangi

Start bulan tiga ni, tetiap khamis saya kena ikut hadif buat latihan keja luar. Alhamdulillah takat ni ok la. Sebenarnya saya sendiri pon masih tak dapat nak fokuskan apa hala tuju Hadif lepas sekolah ni, Ni pon saya cuba-cuba aje. Kebetulan ada NGO, Insan Bangi yang berkolobrasi dengan Sekolah untuk memberi peluang keja pada anak-anak istimewa ni. Paham-paham je la anak-anak cenggini, Bukan tak percaya nak lepaskan bekerja cume biasa la kite as parent memang sentiasa ada perasaan insecure. Takut anak-anak ni kena buli. So ni la peluang yang cuba diberikan. Bekerja dikalangan kawan-kawan mereka. Selama tiga kali saya pegi ni nampak la derang semua happy. Kite cuba je dulu, along the way saya fikirkan jugak peluang lain.


Khamis minggu sudah-sudah hihi, lepas settle teman hadif, saya pi jumpe geng-geng lama. Sanggup amik coti. Lagipun dah dua tahun, since last reunion. Boleh ke dikategorikan reunion Pasalnya pat orang je pon geng je. Asben saya pon gelakkan bile saya kata nak pi reunion. Empat orang kire reunion ke kata beliau. Ok la tu kan, reunion roomates ahahahaha. Beberapa kali kensel gak ni, Yang last ni memang kitorang nekad la merealisasikan nya. Rindu nau dah rasenya! 


Hari yang dinanti kan tiba jua...terlupa memasing yang dah makcik-makcik ahahaha. Kali ni lokasi nya lebih dekat sebab mengambilkire masalah saya huhu. Tengkiu uolss memahami. Tak sempat nak salin baju lain hihi. Takut nanti lambat, rugi masa! Dari awal jumpe dalam 2.30 petang cenggitu sampai pukul 5.30 kami duk dalam kedai ni ahahaha. Bergelas-gelas minum ari, sape suh bg refill kann kikiki. Kenyang makan, minum ngan bercerita sekali. Pakej! Mujur kak sa ngan saya ada tugasan jemput anak sekolah, kalau takde mahu nya terlajak masa hihi...


Walaupun sempat borak 3 jam je tu pon dah memadai melepaskan kerinduan. Memacam cite kluau. Especially bab-bab terobek kih kih. Makcik suhaila la yang paling selalu kena kutuk ngan kitorang. Saya ngan meraka bertiga memang ngam dari 1st semester lagi. Masa tu tak sama bilik lagi. Kebetulannya masa 1st sem setiap bilik akan ada student Mass Comm. So 2nd year derang semua kena transfer ke Shah Alam. Masa tu la mereka bertiga ajak saya join masuk bilik derang. Di situ la bermula segalanya!  Now, memasing dah berjaya, tumpang happy untuk semua. Tahun ni kebetulannya friendversary kitorang yang ke 15 tahun. Tak sangka dah selama ni. Walaupun jarang bersua tapi sesekali ada gak ler antau kabau. Mujur ler nijam ni zaman tekno, mudah je nak berkomunikasi. 



Kekadang banyak benda yang kite tak leh kongsi dengan sebarang orang. Kawan saya memang ramai dan saya boleh je dicampak kan kemana-mana, jumpe la nanti kawan. Cume yang betul-betul tahu segalanya, memang ni la 3 orang. Sisi baik buruk semua pon tahu hihi. Walupun dah makcik-makcik, semua pon ting tong lagi..hadoiii. Bile le nak sedau diri ntah haha


Actually gambau kitorang ni balik-balik yang sama, ubah senyum je kikiki. Dah duk situ je tak bergerak kan. Bukan apa kalau switch-switch tempat rugi tak dapat sembang lama. Tu yg mereput je kat situ ahahaha. Semoga nanti kita jumpe lagi, we will be friend till jannah! Insyaallah, 

December 26, 2018

Sedekad Bersama

Salam
Dah kembali cerah cuaca diluar sana. Suke betul saya melihat awan kepuk-kepuk tu. Subhanallah indah sungguh ciptaan Nya.


Saya memang dari dulu suke ambil gamba awan, terutama yang kebiru-biruan camgini. Tu ari saya pi utara, masyaaallah cantek betul awan nya. Jalan ke Perlis tu kiri kanan hijau dengan sawah padi, tengok langit pulak kebiruan subhanaallah...terkesima saya dibuatnya. Jalan nya pulak lurus je. Macam perjalanan hidup kite, kesudahan nya kita tak pasti kan. Kena jalan terus dan hadap je apa berlaku dihadapannya. Eh...kan dah kesitu pulak hihi

Alang-alang tercerita ke utara tu, saya bukak la sikit dulu pasal percutian keluarga kali ni. Percutian biase-biase aje, tengok sambil layan lagu FattahAmin 😎 Boleh teka kan mana nya tu hihi.


Kembali pada cerita yang sedekad tu. Macam Slam dulu konsert dua dekad kannn. Haaa...tetibe pulak hahaha. Sebenarnya ni haa nak bagitahu, macam tak percaya pulak dah sepuluh tahun saya memblogging. Nak mula dulu, terasa macam tak konfiden. Posting pertama saya dulu, kelakar dan comel nau rasenya ahahaha. Dak Ita ex-staff saya la antara pendorong saya untuk menulis. Sudahnya dia pon rasenya dah tak menulis dah. Sabau je le...kemain bagi semangat.

Walaupun saya kurang mahir menulis dan bahasa yang saya gunakan pon bahasa pasar, gaya bercerita tapi dah beratus juga posting saya ek. Saya rase melalui pembacaan blog-blog lain dan usia juga adalah antara faktor yang mematangkan gaya penulisan saya. Kalau tengok balik posting-posting lama, memang kalakar, merapu merapan je lebih haha. Tunggang langgang. Semua benda nak diblogkan. Gian menulis masa tu hihi.

Tapi selama mana lagi blog ni bertahan saya pon tak pasti. Insyaallah saya akan cuba teruskan untuk saya sendiri dan anak-anak. Mereka pon rajin selongkau cite derang lama-lama 😆 Banyak-banyak terima kasih pada yang sudi membaca coretan saya ni. Ok c u. Baiii

Ni masa birthday yang ke-60
Nota kaki: Semalam birthday mak saya yang ke-62. Semoga mak dikurniakan kesihatan yan baik, panjang umur, berbahagia selalu dan sentiasa dalam rahmat Allah. Aminnn...Love u mak 😗😗

May 16, 2014

Terima Kasih Cikgu

‎Buat cekgu-cekguku, terima kasih! Jasamu besar sekali :)


*terimakasih padamu cekgu, jasamu akan ku kenang slalu, tak penah lelah tunjuk ajarku, terima kasihku kepadamu cekguuuu*

Tadika Kemas (1981)
Sek. Ren. Keb. Dato Naning Alor Gajah Melaka (1982-1987)
Sek. Men. Dato Dol Said Alor Gajah Melaka (1988-19‎93)
Institut Teknologi MARA (1994-1996)
Universiti Utara Malaysia (1997-1999)

And my 1st and very best teacher, Mak dan Abah :)


A good teacher can inspire hope, ignite the imagination, and instill a love of learning. 
Happy Teacher's Day!! 

July 5, 2013

Rezeki

Barangsiapa tidak mensyukuri yang sedikit maka dia akan mensyukuri yang banyak dan barangsiapa tidak berterima kasih kepada orang lain maka dia tidak bersyukur kepada Allah SWT (HR Ahmad)

Syukur Alhamdulillah. Apa yang berlaku sepanjang tempoh saya bernafas, saya redha dan saya yakin pasti itu yang terbaik Allah aturkan untuk saya =)
Jika Allah mengaturkan untuk kita, apa yang orang sangka tewas, kita akan melihat kemenangan dari sisi Allah, apa yang orang rasa rugi, Allah akan memberikan keuntungan, yang mana dari jalan-jalan yang kita tak sangka, tetapi Allah menunjukkan keajaiban dalam dunia (piece of pesanan dari seorang sahabat yang sentiase lekat dihati saya, tengkiu for the word, deeply appreciated)

Jumaat terakhir sebelum Ramadhan, penuh ketenangan dengan cuaca yang sejok dingin. Ni ha baru nak nampak panasnye sikit. Walaupun pagi saya dimulai dengan suasana sedikit kelam kelibut, terlewat mangkit tidoq! Bukan sikit-sikit, dekat sejam lewatnya. Haru makcik tau! Buat rutin yang wajib-wajib je, yang lain tunggu petang sambung atau esok hihi. Tapi berjaya jugak kluar dari rumah sebelum pukul lapan. Dan secara otomatiknya, Hadif pon lambat jugak lah.

Dah tahu lambat, masih sempat jalan lenggang mak limah sambil berborak ngan Kak Ram (neighbor opis). Teman dia sampai dia siap bukak pintu opis dia, betapa nak menyembangnya tu kan. Sesekali kot, dah jarang-jarang dapat bertembung dia.  Upahnya dia bagi saya sebungkus nasik lemak. Alhamdulillah! Kebetulan cacing dalam perot dah 'bergangnam' kakaka. Nak rushing pon buat apa, punch kad tetap kaler merah. Nampaknya sesi obehol Rabu tu ari belum mampu meng'obehol' diri saya.

Baru duduk sepuluh menet, Dato' sampai. Tros dia jengah saya, 'Pi makan kat atas'. Emm blur kejap, rupanya dia blanja breakfast ni ari...dabel rezeki. Alhamdulillah! Maka bekerja la pekerja dia dengan penuh dedikasi ecehhh...dan dan...Tu je cite tuk tengah ari ni, hepi wiken! Yeay esok saturday off (^_^)

Gamba takde kaitan dengan crite kita. Entri tanpa gamba membosankan kot. Pasal saya suke baca entri orang yang kalepul so ai assume uolss pon sama le walaupun gamba ai tak se'kalepul' korang hihi...babai!

March 28, 2013

Tak Jemu Jemu


Saya sekarang gile nengok drama melayu tb3
Dulu memang tak gajin le nak follow
Tapi sejak upgrade Unipai kat umah, Tb kat atas tu dah boleh tengok
Takde le nak begebut ngan kekanak
Takat nak tengok cite kat TB1,2,3 memang takde masalah
Tetiap senin sampai jemahat bermarathon drama, setat kul 7 sampai sebelas
Pastu sambung drama korea lak kat KBSWorld sampai 12.30 malam
Kemain kan! Esoknya ngadu ngantoklah, letihla..kann! Memang saje la tu haha
Tapi next week abih dah cite RBDAB, alah rindu le nak denga FA nyanyi hik hik *tetibe*
Ari selasa tu ari abes dah cite Sungkyunkwan Scandal
Semalam konon nak layan Dhoom2 je, tapi tangan gegatal tekan info kat TB
Eh eh ada cite Marry Me Mary pulakkkk
Ohhh maannn!! Dah le myfav JGS berlakun
Kenot say kenot lahhh...melted! :-P
Walaupun dah berkali-kali nengok, kt tb, utube, dramafever tapi masih gak tak jemu-jemu
Dah hapal dah sume scene ngan ost dia
Tapi betolkan, bile kita dah suke memang tak penah rasa jemu langsung kannn..
Ke saya je camgini ek??

Harap-harap korang tak jemu nengok gamba-gamba perasan saya kat belog ni heh
^_^

Saje je letak gamba..kasik kaler-kaler sikit entri :-P




December 7, 2012

It Doesn't Matter


It doesn't matter who hurt you
Or breaks you down
What matters is
Who made you smile again
(^_^)

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

December 3, 2012

December Mood

Riang ria kami  ^_^

Mood di bulan December adalah sangat tak best. Always swing-swing lor. Sat ceria, sat sedih, sat kepala hangin aiyokkk. Kadar sensitiviti jiwa pon sangat melampau. Saya syak pasal terpaksa menempuh dateline yang merata tsk tsk tsk. Pulak tu kena handle sensorang....sadis! Kalau saya adakalanya hilang seketika, harap memahami kebizian saya yek.

Last week saya membizi pasal kazen saya kawen kat muar. Berkampung 2 ari kat sana. Nanti saya update k. Alamak! Cite terengganu pon x abes lagi kan.

#kepintubahagia 
Pengorbanan terbesar saya adalah untuk melihat sahabat yang saya sayang bahagia. Kita akan jadi sahabat baik sampai bila-bila. EH!!! hihihi


Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

November 27, 2012

Don't Wait Until Tomorrow

Recently, mood keje saya adalah sangat terok. Oh kenapakah?
Kemengantokkan kuase seratos. 
Wahai semangat yang hilang, silalah kembali [o.O]


November 12, 2012

November And Me


My November schedule. Penuh sepanjang wiken. Hanya next week je free tapi kalau parent in-law jadi datang duk ngan saya, kire full dah le. Please welkem mak and abah. Sesekali tukau angin. Manatau sehat duk Bangi :-)

May be tis is my last posting before saya coti panjang. Kalau signal 'UMobile' cantek, menarik dan tertarik saya update destinasi cinta saya yek hihihi *mata kat ateh*.

Okeh le korang, saya mau bereskan kerjaan. Mau bercutian dengan aman. Take care uols! If you suddenly feeling lost and lack of motivation, please look for something that can inspire you. Trust me, it's help! Love and Faith eh eh :-P

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

November 9, 2012

After Rain


3 THINGS we cannot recover in LIFE

~ The WORD after its SAID

~ The MOMENT after its MISSED


~ The TIME after its GONE


Mode: Kebusanan menunggu AnugerahSkrin abih. Sangap! Nasib ada Hang Tuah (^_^)

Sent from my BlackBerry® smartphone powered by U Mobile

November 6, 2012

You're The Inspiration

Minggu ini saya sikit busy pasal minggu depan mau bercutian. Misi mau meng'klear'kan sume kertas-kertas dalam tray. Mau settlekan worker punya permit jugak. Terpaksa bersesak-sesak kat KDN le nanti. Adoi lah! Hongeh! Hujung-hujung taon ni sampailah awal taon depan, saya ada beberapa event family. Jadi haruslah keje bercutian saje. Cuti berbayar pon dah lamo selosai kih kih. Tapi kekadang taim busy lagi saya gajin update hihi. Tu je, jom keje :-)

If you have somebody that you inspired, whatever comes to your life, you'll find that "everything gonna be alrite"

October 1, 2012

Inilah Cinta

Mungkin inikah yang dinamakan cinta...
Sebenarnya dah lama dah saya ketinggalan mem'follow' drama AdamDanHawa nih. Tak sempat langsung dalam dua minggu nih. Makanya wiken ini gigihlah saya mencuri masa dengan penuh halangan dan kesabaran. Halangan lah sangat kann. Padahal berebut laptop ngan dak piya jek. Nasib baik ada CD Puss in Boot, bole le umpan die. Walaupun dah dekat 20 kali tengok. Sabar pulak pasal internet line semput kikiki. Dan memang pastinye berjaya lah kan. Minggu depan punye episod? Entah le...


Rewardnye...tetibe nak reward diri sendirikan, kene le pegi terapi. Jalan-jalan bawak kekanak riang aje lah. Bukannye soping apa, melayan kerenah derang memain adalah. Pasal saya tak yakin saya boleh follow drama ni, dan demi cintanye saya pada drama ini, makanya saya 'ter'beli la pulak novelnye. Skil saya bace novel abis sehari rasenye kuat lagi. Tapi dengan keadaan sekarang terasa macam susah la pulak. Dan tak sengaja jugak 'ter'ambil novel UntukTigaHari tu. Agak tebal jugak, mungkin 3 minggu atau 3 bulan baru abih kot. Cikasben saya kalau nampak saya pegang novel mule le kata saya berangan. Orang suke baca novel kuat berangan kata beliau. Ye ke? Mungkin bukan berangan tapi menghayati ceritekannn hahaha.



July 1, 2012

Hati yang kecewa

@fahrinahmad: Di Pelancaran Majalah Fareeda & Butik Fareeda Bangi.. erm.. Err... Hehehe...... http://lockerz.com/s/221413917


[Credit to FA tweet]

Sangat frust tau ai tsk tsk tsk
Dah dekat bebenau dah tapi cikpapa kejalah pulak maka anak-anak tak de sapa nak jaga lorrr. Beria dah janji nak gi ngan Alya. Dia pon asek menanya je. Jadi keciwe kuase dua lah. Sentap la ai ngan cikpapa, janji nak balik awal. Hetchu! Hahahaha
Memang Allah tak izin lah nak jumpa dia. Dah dua kali cani. Sabar je laaa ^_^

June 27, 2012

Wedles Wednesday | Rezeki saya


Misi mencari rezeki yang dimaksudkan adalah:


Tertipu sungguh rerakan saya. Maafkan saya, tak terniat pon tapi dah memang tajuknya REZEKI kann.

March 18, 2012

Admired and Inspired

Ha..kenal tak kenal tak? Dia adalah Onizukasensei atau nama sebenar Takashi Sorimaci. Hero The Great Teacher Onizuka. Dulu memang saya tersangat menggilai j-drama ini. Tak silap dulu setiap hari ahad ke sabtu, memang tak tinggal punya lah. And always be my favourite drama.

Motif: He remind me with someone who I always admired and inspired ^_^"