Showing posts with label Masak-masak. Show all posts
Showing posts with label Masak-masak. Show all posts

April 19, 2019

Semarak Biru

Salam
Bersempena dengan bulan kebiruan ni, kita pon saje ler tukau kaler blog kite sikit. Menyemarakkan lagi semangat kebiruan. Bukan biru-biru parti politik tu yek hihi. Kengkonon nak kasik nampak fresh sikit la kan. Tapi rasenya takde pon biru-biru sangat. Kaler turqois ek hihi. Takpe ler. Ok ler cenggini kat mata sendiri. Mata orang lain tak tahu ler, korang terima aje la ek. Bosan jugak asyik tengok kaler pink yang dulu tu. Bukan nya penggemar pink pon hihi. Ni pon tak siap elok lagi. Nanti la free-free kite ubah ler pape yang sesuai dek mata. Bukan ler mahir nau, cuba-cuba je. kot mana yang tak tahu, kite gugel ler kann. Tengok....posting ni pon lambat nau kluau ahahaha. Dah lama karang. Sume mende ler tak menyempat. Apa ntah di bizikan tu kann 😆


2hb April aritu saya ada update gambar saya ngan Hadif kat whatapp status, tak sangke ramai yang reply dan bagitahu derang pon pakai baju biru. So sweet uolls. Tengkiu support 😗 Alhamdulillah nampaknya ramai yang dah mula menerima dan memahami anak-anak autism ni. Kalau dulu saya sebut autism je, semuanya berkerut dan blur. Mostly akan kata, ok je anak kau aku tengok. Ye, tengok sekali memang orang tak nampak apa-apa yang pelik. Tapi cuba perati 2-3 menet lepas tu, baru akan perasan ohhh budak ni lain macam 😂 Selalu je promoter-promoter kat soping complex kena palau ngan dia hahaha. Dia bukan kesah pon kalau sesapa panggil nak bagi tester ke apa.


Tahun ni Hadif masih bersekolah, student PPKI ni derang boleh bersekolah sampai umur 19 tahun. So, Hadif ada lagi setahun la kat situ. Tapi tu pon bergantung pada apa planning masa depan dia. Kalau macam saya dah jumpe sesuatu yang sesuai mungkin akan tamatkan awal sekolah. Bukan apa takut dia dah tak minat ke sekolah. Maklum la dah remaja kan. Setakat ke ari ni dia masih ok lagi. Dari tahun lepas saya mohon tukar kelas tapi tak dapat-dapat. Ade je la masalah. Akhirnya tahun ni dapat la Hadif masuk ke kelas ketiga, naik kelas la kirenya. Patutnya dah lama dia masuk kelas ni tapi sebab kan masalah tingkah laku dia tahun lepas dan tahun sebelumnya tu. Dia kena turun kelas. Tahun lepas la paling mencabar buat saya. Setiap hari kena teman dia ke sekolah. Pagi ke sekolah, petang saya keja. Dia ni ada satu perangai yang tak boleh jumpe dengan kawan-kawan dia yang bermasalah. Maksud saya bermasalah tu ialah kawan-kawan dia yang yang tak mendengar arahan cikgu, nakal atau buat bising. Dia pukul je 😨 Kat rumah pon sama, kalau Syaqir nakal, saya baru tegur, dia dah tolong cubitkan adik dia tu 😅

Kerana itu juga la saya daftarkan Hadif semula ke terapi. Saya register kat Putrajaya je, dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Ikutkan kat situ hanya fokuskan kepada pelajar sekolah rendah aje tapi tak tahu macam mana Hadif boleh dapat pulak. Alhamdulillah. Sana lebih kepada sesi perbincangan sebab saya pilih untuk terapi psikologi. Setiap dua minggu kena pegi dan saya pulak kena siapkan homework iaitu ABC chart. Chart ni untuk semak setiap kali Hadif buat tingkah laku yang tak sepatutnya. Lepas beberapa kali attend terapi last year, alhamdulillah dah makin kurang la buat perangai tu. Dah discaj pon awal tahun aritu. Nampak ada improvement la. Kawan-kawan kelas dia sekarang pon semua baik-baik. Suka tolong dia. So senang la hati saya sikit. Takde dah kena teman ke sekolah.


Kelas baru yang ni, banyak perkenalkan pada asas masakan. So far ok la. Dia takde pulak tunjuk tak berminta. Cume tak kofiden je bile dia kena buat. Hari khamis, dia akan pegi latihan kerja luar, keja membungkus kerepek. Lepas selesai bungkus, keluar menjual pulak. Dah sebulan jugak la dia buat aktiviti ni. Setakat membungkus tu, hadif ok je. Senang je..sap sap soii hihi. Tapi bab menjual tu yang payah sikit, Dia dah ler tak bercakap cemana la nak appoarch orang membeli. Biasa nya dia akan grup dengan kawan-kawan yang boleh bercakap la. Keja dia pegang kad jek hihi. Tu pon kengkadang menyelat. 


Kali ni memang nak up story pasal hadif je, sempena bulan kesedaran autism ni. Pada yang baru nak berkenalan dengan anak saya Hadif ni, selamat berkenalan la yek 😊 Kalau sesapa pernah tengok Azal anak Zarina Zainuddin tu, macam tu la Hadif. Lebih kurang je perangai dia. Cume Azal petah lebih bercakap. Ok la ini je untuk kali ni. Selamat berhujung minggu semua. Till then...babai 🙋 and take care



Ni saya share kan video Hadif masa cikgu buat penilaian masakan aritu. Boleh la kann. Dia bukan pernah masuk dapur pon hihi...

December 26, 2018

Mini Reunion

Salam
Kehujanan pagi ni di daerah saya. Sejokk...kalau dapat sambong tido memang osem sangat hahaha. Tapi arini dah masuk keje huhu.Sedap nau bercoti 4 ari, sampai terbabas akak pagi nih. Tapi as usual akak wat lek wat pis jek. Maklum la kat opis ni pon dah sunyi sepi. Tinggal dua orang je. Ni la muke nye hihi. Akceli gambau ni antau kat geng-geng lama. Saje kasik derang flying kiss 😗 tu yang terjadi nye gaya gedik tu...Biasenya akak serius je ecehhhh ahahahaha


Kami dua ni dah rotate mai opis.  Lagi pun hujung-hujung tahun ni memang musim cuti. Pengasuh cuti, kenduri kawen, pi family vacation, nak pi sekolah anak beli buku la kan. Camgini ler jadiknya. Disebabkan kesunyian dan kesorangan arini, ditambah lak ngan kerinduan pada kengkawan lama kite up la cite ni. Lepas ni ntah bile ler dapat jumpe dan bergosip ngan korang huhu...Ohh lupa lak, sebenarnya ada lagi sorang staff, Nor. Dia coti sebulan pasal anak-anak takde sape nak tengok kan. Jenuh caik gambau ngan Nor, ada gak seketul hihi. Ni pon gambau lama, masa program bantuan sekolah. Selain bekerja di kamuja ni, saya pon ada tolong-tolong datin dalam hal-hal persatuan dia. Ecewah...dah geng-geng mak datin hakak ni ekekeke.

Ni gambau paling complete semasa semua masih bersama
Reunion yang ni cume untuk ex-staff kamuja yang letest je. Kalau combine yang lama-lama, ramai lagi. Ni yang bersama dari tahun 2015 onward je. Memang serius terasa bile derang sume dah tak keja sini. Kalau tak pepagi dah penuh depan saya ni, semua breakfast dlm bilik ni. Meriah! La ni makan sensorang, makan pon tak selera..ahahaha tipu semata. Makan tetap la makan kan, Bak kata omputeh, life goes on.

Dah lama sebenarnya nak buat reunion ni tapi asek plan jek, tak jugak jadi-jadi. Kebetulan kali ni kena ngan ari raya so kitorang decide sekalikan ler mejlis nye. Ala bukan ramai mana pon. Gegirl- gegirl ajek hihi. Sebelum tu memang saya dah ada buat makan-makan raya tapi ramai lak yang tak leh datang, Time tu geng boboi dah datang hihi. Buat ari jumaat. Asalnya nak mintak derang bawak potluck tapi pikir-pikir menyusahkan aje. Saya masak aje la. Simple-simple pon takpe la kan. Ada jugak la derang bawak, snek-snek. Alhamdulillah...Tengok muke pon tak semengah...lekit-lekit.


Projek masak-memasak saya ni opkos la dibantu oleh somi tercenta ekekeke..Menu of the day, sup tulang, lontong, rendang ayam, spagetti bologonese (hentam je eja) dan kuih muih. Meriah dah tu kan. Siangnya saya masih keja, mintak permission balik awal. Ada yang boleh masak awal, dah disiapkan malam sebelumnya, macam rebus ketupat dan rendang.



Keja kemas mengemas rumah pulak, kerahan tenaga anak-anak. Minggu tu kena pulak turn Aisyah balik, tak pasal-pasal kena paksa jugak ahahaha. Mahap ler...paham-paham je la kan. Umah saya ni kemas time ada tetamu nak datang aje. Ari-ari biase, serabut! Kalau tetibe emergency orang datang hadap aje la hahaha. Saya ni kan ada sesikit termasuk dalam kategori perfectionist so tak kire la sape pon datang kalau umah tak berkemas, rase tak tentu arah. Kalau boleh elak, rase nak elak dari bagi derang datang. Gitu sekali ek..sabau je le. Padahal yang datang pon bukan sape-sape pon. Biasenya mak dan sedara mara jek 😆


Alhamdulillah...akhirnya bertemu gak kite semua. Majlis pon berjalan lancar. Makanan pon settle. Terima kasih sebab sama-sama hadir memeriahkan reunion kita nih. Ada rezeki kita buat lagi. Tak cukup rasenya masa kite menyembang. Cerita setahun mana boleh abih dalan sejam dua kan. Riuh memasing nak bercerita 😂 Natasya je takde pasal dia nun jauh di utara. Kebetulan dia pon takde kelapangan untuk turun ke Bangi ni. Takpe la Tasya, kami makan kan untuk tasya. Semoga sehat hendaknya semua adik-adik ku. Apa jua yang berlaku dalam hidup kalian, harungi la dengan tabah. Insyaallah ada hikmah disebaliknya. All the best! I love and miss u all 😍😗

November 26, 2018

Fakhri & Shahira | Part 1 [Alor Gajah]

Salam
Mood ari senin...alah tak perlu nak salah ari la, diri sendiri tu yang malas benaunya. Macam saya ni tetiap ari pon mood sama jek. Dari senin sampai ler jemahat. Tambah-tambah keadaan sekarang ni. Well..petanda ler tu kan. Ntah ler. Wait n see aje 😎


Sebelum menginjak ke tahun 2019, baik saya settlekan cerita pasal wedding reception Ayie. Dah setaon lebih simpan hihi. Majlis berlangsung pada 29 Julai 2017. As usual saya balik awal dua ari tolong apa-apa yang patut sebelum majlis. Disebabkan alya dan aisyah sekolah, papa derang tak kasik monteng, terpaksa la balik asing-asing. Sempat lagi saya singgah pi beli air mineral dan paper bag untuk goodies.


Sticker kat paper bag pon buat sendirik. Kakak dia kan kretip ahahaha. Ubah-ubah dari templete kad jemputan je pon. Persediaan lain semua macam dah ok dah. Sikit-sikit je tinggal, macam bungkus telo ngan isik goodies. Bab-bab tu tak yah risau, ramai kakitangan yang merewang. Sepupu sendiri pon dah ramai. meriah ler. Lagi pon dah lama takde mejlis besau cenggini. Semua eksaited!


Walaupun dah booking catering tapi mak tetap nak buat sikit menu tambahan. Mak berhajat nak masak laksa ngan rojak. Layan kan aje la kan. Kenduri anak bongsu lagipon kan. Jumaat tu bawak ler mak pi beli barang. Hambek ko penuh troli. Bukan satu, dua lagi. Penuh keta kecik saya tu. Mujur tak bawak ramai. Syaqir jek ikut.


Majlis kali ni buat kat padang bersebelahan surau taman. Tak jauh pon dari rumah, jalan kaki jek sampai. Kire dekat penghujung jalan la. Luas sikit kawasannya. Senang nanti tetamu nak parking keta. Paham-paham je la umah taman cemana sempitnya kan. Lagipun takde la menghalang lalu lintas kan. Saya suke gak takde ler umah berkecah nau hihi. kes malas nak kemas le ni 😜 Doa-doa jugak la tak hujan, Kalau hujan memang berlecak ler. Tanah merah tu. Abih baju pantin kang hik hik.



Saya saje je pecah dua cite ni. Padahal tak de ler apa nau pon. Bukan apa kalau di sekali kan terasa menjela nau. Nanti petang-petang sikit lagi saya up pulak part 2. Eh tapi ni pon cam dah petang kan haha. Petang ni energy berlebih lak, tu yang terlebih rajin. Kalau takde maknenya tak sempat ler tu, esok-esok la yek. Sabau je le. Ok, jumpa lagi!

November 17, 2014

Jeruk 'viral'

Salam
Ececewahhh tak mengalah kann..nak gak buat. Terliur kot nengok gambau jeruk tu. Sana sini orang buat, siap ada yang dah berbisnes. Lahaii pada kita, takat jeruk tu buat sendiri je la ek. Bahan-bahan dia pon tak susah mana nak carik. Itu yang gigih kita membuat tu, beli mangga 2 bijik je pon. Terai test dulu kann. Potongan tu main hentam keromo pasal nak cepat, takde le cecantek mana, alah nak telan sendiri je kan. Lagipun taim ni Syaqir dah bising nangih kat kaki mama dia, saje nak cipta alasan ek kikiki.

Arini kita super ngantok, semalaman tak tido. Abang sado kecik kita tu meragam, dia selsema. Ni mama dia tengah layan mata la nih, teringat jeruk glamer ni sego sikit mata. Masih fresh lagi, baru buat malam tadi. Balik keja ni kang leh le rasa. Selamat mencuba semua...kih kih eksen :P

August 30, 2014

Kek Cekelat Apiya

Salam, dah lama dah sebenarnya kejadian ini. Oleh kerana mama terlalu rajin hapdet tu yang tertinggal nak publish entri ni ekeke. Penat-penat ngambik gambau bagai tak share kan. Frust bebudak tu kang. Dah posing abih maut dah dak apiya tu.


Apiya memang sangat suke kek cekelat. Daripada asek membeli pe kate kite terai test buat sendirik kan. Makan pon puas. Resepi tiru mana ntah dalam tenet ni gak. Gugel jek. Segalanya diujung jari kata kann hihi. Nampak pon macam senang. Apiya pon mampu menggodak..


Walaupun comot-comot kek-nya tapi rasa alhamdulillah sodappp hihi..sape lagi nak puji kann. Gamba yang dah siap tak hambik lak kakak dia. Sejak dari ni apiya dah kemaruk nak buat kek. Tapi kena hold dulu pasal microwave tu ada masaklah sikit.

February 12, 2014

Lasagna Pulak

Salam semua...dah ari rabu ek! Haii... betapa cepat masa berlalu. Panas kemain sekarang kan. Ekon pon kadang cam tak rase. Bangi dah dekat 3 minggu lebih kot tak ujan..tempat korang? 

Chep cilik beraksi...

Entri memasak lagi?? Ecehh..tetibe jek musim entri masak-masak kann. Terasa cam mak-mak sangat dah la nih. Baru la saya ada feel-feel anak gamai. Padahal memang gamai pon, cume tak perasan hihi. Ye le besa nengok kengkawan yang anak gamai gajin masak. Walaupun saya belum la kategori gajin benau kikiki. Ni, kita saje le memenuhi permintaan anak-anak yang perot asek berlobang manjang. Stok mekanan kat umah tu memang tetiap minggu kena top up. Tak kire le mekanan kering ke basah. Dan tetiap kali soping tu tak sah le tak jejak ratus-ratus. Huiii terasa cam air jek duit nijam, ngeluh sambil kesat peluh kat dahi :P

Pemprosesan lasagna

Ini adalah projek taim besday Alya 30hb Januari lepas, entri dah basi. Lasagna tu pon dah jadik baja dalam tangki pembentungan ekekeke. Di hari kejadian tu papa derang keje jadik tiada le makan-makan luar macam taon-taon sebelumnya. Tunggu le wiken. Nak buat kek cam tak cukup bahan, tu yang teringat lasagna. Kulit instant dia tu memang dah lama beli, nasib tak expired. Lagi sekali Alya Aisyah bertindak sebagai chep kehormat. Mama tukang bagi arahan jek. Dan macam besa resepi tersenang tiru dari CikEpal. Tengkiu le bagi resepi yang senang-senang camgini.

Siap dahh...puas ati dapat makan ^_^

January 28, 2014

Masak Sherperd Pai Sendu

Salam selasa semua...sihat tak sihat tak? Over pulakkk haha..saya baru balik check up kt spital. Alhamdulillah ok semua. First taim dalam history pregnant, HB ok..10.7g/dl. Patotnya kena dalam 11g/dl ke atas tapi ni pon doktor kate dah ok. Fuhh lega biasenye tak sah le kalau tak kena repeat amik darah. 

Ok jom cite projek masak-masak Alya Aisyah plak. Semenjak dua ni mama derang tetibe plak berselera omputeh. Tekak buat ngengade. Walaupun saya dah memboyot camgini, selera makan ala-ala on off gak. Itu yang tertimbul idea nak makan mekanan omputeh. Takat speggeti tu kire dah terror le gak, baked makaroni pon dah past. Yang ini kire pes taim le terai. Dengau orang nyebut terasa cam kelas benauu bunyiknye kan. Ce sebut..sherperd pai haaa kan lain macam je bunyiknye tu kih kih. 

Begebut nak guna mixer nih

Maka sabtu lepas petang-petang, ajak la bebudak ni main pondok-pondok. Kali ni memang saya kasik derang terai sume, potong-potong bahan, mixture dan masak. Saya hanya ajar sesikit jek. Dah bile lagi nak ngaja kann. Tahu makan jek sume hihi. 

Suh lapis nipis jek, kemain tebal dia sapukan 

Resepinya saya tiru dari cikepal jek. Sebab nengok resepi ni jek paling senang untuk saya follow. Stended le saya mana suke yang susah. Kebetulan bahan sume memang ada, kecuali susu ngan butter. Tapi itu sume bisa diatur, papa derang sentiase bersedia. 

Layer daging

Prosesnya tak de le lama, cume jadik lambat pasal Alya Aisyah yang buat semua kann. Saya layankan aje. Biar derang rase puas ati ngan hasil kerjasama mereka nih. Ini le gupenye yang dah diloyangkan. Topping tu nampak kuning pasal saya suh sapu ngan kuning telo. Suh garis-garis ngan gerpu konon nak cantek, kemain capok, bergaris-garis derang keje kann. 

Sebelum dibakar rentung :P

Gambau dah siap bakau tak sempat amik, henpon ntah memana piya letak. Dia memang gemar ilangkan tepon mama dia. Pulak tu sume tak nyabau nak makan. Sekali hadap abih 3 suku loyang. Tak sempat nak simpan buat sarapan esok hari huhu. Seronok bile anak-anak dah besar dan boleh di harap. Tak lama lagi mama boleh le goyang kaki tunggu orang panggil makan je hihi....

Osemmmm!!

September 20, 2013

Untuk Mama Dia

Tu ari, asben saya ngan Alya beria nak masak untuk saya, alah taim besday saya tuuuuu :P
Tak abih lagi cite pasal besday dia kann, kecoh! Kata dah tua...
Saja la share kan, it happened once in the life time, once a year
Dapat-dapat bile ada orang beria nak menggembirekan mama dia kann :)
Patotnya nak update cite ni dulu dari celebration kat opis tu tapi biasa la mood mengarang takde
Inilah dia hasil usaha asben kita dan Alya, 'lamb mendy' cewahhh arabian food
Dia kan gajin dan pandai masak lebih dari wife dia hihi
Gigih sungguh mereka, walaupun tahu yang mama dia sedang alami sindrom pengurangan selera makan. Terima kasih, mama memang la appreciate sangat!

Kononnya mereka nak seperaiskan mama tapi tak menjadik pulak
Saya kan patotnya kena keje aritu (16 September)
Pasal kampeni tak amek cuti ari melesia tapi tibe-tibe akai jahat mai
Kami pakat monteng tanpa pengetahuan bos kih kih kih...rahsia tau :P
So dah tahu le dia nak masak apa kann...
Elok gak monteng tu, dapat gak saya kemas-kemas umah, lipat baju 2-3 bakol hee~
Sabtu ahad balik Alor Gajah, so tak sempat la kann
Sambil-sambil tu saya intai-intai dapo tapi Alya suh duk jejauh haha
Macam le apa sangat kann...tapi seriusly seronok dan terharu!
Kalau boleh ari-ari la masak untuk mama hihihi...melampau pulak kann..

July 14, 2013

Tiada Tandingan

Assalamualaikum
Bersiaran dari kampong halaman ku..ecehh hihi
Bulan-bulan pose ni berbuka kat kampong memang terbestkann
Dapat-dapat kalau makan masakan mak...uiii laiee la tak pandang kiri kanan
Kot bulan tak pose pon dah lahap apotah laeii bulan poso kann
Memang takdo dan bolom laei dapat ditandingkan oleh sesapo masakan omak kan kan kan
Walaupun saya ni dah berkeluarga dan dah buleh masak sendiri untuk family
Tapi tetap nak makan masakan emak
Makan berpinggan-pinggan, cano lah tak muncit porut kann kikiki
Ok lah sekian saje..bai bai :-)

September 27, 2012

Tulang Pon Sodap


Papa piya memang feberet kambing. Dia beli tulang betis kambing kat pasar karat (tak abis lagi cite pasau nih) tapi ada daging la bukan tulang semata. Balik-balik tu dia tros marinate dan grill.


Anak-anak saya pon memang kesukaan la masakan ala-ala western nih. Begebut makan. Bukannya banyak isik pon. Tapi makan gebut-gebut memang best. Suke tengok derang sume dok nganga tunggu papa suapkan, comel! Macam anak burung. Dah abis tu, dak piya tulang pon nak diunggih, tak tau le korang paham tak (tengok cara piya makan tu). Alang-alang makan kene le ke tetesan daging terakhir, mahal kan, sayang nak buang (",)

July 30, 2012

Menu Tradisi

Saya jarang buat posting berkaitan masakan sebab saya memang tak pandai masak. Hihihi...selambe je ngaku. Tapi memang itu le hakikatnya.
Tapi yang ini special sikit. Inilah menu kegemaran abah saya setiap kali berbuka. Hari-hari memang mak akan masakkan untuk abah. Tak jejemu dia. Dan ini diperturunkan dari arwah atok dan nenek saya. Kami panggil bihun sup. Sup yang paling simple. Bodoh-bodoh je, campak-campak je. Kebetulannya digemari jugak oleh kami seisi keluarga walaupun tak sesedap yang mak saya masak. Paling cepat dan senang. Kalau saya balik keja lambat pon masih sempat nak masak.



July 5, 2012

MasterChef Selebriti | Dato' Fazley

Haaa...tengok tajuk je mesti korang dan boleh teka kan. Kalau yang dah biase terjah blog suam-suam kuku saya ni confirm dah boleh agak apa yang tersirat. Yezzaa..itu la dia. Semenjak dua menjak ni tetibe je saya 'ter'admire Dato' Fazley tau. Kagum sangat sebab dia sangat pandai masak. Wahhhh!!! Awesome kann. Ada je idea masak dia. Kalau saya lah teringin nak masuk master chep ni, confirm tak di-shortlisted-kan (sesuka je campo) langsung. Tapi saya harap sangat dia menang!

Tengok tak episod Ahad lepas tu, yang Dato' Siti datang tu. Seperais kan muka dia. Sesuatu sungguh. Maklum la dedulu kan penah ehem ehem. Hihihi kelakar sangat tengok gelagat derang berdua. Saya siap tampar-tampar papa piya. Benggang je dia. Huh! Over exsaited plak saya. Memang camtu kot pe'el memasing kalau dah lama tak jumpakan. Memalu nak cakap, tak tahu cane nak mula kan. Eceh tetibe plak saya boleh 'ter'berangan kalau saya 'ter'serempak ngan x-bf ke kan...hahahaha. Tetibe!!! Apa relevan nya ngan cite Dato' Fazley nih. Itu la relevan nya kegkawan, lidah kelu untuk berkata-kata. Ok tu je. Sekian!


Picture Credit: Incikgugel

April 22, 2012

Master cheip in the making


Salam....Wahhh...kedengarannya amatlah menarikkan. Hahaha...

Kejadian bersejarah itu adalah berpunca dari ratosan perlian dari inciksuami yang sangat lah berkeinginan melihat skill terendam mama piya nih. Sejak kawen rasanya tak penah kot saya buat keja-keja halus macam nih. Secara jujurnya memang saya tak suke. Ke sebab mak saya memang tak penah dedahkan saya ngan aktiviti baking membaking nih. Kalau masak-masak biasa tu kira boleh diusahakan lah jugak tapi bab-bab buat kuih ka kek ka memang hancusss berderai hihihi.

Oleh sebab telinga dah bernanah, ..OK lah mama buat. Kakak esok kita buat kek tau. Nak kek apa? Wah! kemain happy lagi anak dara tu. Buat cupcake eyh ma. Tapi mama, resepi dia tak de..cane nak buat. Alah, senang je kang mama carik. Konon nak carik malam sabtu tu tapi lepas tengok #cikfahrinahmad# kat tb3 tros cam ngantok. (Ahahaha nak jugak sebot FA-pdhal takde motif). Maka pepagi ahad tu le baru terhegeh-hegeh cari resepi. Dapat satu yang paling simple kat blog Potretkasih. Ok setel!

Lepas makan tengahari tu, dengan nada perlian lagiii inciksuami tanya lagi: Perot dah kenyang mana desert tak siap lagi nih! Wah..berasap lagi telinga... Kakak, aisyah jom kita buat kek. Amik apron awak, basuh tangan dan ikat rambot. Ecewahh terasa macam ketua cheip mama korang nih puiii. Bersungguh le anak dara dua orang tu...papa derang pon sebok aje dari awal jadik pemerhati bebas. Asik le ngomel jadi ke jadi ke. Ishhh penat tau dengar. Tapi paling best alya back-up, tak jadi pon tak pe la pa, ni kan baru 1st time buat nanti buat lagi kan mama. Yezaaa...sangat bagos tau alya! Memang most of the time, my girl will always on my side!! Kui kui..

Dan setelah bermandian tepong maka hasilnya alhamdulillah amatlah memuaskan hati. Puas je not excellent tau hihihi. Dan ada le comot-comot sikit. Rasa apa? Rasa kek laa kann. Papa jadik speechless. Haaa tengok ingat i tak reti ke. Malas ajee tau #tddmka# (baca: tangan di dada mata ke atas). Saya buat frosting sikit je sebab ia manis sangat dan kami sekeluarga memang alergik manis. Untuk derang belajar deco-deco saje. Memang comot sangat la..tak tergamak nak tunjuk. Saya simpan sendiri je ahahahaha. Kendian tu derang siap bagi kengkawan derang lagi tau..punya la haibat konon. Maka jadilah "Hari ini dalam sejarah"

 MySpace



Published with Blogger-droid v2.0.4

April 4, 2012

Back to basic



Korang ada ke?

Haha sangat berlagak! Terasa klasik kan. Ok sekarang adalah masa berdiet karbo ataupon atkin diet.


Sila semak laman web ini : www.atkins.com

Tahu diet karbo tu cane? Senang je elak dari makan makanan yang berkarbohidrat le. Contoh paling utama nasi, roti, kentang. Tapi yang berdiet itu bukan saya semestinya. Mustahil la saya pulak. Oleh kerana passion dia (EncikSuami) kearah menguruskan badan meningkat ke level 100 degree maka terbeli lah kami dapor arang itu. Kengkonon le. Si dapor pon telah mula berkhidmat, adalah 4-5 kali kot. Tu pon hanya di hujung minggu aje. Ari-ari biasa tak boleh. Memalam berasap satu taman. Sila hormati jiran eyh :)
Setakat arini sume under control, tapi result dari pendietan ini masih belum menampakkan perubahan yang ketara. Kita tunggu aje lah dengan penuh kesabaran dan saya? Tentunya menyapot 200 peratus =)

Published with Blogger-droid v2.0.4