Mood ari senin...alah tak perlu nak salah ari la, diri sendiri tu yang malas benaunya. Macam saya ni tetiap ari pon mood sama jek. Dari senin sampai ler jemahat. Tambah-tambah keadaan sekarang ni. Well..petanda ler tu kan. Ntah ler. Wait n see aje 😎
Sebelum menginjak ke tahun 2019, baik saya settlekan cerita pasal wedding reception Ayie. Dah setaon lebih simpan hihi. Majlis berlangsung pada 29 Julai 2017. As usual saya balik awal dua ari tolong apa-apa yang patut sebelum majlis. Disebabkan alya dan aisyah sekolah, papa derang tak kasik monteng, terpaksa la balik asing-asing. Sempat lagi saya singgah pi beli air mineral dan paper bag untuk goodies.
Sticker kat paper bag pon buat sendirik. Kakak dia kan kretip ahahaha. Ubah-ubah dari templete kad jemputan je pon. Persediaan lain semua macam dah ok dah. Sikit-sikit je tinggal, macam bungkus telo ngan isik goodies. Bab-bab tu tak yah risau, ramai kakitangan yang merewang. Sepupu sendiri pon dah ramai. meriah ler. Lagi pon dah lama takde mejlis besau cenggini. Semua eksaited!
Walaupun dah booking catering tapi mak tetap nak buat sikit menu tambahan. Mak berhajat nak masak laksa ngan rojak. Layan kan aje la kan. Kenduri anak bongsu lagipon kan. Jumaat tu bawak ler mak pi beli barang. Hambek ko penuh troli. Bukan satu, dua lagi. Penuh keta kecik saya tu. Mujur tak bawak ramai. Syaqir jek ikut.
Majlis kali ni buat kat padang bersebelahan surau taman. Tak jauh pon dari rumah, jalan kaki jek sampai. Kire dekat penghujung jalan la. Luas sikit kawasannya. Senang nanti tetamu nak parking keta. Paham-paham je la umah taman cemana sempitnya kan. Lagipun takde la menghalang lalu lintas kan. Saya suke gak takde ler umah berkecah nau hihi. kes malas nak kemas le ni 😜 Doa-doa jugak la tak hujan, Kalau hujan memang berlecak ler. Tanah merah tu. Abih baju pantin kang hik hik.
Saya saje je pecah dua cite ni. Padahal tak de ler apa nau pon. Bukan apa kalau di sekali kan terasa menjela nau. Nanti petang-petang sikit lagi saya up pulak part 2. Eh tapi ni pon cam dah petang kan haha. Petang ni energy berlebih lak, tu yang terlebih rajin. Kalau takde maknenya tak sempat ler tu, esok-esok la yek. Sabau je le. Ok, jumpa lagi!
No comments:
Post a Comment