Ya Allah..genap setaon akak ko tak menengok belog 😃
Harap-harap tajuk belog ni dapat memberi semangat akak untuk kembali menulis. Mari ler kita jalinkan kembali perhubungan kite di alam belog, macam lagu Zamani, Kembali Terjalin 😁
Saje ler ni, maklum ler nijam kan musim Zamani.
Akak pon tak tahu ler masih ada ke lagi orang yang ingat akak ni. Gile lama menyepi. Nak kata bizi idok ler sangat. Cume letih jek. Maklum ler usia pon dah bertambah. Apa pon akak masih bersyukur kerana masih bernafas di bumi ini dan di beri kekuatan untuk mengharungi ari-ari yang bakal mendatang. Insyaallah...Alhamdulillah, semua ahli keluarga termasuk akak masih sihat walafiat. Pening, selsema, demam tu biase ler. Cume tak de ler melarat. Belum bertambah bilangan hingga kini dan makin membesau semua anak-anak.
Hadif masih lagi bersekolah di PPKI extent lagi 2 taon sampai umur 19 taon. Taon ni paling banyak hal Hadif ni sampaikan dia tak boleh ke sekolah bersendirian. Akak ler kena teman dia sepanjang sesi persekolahan dia. Mula dari bulan Febuari aritu sampai ler coti sekolah ni. Mujur gak dia coti awal. Alhamdulillah bos memahami. Hari-hari akak masuk keja tengahari. Kire half day unpaid leave ler. Sekarang ni Hadif kembali menjalani terapi, Behavior Therapy. Tak pasti ler cemana keberkesanan nya. Biase ler menangani anak-anak autism bukan mudah. Tambah-tambah di usia remaja. Setakat ni nampak macam ok la. Kena banyak sabar...sabar...sabar..dan sabar 😔
Aisyah form 1, sealiran ngan kakak dia KAA cume dia sedikit bernasib baik dapat masuk ke sekolah kawalan dan tinggal di asrama. Tak jauh mana pon, SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi. Sepelaung je dari umah haha. Jadual akak pon jadik pack time weekend. Balik kampung pon jarang. Pasalnya ari Ahad, kalau tak kena antau Aisyah balik asrama, kena pi melawat dia. Dia balik dua minggu sekali. Dia tak penah outing pon, lagi pun nak kemana aje dia hahaha.
Afiya darjah 2, masih mama girl. Pemalu cume dah tak berapa pendiam dah. Teman sepermainan Syaqir. Dalam ramai-ramai dia je la selalu jadik mangsa untuk melayan Syaqir. Kalau tak layan kang dia nangih ahahaha. Kesian Afiya 😃
Syaqir taon ni 4 taon. Dia masih tak bersekolah lagi. Biasa abang kakak 4 aton dah masuk taska. Dia tak. Masih di umah pengasuh. Insyaallah taon depan ler tadika. Dia memang anak mama. Pantang mama hilang, merata mencarik. Maklum ler anak bongsu memang ler mama manja kan 😛
Saya pulak masih dengan kerja ditempat lama. Untuk pengetahuan semua, Bos saya, Dato Amirhamzah telah kembali ke rahmatullah pada penghujung April lepas. Kalau korang perasan saya ada juga beberapa kali cite pasal arwah dato dalam blog ni. Al Fatihah.... Kesedihan kami masih terasa sehingga kini. Kadang-kadang saya merasa dia masih ada cume tak datang ke pejabat jek. Segala memori bersama arwah masih segar di ingatan kami semua.
Antara gambar kenangan bersama arwah dato' |
Ok akak berenti dulu la ye. Insyaallah akak cuba update lagi nanti. Semoga semuanya baik-baik aje dan sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah. Jumpa lagi. Salam sayang dari akak untuk semua...muah 😗
No comments:
Post a Comment