Semoga sehat semua hendaknye ye. Sehari dua ni saya weng sikit. Syaqir demam. Semalam nampak dah ok. Malam tadi panas balik, sekali pakej batuk selsema. Pukul 2 pagi berjaga lagi huhu. Berat kepala rasenya ni. Syaqir ni jarang demam tapi kalau dah demam lambat baiknye. Bertabah aje la mama dia. Tak larat nak melayan renyek dia tu la. Menangis je keja. Hadoiii..
Hokay, let sambung another terobek saya hihi. Ni tahun ni punya cite. Cuti skola bln 3 kot ni, asben saya outstation, jadiknye nak hepi kan anak-anak bawak ler jenjalan. Pi Zoo negara ja pon. Last pergi tak silap tahun 2012 ka 2011. Tak ingat. Pegi ni pon sebab nak melayan kan syaqir. Dia pon seangkatan dengan abang dia yang suke nau tengok hewan. Tapi dia lebih obses kepada dinasour. Menan dia semuanya dinasour. Nak tunjuk yang real pon tak boleh dah sekarang. Dah pupus! hahaha
Macam biasa kena gerak awal pagi. Jauh jugak dari Bangi nak ke Melawati sana. Nijam terasa jauh, dedulu keja Gombak ari-ari lalu takde lak terasa kejauhannya tu 😛 Breakfast sesiap, beli gak la bekal, roti-roti ngan air, sana mahal nak beli-beli makan. Kemain stemet mama dia ni. Maklum ler menteri kewangan tak ikut kene le berjimat haha.
Sampai sana around 9 lebih rasenya. Tiket pon dah mahai nijam pasal dah disekalikan dengan tengok Panda. Mungkin sebelum ni kurang orang nak masuk umah panda tu. Kalau wat gini, semua pon akan masuk. Tiket saje dah beratus ko. Dewasa RM43, kanak-kanak RM16. Hadif dapat ler diskaun, ikut rege tiket kanak-kanak. Time ni ler nak amik kesempatan gune keistimewaan kad dia tu hik hik. Tram bayau lain. Mulenya nak berjalan je tapi Syaqir nak naik, maka kena ikut kata dia hihi.
Sebelum pape, tengok la dulu map yang disediakan. Senang nak plan turun tram kat mana. Budak kecik tu la yang memantau, semua kena ikut mana dia nak nak pegi dulu. Hentian pertama, turun kat Savanah. Tengok ler hewan-hewan ala-ala safari la jugak. Rasenya banding ngan tahun dulu-dulu tu, dah banyak la improvement. Hewan pon dah banyak. Menarik! Dan bersih!
Hadif gaya patah tengkuk hahaha |
Masuk rumah panda tu, banyak syarat-syaratnya. Yang paling penting, jangan buat bising. Panda ni sensitip ler konon hahaha. Asek ler kena kontrol si syaqir. Budak kecik cemana nak tahan dia bercakap kan hihi. Masa kitorang masuk tu tengah membute dedua ekor tu. Mujur sorang tu mangkit awal. Baru nak hai-hai rupenya mangkit nak berak, Alya kemain ler rakam video sekali dia membelakang kan kite, melabur ahahaha. Suwey! Membazir je bayau tiket takat nak tengok dia tido ngan berak tu hahaha. Apa ntah nama dua ekor tu, lupa lak.
Ada la jalan beberapa tempat lagi, tengok beruk, ulau, burung, ghimau, singa, gajah, zirafah. Banyak nau lak gambau nak letak sini. Ghimau tu pon dah tak heran kat kite yang tengok dia nih.
Petting zoo pon menarik. Dapat ler bebudak ni bagi-bagi makan. Syaqir tu penakut, dia nak tengok je. Suh dekat pegang-pegang tak mo. Sempat gak ler tengok show anjing laut. Tu yang kena masuk awal-awal pasal banyak aktiviti. Lama gak ler kitorang duk sana, bile dah tengah ari mule ler dah kepenatan dan kepanasan.Air bekal semua habis hihi.
Sesekali dapat peluang jalan kat tempat-tempat camni best gak. Sesekali je la. Selalu kopak...Mahai oii! Anak-anak saya kire semua pon melayan lagi la. Walaupun dah ada yang remaja tapi mereka masih suke pegi tempat-tempat cenggini. Ok la, tu je terobek untuk arini. Nanti ada kelapangan sambung lagi. Seronok gak buat cenggini. Bukan apa daripada terlupa begitu je. adlise ada ler memori derang nak baca-baca balik nanti. Ok, bai bai! 🙋
Sebelum tu, tengok ler slide gambau-gambau yang kena pakse beli ahahahaha...pon mahai jugak 😂Cekik darah betul! Hahahaha..
No comments:
Post a Comment