November 27, 2018

Fakhri & Shahira | Part 2 [Alor Gajah]

Salam
Ok seperti yang dijanjikan, saya teros kan je la ye. Mahap semalam tak sempat saya nak sambung, petang-petang tu ada pulak urgent job. Pagi ni saya settlekan dulu. Biru-biru ler mata korang pagi ni. Petang kang nak bawak Hadif terapi. Ok mari kite....

Lencun peluh budak nih hihi
Alhamdulillah pada hari majlis berlangsung, cuaca sangat bekerjasama. Cerah dan panas. Terserlah kaler biru baju-baju kami. Tema ni dipilih atas persetujuan semua. Pengantin apa kesah. Dia sediakan diri jek haha. Baju ditempah khas dari kelantan. kemain kan! Lelaki kemeja, pompuan bagi kain ela, ikut suke nak buat baju cemana pon. Saya pilih jubah je la, senang nak lelari. Sebab dah berhajat cenggitu memang tu je la keja sepanjang ari. 


Dari pagi saya dah kehulu kehilir, tak menang tangan. Baru nak bersiap, ade je yang manggil, nak itu la ini la. Sudahnya bersiap lambat. Member ofis dah sampai, saya tak mandi lagik ahahaha. Lepas sesiap jumpe derang, terus tegur kata saya nampak wangi. Konghasam! hahaha.


Ni ler tetamu saya yang pertama sampai tu. Adik-adik manis, terima kasih datang! Majlis dimulakan dengan acara berzanji dari grup makcik saya, orang-orang taman ni jugak. Mendayu-dayu dengar dari rumah. Tetamu mula datang dari jam sebelas lagi. Tapi sebab dah pakai katerer takde le penat nau nak serve kan. Menu tambahan dari kami, cousin saya handle.
     



Antara menu of the day adalah nasik beriyani bersama lauk-lauknya la. Kuih muih, buah potong, laksa dan rojak. Juga ada gerai roti canai dan cendol. Tak jumpe lak gambau mamat yang teba ghuti tu hik hik. Gambar-gambar ni kredit pada cousin saya Fatihah dan Filzah (FIY) merangkap jurukamera majlis. Caterer saya dah tak ingat tapi mereka didatang kan khas dari Batu Pahat. Untuk penebar roti dan cendol pon saya tak tahu uolss. Maaf sangat! Maklum la dah berusia, mana nak ingat semua 😜




Gamba saya sendiri tak banyak, macam yang saya katakan. Ramai nau yang memanggil saya. Dalam ramai-ramai baju biru-biru tu, suke lak derang ngan saya. Apa je tak kena atau nak suh ambil kan pape semua panggil saya. Hongeh acik oiii. Banyak masa saya duk ulang alik ke umah daripada duk kat padang tu. Tapi alhamdulillah untuk tetamu saya, sempat la saya jumpe dan layan. Pada yang lain, mungkin kenalan lama saya yang tinggal setaman, maaf la kalau ada yang saya tak sempat jumpe. Terkilan jugak sebenarnya.








Gembire rasenya semua yang kite rancang, berjalan dengan baik. Alhamdulillah makanan pon mencukupi. Ada lebih-lebih sesikit kami sedekah pada jiran tetangga. Di kesempatan ini, saya ucapkan terima kasih pada semua yang banyak menyumbang kepada kelancaran majlis. Tak kire la apa jua sumbangannya.  Andai ada kekurangan maaf dipinta. Tak sabau nak tunggu next event, sape ler yang nak dulukan ni. Tunggu je la...

Barisan sepupu pompuan...
Sekian je la selesai nya posting saya ni. Gambau pon tonggang langgang. Maaf la ye. Asal boleh jek ni hihi. Caption pon takde. Saya pon dah ingat-ingat lupa dah benaunya. Hokay la..saya nak siapkan ABC chart Hadif pulak, nak hantar kat terapist. Patut kena hapdet ari-ari chart tu tapi mama dia kan memang rajin. Petang nak gi terapi, pagi baru buat ahahaha. Ok la. I'll c u when I c u 🙋 😃


Ohh ohh ye..sat sat...kesempatan ni jugak saya nak ucapkan  Selamat hari lahir kat kawan lama saya. Mana dia pegi agak nye, lama tak nampak hihi. Dah lama jugak saya tak tanya kaba berita dia. Semoga dia sihat di mana jua berada, berbahagia di samping yang tersayang dan sentiasa dalam rahmat Allah. Aminnn. Hepi Besday Cik!! 😊 

November 26, 2018

Fakhri & Shahira | Part 1 [Alor Gajah]

Salam
Mood ari senin...alah tak perlu nak salah ari la, diri sendiri tu yang malas benaunya. Macam saya ni tetiap ari pon mood sama jek. Dari senin sampai ler jemahat. Tambah-tambah keadaan sekarang ni. Well..petanda ler tu kan. Ntah ler. Wait n see aje 😎


Sebelum menginjak ke tahun 2019, baik saya settlekan cerita pasal wedding reception Ayie. Dah setaon lebih simpan hihi. Majlis berlangsung pada 29 Julai 2017. As usual saya balik awal dua ari tolong apa-apa yang patut sebelum majlis. Disebabkan alya dan aisyah sekolah, papa derang tak kasik monteng, terpaksa la balik asing-asing. Sempat lagi saya singgah pi beli air mineral dan paper bag untuk goodies.


Sticker kat paper bag pon buat sendirik. Kakak dia kan kretip ahahaha. Ubah-ubah dari templete kad jemputan je pon. Persediaan lain semua macam dah ok dah. Sikit-sikit je tinggal, macam bungkus telo ngan isik goodies. Bab-bab tu tak yah risau, ramai kakitangan yang merewang. Sepupu sendiri pon dah ramai. meriah ler. Lagi pon dah lama takde mejlis besau cenggini. Semua eksaited!


Walaupun dah booking catering tapi mak tetap nak buat sikit menu tambahan. Mak berhajat nak masak laksa ngan rojak. Layan kan aje la kan. Kenduri anak bongsu lagipon kan. Jumaat tu bawak ler mak pi beli barang. Hambek ko penuh troli. Bukan satu, dua lagi. Penuh keta kecik saya tu. Mujur tak bawak ramai. Syaqir jek ikut.


Majlis kali ni buat kat padang bersebelahan surau taman. Tak jauh pon dari rumah, jalan kaki jek sampai. Kire dekat penghujung jalan la. Luas sikit kawasannya. Senang nanti tetamu nak parking keta. Paham-paham je la umah taman cemana sempitnya kan. Lagipun takde la menghalang lalu lintas kan. Saya suke gak takde ler umah berkecah nau hihi. kes malas nak kemas le ni 😜 Doa-doa jugak la tak hujan, Kalau hujan memang berlecak ler. Tanah merah tu. Abih baju pantin kang hik hik.



Saya saje je pecah dua cite ni. Padahal tak de ler apa nau pon. Bukan apa kalau di sekali kan terasa menjela nau. Nanti petang-petang sikit lagi saya up pulak part 2. Eh tapi ni pon cam dah petang kan haha. Petang ni energy berlebih lak, tu yang terlebih rajin. Kalau takde maknenya tak sempat ler tu, esok-esok la yek. Sabau je le. Ok, jumpa lagi!

November 23, 2018

Family Day

Salam Jumaat semua. Semoga baik-baik aje semuanya ye.

Mood akak tengah baik ni...sesambil layan lelagu Slam, akak belanja le posting sikit kan. Tu je mampu nak blanje pon hihi. Lepas ni korang hadap ler posting terobek hakak ye. Sampai le saya rase tak nak cite dah atau pun dah abih modal ahahaha. Kalau sesapa yang follow FB atau IG saya misti dah penah ternampak semua posting-posting yang bakal saya post ni. Dah lama sebetulnya tidak mengaktifkan diri dalam media sosial. Tak aktif menghapdet jek, stalking-stalking kekal aktip haha. Pasalnya saya masih suke tengok aktiviti atau perkembangan kengkawan. Lagi satu setaon dua ni tetibe saya rase macam self konpiden agak merudum sikit. Nak post gambau pon cam malu. Sindrom apa pon tak tau. Kalau kat FB tu, harap kan orang tag je le. IG paling-paling sebulan sekali ada gak ler post tu pon kat IGS jek hihi. Faktor usia kot la kann, dah kerepot bak kata anak saya 😅😅


Family day ni kami rancang awal tahun, cuti raya cine. Dah lama pon takde buat event cenggini. So, bincang-bincang kompul-kompol idea. Terhasil la Family Day ni pada 17 Febuari 2018. Kebetulan raya cine tu kite semua coti panjang kan. Boleh dikatakan semua ada la memeriah kan. Ni family day belah mak saya. Buat pon kat umah atuk je. Macam biase meriah dengan makanan. Tak yah la nak acah-acah diet.


Tema kali ni BIRU. Sebenarnya nak senang, pasal yang lelaki boleh je recycle baju kawen ayie. Kot yang nak kena beli pon pompuan-pompuan je sebab masa kawen ayie tu memasing pakai jubah. Ohhh ye belum cite lagi pasal kawen ayie belah Alor Gajah kan hihi. Sabau yek, menyusul nanti.


Aktiviti macam biasa la, selain makan dan menyembang a.k.a membawang (bahasa sekarang), ada jugak kami buat sukaneka. Jenuh gak ler memikirkan acaranya. Main nye lebih kurang jek tapi gelak je lebih. Apa-apa pon happy la semua yang dirancang berjalan lancar. Alhamdulillah. Tak sesia saya dan ahli jewatankose menyusun sume jadual. Sebenaunya saya dipakse rela buat. Tapi sebab kite sporting kite onzz jek. Lagipon kalau semua berselak-selak tanak. Cemana nak buat aktiviti kan. Haaa..hakak jugak la yang gile kose ahahaha.



Antara acaranya adalah, tiup belon sampai pecah, pecahkan belon kat kaki orang, ikat kain pelekat/batik (jurinya atok ngan nenek), rebut gegule, jatuh dari langit, mencari ayah etc. Ala games koman-koman jek. Prop games pon yang senang didapati. Benaunya ada beberapa kategori tapi bile dah setat semua men langgau je rules hahaha. Layannnn....Ni ade ler gambau sikit dari kemeremen tangkap muat...asal boleh! Kemeremen bertauliah tak ade lak masa ni, sabau je ler.

 




 




Nah, tengok ler kekecohan memasing dalam video ni tapi quality tak bape nak ok. Jadik ler kann buat ada-ada hihi. Saya dah speed kan video ni, suare jadik katun semua 😆. Panjang nau kalau nak tengok sesatu. Hadiah pon agak banyak jugak la. satu family sponsor la takat mampu. Bukan tu pon yang dikejau, tapi silaturrahim atara kite kan.



Terlanjur dah reramai ni, kite celebrate ler sekali besday Afiya yang ke-8. Awal sari dari tarikh sebenau. Kek pon dapat sponsor dari makcik. Tapi ada cacat plak sikit pasal kakak dia pi letak henpon atas kotak huhu. Cantek taon ni tarikh lahir afiya 180218 😍


 

Alhamdulillah semua berjalan lancar, yang paling penting semua pon happy. Lupa segala macam masaklah kan..perot pon kenyang 😆 Post mortem pon helok-helok jek komen semua. Insyaallah ada kelapangan kite plan lagi. Bukan senang nak kompol kan semua.

Tak dilupakan team BBQ dan team penyediaan makanan kite....mekasih! Semua makanan sedap belake!! 😋😋


Ok, camni je la cite saya. Jumpa lagi dilain hari dan posting, insyaallah. Semoga berbahagia selalu semuanya. Adios!

November 21, 2018

Mentari Muncul lagi

Salam
Ya Allah..genap setaon akak ko tak menengok belog 😃
Harap-harap tajuk belog ni dapat memberi semangat akak untuk kembali menulis. Mari ler kita jalinkan kembali perhubungan kite di alam belog, macam lagu Zamani, Kembali Terjalin 😁
Saje ler ni, maklum ler nijam kan musim Zamani.

Ok udah ler tu...mai ler akak cite pasal akak zaman ini lak hihi...
Akak pon tak tahu ler masih ada ke lagi orang yang ingat akak ni. Gile lama menyepi. Nak kata bizi idok ler sangat. Cume letih jek. Maklum ler usia pon dah bertambah. Apa pon akak masih bersyukur kerana masih bernafas di bumi ini dan di beri kekuatan untuk mengharungi ari-ari yang bakal mendatang. Insyaallah...Alhamdulillah, semua ahli keluarga termasuk akak masih sihat walafiat. Pening, selsema, demam tu biase ler. Cume tak de ler melarat. Belum bertambah bilangan hingga kini dan makin membesau semua anak-anak.

 

Hadif masih lagi bersekolah di PPKI extent lagi 2 taon sampai umur 19 taon. Taon ni paling banyak hal Hadif ni sampaikan dia tak boleh ke sekolah bersendirian. Akak ler kena teman dia sepanjang sesi persekolahan dia. Mula dari bulan Febuari aritu sampai ler coti sekolah ni. Mujur gak dia coti awal. Alhamdulillah bos memahami. Hari-hari akak masuk keja tengahari. Kire half day unpaid leave ler. Sekarang ni Hadif kembali menjalani terapi, Behavior Therapy. Tak pasti ler cemana keberkesanan nya. Biase ler menangani anak-anak autism bukan mudah. Tambah-tambah di usia remaja. Setakat ni nampak macam ok la. Kena banyak sabar...sabar...sabar..dan sabar 😔

Alya amik PT3 taon ni. Tengah tunggu result. Ntah cemana ler kaler result nya tu. Akak pon tak mengharapkan yang luar biase sebab tahu kemampuan dia. Dah boleh diharap ler dalam bab masak memasak. Tambah-tambah coti sekolah ni, rajin ler dia. Kena paksa pon pasal mama malas nak ulang alik balik umah time rehat tengahari. Badan pon makin berisi, berat dari mama dia. Biau ler dia, dia ingat nak kurus senang ke. Mama pon lom kurus-kurus lagi ahahaha.


Aisyah form 1, sealiran ngan kakak dia KAA cume dia sedikit bernasib baik dapat masuk ke sekolah kawalan dan tinggal di asrama. Tak jauh mana pon, SMK Jalan Tiga Bandar Baru Bangi. Sepelaung je dari umah haha. Jadual akak pon jadik pack time weekend. Balik kampung pon jarang. Pasalnya ari Ahad, kalau tak kena antau Aisyah balik asrama, kena pi melawat dia. Dia balik dua minggu sekali. Dia tak penah outing pon, lagi pun nak kemana aje dia hahaha.


Afiya darjah 2, masih mama girl. Pemalu cume dah tak berapa pendiam dah. Teman sepermainan Syaqir. Dalam ramai-ramai dia je la selalu jadik mangsa untuk melayan Syaqir. Kalau tak layan kang dia nangih ahahaha. Kesian Afiya 😃


Syaqir taon ni 4 taon. Dia masih tak bersekolah lagi. Biasa abang kakak 4 aton dah masuk taska. Dia tak. Masih di umah pengasuh. Insyaallah taon depan ler tadika. Dia memang anak mama. Pantang mama hilang, merata mencarik. Maklum ler anak bongsu memang ler mama manja kan 😛

Saya pulak masih dengan kerja ditempat lama. Untuk pengetahuan semua, Bos saya, Dato Amirhamzah telah kembali ke rahmatullah pada penghujung April lepas. Kalau korang perasan saya ada juga beberapa kali cite pasal arwah dato dalam blog ni. Al Fatihah.... Kesedihan kami masih terasa sehingga kini. Kadang-kadang saya merasa dia masih ada cume tak datang ke pejabat jek. Segala memori bersama arwah masih segar di ingatan kami semua.

Antara gambar kenangan bersama arwah dato'
Dulu saya penah jugak hint-hint pasal ketidak stabilan ekonomi syarikat kan. Dan semenjak kehilangan Dato', company makin kelam kabut dan hilang arah seketika. Jujurnya, hingga kini pon masih belum nampak betul sinaran. Arwah dato adalah anchor.  Mungkin sebab tu la kami agak terumbang-ambing. Saya pulak, buat masa ni masih lagi bertahan. Bukan apa, rasa tak sampai ati pulak nak tinggalkan datin sensorang handle semua. Masih ada urusan saya yang belum selesai di sini. Mungkin ramai yang tak kan paham kenapa. Walaupun saya berdepan dengan masalah kewangan tapi mungkin hubungan mesra kami buat saya tak sanggup melapaskan tempat ni dan meninggalkan semua. Bukan sekejap saya kat sini, 12 tahun! Beberapa kali saya mengharungi jatuh bangun syarikat. Tapi tu la, semoga saya dapat ketemu penyudahnya. Sekarang ni yang masih bekerja ada 4 orang.  Meraka ni masih kuat semangat nak membantu. Cume selama mana itu tiada kepastian.  Doakan la kami. Andai rezeki saya sampai sini, saya redha. Mungkin akan ada yang lebih baik nanti kan. Insyaaalah..

Ok akak berenti dulu la ye. Insyaallah akak cuba update lagi nanti. Semoga semuanya baik-baik aje dan sentiasa dilindungi serta dirahmati Allah. Jumpa lagi. Salam sayang dari akak untuk semua...muah 😗