About

Tuesday, December 28, 2010

Not so wonderland

Misi Melaka Wonderland tak kesampaian.


Al-kisahnya, memang la kitaorg dah plan nak ke sana awal pagi, kebetulannya pulak aritu (25/12/2010) birthday my mak, so dia berhajat nak panggil jemaah surau bersarapan di rumah selepas kuliah subuh pagi tu, cam celebrate birthday la kann. So awal-awal pagi lagi kami dah siap-siap masak segala juadah...bukan awal pagi lagi dari jumaat malam tu lagi dah sibuk-sibuk. Nak jadikkan cerita kami (saya, my mak n my sister) bergilir-gilir memasak...lepas maghrib dah siap kerja potong memotong bahan (time ni saya ngelat, alasan afiya takmo tito dan takmo orang lain pegang termasuk papa; bukan sengaja atau tipu yek), saya start join pon dah dekat 12 tgh malam; masak punya masak kul 3.30 pagi baru saya tido..adik plak mangkit amik alih, mak pon tido gak. Pukul 7.00 pagi jemaah datang, gitu gini kemas lagi dekat kul 11 pagi baru settle. Mata plak dah keletihan nak terkatup jek, last2 amik port, tido jap. Mangkit-mangkit tengok dah kul 2..owww cam tak berbaloi plak nk masuk wonderland sebab dah petang, finally cancelled la kann.

Mujur alya memahami..nanti la ye kak..kita balik kampung kita singgah lah kannn.
MySpace

Lawatan tanpa dirancang...

Setelah berminggu-minggu hadif mintak nak gi zoo (ni pon gara-gara die ternampak gambar shabel a.k.a sepupu die kt fb mama), jenuh mama menjawap tiap-tiap hari. Akhirnya kami ajak dia ke zoo melaka jek..kebetulan balik menjemput derang wiken lepas. Lepas-lepas jumaat tu hujan la pulak, dah janji punya pasal kami redah je la..alhamdulillah berkat doa, hujan yang lebat tinggal gerimis jek..dapat la kami berjalan-jalan; konon nak naik tram..malangnya tram untuk petang tu dah kehabisan pulak ;( Terpaksa la menapak keliling zoo tu, ngan mengokong afiya lagi..adoiii..nak tercabut kaki, tu pon gilir-gilir ngan papa...apa pon lega rasanya dapat menunaikan kehendak hadif :D


Wednesday, December 22, 2010

Ambil tahu

Tahun baru ini masa kerja saya akan berubah dan sebelum apa-apa 'surat' dikeluarkan, ada beberapa perkara yang perlu di ambil tahu terutamanya PERATURAN INI. Secara kebetulannya pulak peraturan ni dikuat kuasakan pada Oktober 2010. Sungguh tak sangka!

Dan dengan ini saya akan dapat memberi lebih perhatian kepada keluarga dan anak-anak yang semakin membesar. Moga dipermudahkan segala urusan, aminnnn....

Tuesday, December 21, 2010

Mode: Kerinduan~

Sangat la merindui mereka bertiga ini. Mereka telah dipinjamkan kepada atok dan nenek sempena coti skolah nih. Ohh... serius sangatlah kesunyian rumah saya...dah biasa dengan hiruk pikuk (Ya Allah, macam kuat sangat bunyinya) setiap kali pulang ke rumah tiba-tiba tinggal jeritan comel Afiya jek. Sunyi sepi..bunyik cicak pon dengar. Terapi tekak tiap-tiap hari pon tak de. Rindu bangat dong :(('

Aisyah Day



Tadika ABC graduation day...but not for Aisyah..she got another one year to graduate..congratt to all teacher for a great performance....

Imbangan ^^

Tengok la saya sedang mengimbangi diri nih..hehehe
Berlagak pulak tu..tengok mama nak snap gambau tros posing camtu....