Misi Melaka Wonderland tak kesampaian.


Al-kisahnya, memang la kitaorg dah plan nak ke sana awal pagi, kebetulannya pulak aritu (25/12/2010) birthday my mak, so dia berhajat nak panggil jemaah surau bersarapan di rumah selepas kuliah subuh pagi tu, cam celebrate birthday la kann. So awal-awal pagi lagi kami dah siap-siap masak segala juadah...bukan awal pagi lagi dari jumaat malam tu lagi dah sibuk-sibuk. Nak jadikkan cerita kami (saya, my mak n my sister) bergilir-gilir memasak...lepas maghrib dah siap kerja potong memotong bahan (time ni saya ngelat, alasan afiya takmo tito dan takmo orang lain pegang termasuk papa; bukan sengaja atau tipu yek), saya start join pon dah dekat 12 tgh malam; masak punya masak kul 3.30 pagi baru saya tido..adik plak mangkit amik alih, mak pon tido gak. Pukul 7.00 pagi jemaah datang, gitu gini kemas lagi dekat kul 11 pagi baru settle. Mata plak dah keletihan nak terkatup jek, last2 amik port, tido jap. Mangkit-mangkit tengok dah kul 2..owww cam tak berbaloi plak nk masuk wonderland sebab dah petang, finally cancelled la kann.

Mujur alya memahami..nanti la ye kak..kita balik kampung kita singgah lah kannn.
MySpace