About

Friday, November 29, 2013

Kuantan | Day 1 ~ Swiss Garden Resort & Spa

Salam, moh la kite cite pasal cuti-cuti mesia kite yang tak seberapa nih. Macam biase lah, tiap kali pi bercuti misti pasal mak piya nak cuti. Walaupun tarikh cuti tu cam tak menarik kann...belum gaji kih kih. Tapi malas nak cuti-cuti lagi nanti. So sini je la percutian bajet kami, bajet ke?? Abih sume yang kat poket besau kecik hihi. Elok-elok nak berangkat, keta plak tibe-tibe tak leh start, bateri kong. Belum pape dah terduga...tapi mujur gak belum jalan kan, kot mati tengah jalan lagi le haru. Selow-selow jek travel, dalam 10 sengah gerak dari umah, cuaca pon suam-suam. Takut gak ujan, tak kemana le gamaknye nanti. 

Sampai Kuantan dalam kul 2, tapi memusing mencaik hotel tak jumpe. Memang tak mesra signboard la sini. Hotel agak ber'star' jugak kan, tapi lagi 2 km baru nampak sign. Ciss apa daaa. Kami pulak kire first taim le sampai Kuantan nih. GPS pon buat-buat mengong, kejap-kejap kua notification kenot detect. Umobile memang tak bekerjasama la kat sini. Dekat sejam rugi, balik-balik masuk jalan yang sama, adoiii..ngam-ngam kul 3 sampai hotel tu, nak cek in tak leh lagi pulak, bilik tak ready lagi katenye..hempeh kann

Macam letih benau le mama tu, ngalah orang drive keta hihi

Sementara tunggu tu, pi la jenjalan tour hotel. Cantek view dia..jakun kejap hihi. Tapi ramai jugak orang. Ingatkan pi tengah-tengah minggu orang takde, lupe cuti sekolah. Piya keje main air, kat lobby tu deco dia ala-ala pulau. Bawah sofa tu ada air. Meriah main air. Lantak la korang. Tengok keliling gamai gak anak orang lain main, takde le malu nau mama korang ni :P

View dari belakang Hotel dan Lobby

Masuk bilik cam biase le, teros nuju katil. Bukak pintu arah balkoni. Terus nampak pool. Berketuntang le memasing nak turun. Bebudak kannn. Bilik kita amik deluxe room, dua single bed. Papa derang pilih sea view, memang memahami le cik asben kite kikiki. Himpit-himpit le korang tido nanti. Dah ini je yang ada taim tu. Lambat booked. Elok gak, jimat sikit haha. Ni kita sempat snap gamba bilik lepas budak-budak turun nak pi makan malam. Nampak le kemas sikit kann. Iron board tu anak dara kite iron tudung, pandai melawa dahhh :)

The Room...siap bawak bekal ko, nampak tak tupperware tu :P

Tak sempat papa nak rehat, bising dah bebudak nih nak mandi pool tu. Piya pon sama. Di congkil-congkil nye mata papa hahaha. Mama malas nak layan, nak tido! Dalam kul 5 baru mama turun pasal tinjau dari balkoni, kakak-kakak tinggalkan piya mandi sensorang kat pool kanak-kanak. Alahhh siyan dia. Mama turun la teman. Pool ada 3 jenis. Satu tuk kanak-kanak, satu dewasa dan yang tengah kecik tu jakuzi. Suam-suam air dia. Sempat le mama berendam kaki situ hihi. Tapi ada had umo, bawah 16 taon tak leh. Tapi macam le life guard sana cek IC kann. Bising! Asek dengar bunyik wisel bile ada jek budak kecik masuk situ. 

Pool kegilaan kekanak

Dah letih duk lam air, mule le lapau memasing. Padahal baru je kul nam lebih camtu. So jom la klua caik makan. Gugel-gugel tempat makan kata kat Tanjung Lumpur best. Samapi sana nengok ada kedai 'Ana Ikan Bakar Petai'. Alahaiii ini kat Bangi pon ada, jauh-jauh jalan takkan nak makan sini. Pi la sebelah dia nama kedai 'Super Top'. Buleh tahan ramai tapi makanan dia....phfjkdjhh...ntah hape-hape rase. Mahal pulak tu! Keciwe di situ. Pasal dah lapa, habih gak le. Gamba pon tak lalu nak amik kikiki. Tu je aktiviti ari pertama. Sampai hotel membongkang sume...

Yehaaaa!! Muke lapau memasing lepas penat berendam

Wednesday, November 27, 2013

Forever Favourite

Ce teka kat mana ni..
Yeaa betull...ini lah Fuji Bamboo Garden
Antara tempat idaman yang ingin sangat dilawati selain lavender garden di Tomita Farm Jepun
Serius cantek! 
Mungkinkah tercapai impian? Insyaallah kann :)
Berangan kuat ek, negara sendiri pon tak abih rayau lagi *sigh*
Ala-ala nyanyi lagu kalau aku kaya laaa nih..sume nak buat
Jom kite sesama wat rombongan cik kiah nak hihi

Sent from my BlackBerry 10 smartphone

Tuesday, November 26, 2013

Melompat Lebih Tinggi

Takde mende nak share le nih.
Nak bukak cite percotian cam suam suam jek mood ni ari.
Keje takde banyak nau, malas yang banyak kikiki.
Saya dah banyak kali terai amik gambau time aksi melompat tapi jarang menjadik!
Ini pon ntah brape kali test, kire buleh la kannn.
Kemere henpon ye ponn. Quality so so je la.
Melompat ke bintang!
Nasib mama tersedar ada isik lam pewot, tidak kalu misti dah join, ku petik bintang.
Ehhh sensiang manade bintang kann hihihi

Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Monday, November 25, 2013

Wedding Huda

Cuti dah abessss...hua stresss rase! Nak sambung cuti lagi dan lagi dan lagi laaaa. Hamboi kemain kann. Minggu lepas menghilangkan diri, pi amik angin laut. Emmmm nyaman! Oh yaaa..kami bercuti kat Kuantan aje. Itu cite cuti-cuti kendian update, pasal gambau tak susun elok lagi. Ecehhh...

Gamba cuik dari bawah pentas hihi
Balik tu sempat lagi pi umah Kak Ani a.k.a ibuhani, wedding Huda anak dara dia. Cantek jelite! Kak Ani, Fara ngan Nana pon cantek. Berseri semua dengan baju putih merah! Kami sampai pon dah lewat, dekat kul 3, maklum la bereskan keje-keje mendobi baju 2-3 beg dulu kann. Ngan sesat lagi, Kuala Pilah je ponnnn hahaha..ngengado!

Kak Ani nampak kecik dari kita, ohhh no...pipiku semakin gebus kikiki
Tengkiu akak, jemput kite. Gagah gak kita pi pasal teringin nak makan lauk kenduri. Dah lama tak attend wedding lagipun, itu yang beria ngajak cik asben. Berselero den makan, berpoloh! Sodap bona rondang minang heh yang podeh kemahin haha. Tahniah kak dapat menantu. Untuk Huda, selamat pengantin baru, semoga berbahagia hingga firdausi..aminnn.

Tuesday, November 19, 2013

Apiya Apiya

Nama yang ada huruf 'f' memang biasenya akan jadik 'p' kann. Dedulu saya konon tak nak terhasut ngan sume orang yang sebut apiya. Last-last....hahaha. Dah dia pon sebut nama dia gitu. Ini apiya ungnga (punya), ini apiya ayish (tulis). Tangok ni kakak uwat apiya. Pelat german tak abih abih.

Wiken tu ari jenjalan mencari anak dara dua orang tu punya sneakers shoes. Pasal derang pon dah memang takde kasut, mama pon layan la. Beli yang murah-murah je pon. Budak-budak kan cepat besa, kang kejap je tak muat. Maka takyah la korang berangan nak 'converse' bagai. Kedekutnye mama dia hahaha. Anak dah gamai kena bajet-bajet ^_^

Pastu sebok la dak piya ni nak beg. Tibe-tibe jekkkk. Siap nangih-nangih. Tak kesampaian ati mama dia yang selembut tisu ini...yarkkk kakakaka. Misti dia dok ingat nak pi skolah dah. Padahal sekolah pon mama tak caik lagi. Konon taknak anta tadika yang sama ngan kakak-kakak dulu. Nak tengok suasana lain. Dah survey-survey, Little Caliph, Genius Aulad, Al-Abqary tapi macam mahal je. Pulak tu tak full-day. Ingat nak terai Brainy Bunch, nampak menarik tapi agak jauh sikit dari umah, kat seksyen 3. Haishh..susah jugak nak caik tadika. Taim alya aisyah dulu senang jek, pasal tak banyak lagi tadika taim tu. And Tadika ABC tu la yang terbest. Even sekarang pon best jugak cume saje ngengade mama nak test yang lain. Tak pe la, ada masa lagi, piya pon baru 3 taon lebih. 

Muke eksen pandai buat peace 

Monday, November 18, 2013

Hari Anugerah Sekolah

Salam senin yang indah..ecehhh...Tibe tibe sangat. Selalu senin paling maleh kan tapi ni ari cam gajin pasal luse nak bercutian. Yehaaaa....eksen nau ek, padahal orang lain dah lama pi bercuti tu. Sebelum cite panjang moh dengar anak-anak SRA Sg Ramal Dalam berdoa khatam Quran. Saya rakam pasal admire kat sore leader dia tu, nama Aiman kalau tak silap. Comey budaknya. Serak-serak basah sore dia. Sore Ustaz pon best..hamboiii! kih kih


Last week memana skola pon ada Majlis Anugerah Kecemerlangan, sama la skola Alya Aisyah. Anak-anak saya kategori biase-biase jek, tak de le cemerlang dan takde le teruk. Yang sedang sedang aje. Tapi alhamdulillah, tetiap tahun ada improvement.

Ini hari rabu lepas, Alya dapat hadiah mata pelajaran terbaik dalam darjah 4, Bahasa Malaysia Penulisan. Wah boleh take over keje mem'blogging' mama dia nih hihi. Perlu ke? Mama pon tak terror, bahase rojak haha. Walaupun hadiah tu je, saya tetap pegi, papa dia jugak, sebagai galakkan. Sekurang-kurangnya dia bangga naik pentas mama papa tepuk tangan kat bawah. Dia dapat anugerah Jauhari Nilam gangsa jugak. Gud job kakak! 


Jumaat, turn skola agama pulak. Ada majlis khatam Quran sekali. Dua-dua alya aisyah dapat hadiah kedudukan terbaik dalam kelas. Alhamdulillah! Tak sangka pon. Pasal dua beradik ni memang tak nampak langsung belajarnya. Main je banyak. 


Aisyah eksen lebih dari kakak, pasal dia dapat no 1, kakak no 3. Kakak stended le, jeles! Eleh darjah 2 senang kate dia. Gaduh adik beradik le tu. Gasak le korang. Bagus jugak derang gaduh-gaduh, buleh compete each other. Sebab sape excel dia dapat reward. Tapi takde le sampai bagi keta kann. Opsss!


Mama pon tumpang tayang muke. Muke hidung kembang hihi. Bukan takat mereka naik pentas mama sebak, sesume budak pon. Terutama taim pengumuman tokoh pelajar, mak pak budak tu tak nangih pon kat atas pentas tu, mama orang lain yang tacing lebih. Dah kenapa pulak kann. Teringat taim kite kecik-kecik naik pentas, agaknye sama je perasaan mak abah kite taim tu kann. 

Friday, November 08, 2013

Laksa dan Cendol

Suke makan laksa? Suke minum cendol? Macam suke je, macam suke jer hahaha...
Makan laksa misti ada cendol, minum cendol misti laksa ada sekali. Pakej! Baru best kann. Adoii tetibe cite pasal makan. Saya ni, cendol tak le suke nau, tapi buleh layan la. Laksa kedah especially memang kesukaan. Teringat dedulu taim study kat UUM, tiap kali pi alor staq misti singgah beli cendol pulut, alahh pe nama tempat tu ek alahai memang serius tak ingat. Short term memory lost haha. Lama dah kot, 13 taon dah tinggalkan. Tapi dia punya rasa memang sedap. Kalau tak sedap tak de saya nak singgah beli tetiap kali lalu situ kann. Itu kalau pi ngan keta le, kot naik bas nak singgah cemana.

Geng minum cendol dedulu
Kat Bangi ni banyak je orang jual, nak kate sedap sesangat tu ntah le, pasal saya bab-bab nak bagi star-star ni tak brape nak pandai. Jangan panggil saya jadi judge or food tester yek hihi. Kirekan tekak saya, sedap jek semua. Saya besa pi 3 tempat jek kat Bangi nih. Memule dulu selalu beli yang kat depan kilang Denso tu. Meletup letup rase dia, cepat jek abis. Kat seksyen 4 tambahan tu saya rasa cam ok ok jek, tak de sedap sampai tak leh lupa. Cume situ dah penah masuk JJCM kat TB3, itu yang orang gamai. Sekarang ni saya suke beli yang kat Seksyen 9, belakang Manjaku Baby Centre atau depan ngan Makcik Bakery. Tak tau le korang tahu ke tak. Saya cite macam korang biase je ngan Bangi kann, jangan marah aaa. Buat-buat tahu je le. 

Latest, yang kat gamba bawah ni, cendol gune santan kelapa sawit. Tak brape nak manis la. Lokasi Seksyen 7, depan Kedai Speedmart.  Ok ok jugak rasenya. Laksa dia kureng sikit, adik kat Seksyen 9 tu best lagi. Tapi yang bestnye semua tempat ni lokasi bawah pokok. Memang nak makan ngan minum cendol kena bawah pokok kot, baru feel. So kalau datang Bangi leh terai. Tapi kalau korang rasa tak sedap jangan salahkan saya yek, tekak saya memang tak geti kata tak best hahaha.

Cendol guna santan kelapa sawit; Sek 7 Bdr Baru Bangi

Wednesday, November 06, 2013

Merancang Itu Perlu

Saat hati berkata "INGIN", ALLAH berkata "TUNGGU". Saat "AIR MATA" menitis, ALLAH berkata "SENYUM". Saat segalanya terasa "GAGAL", ALLAH berkata "TERUSLAH MELANGKAH". Kita merancang ALLAH juga merancang tetapi rancangan ALLAH adalah sebaik-baik rancangan..


Salam semua...amboi intro kita...motivasi sikit. Kembali bekerja lepas cuti rehat 4 ari. Adoii malas benau rasenya. Dasar pemaleh kann hikk. Dah tengok ke kalender 2014? Bagus jugak ada orang share kalender ni kan. Buleh la plan apa-apa yang patot. Tak lama dah pon lagi nak abih taon. The first thing, kita tengok tarikh EDD, end of April. Tengok cuti sekolah. Ada dekat sebulan lagi sebelum cuti sekolah..alamak! Dah mule le pening-pening pikir pasal Hadif. Anak bujang tu memang harapkan mama dia ni anta jemput. Penah setahun je dapat naik van. Itu pon taim bersalinkan piya. Ntah cemana, rezeki taim tu dapat van untuk anta ngan jemput. Cume bayau mahal le, segatos sebulan..fuhhh mahal gilerrr. Dah terdesak kan, memang harung je le mahal pon.

Kali ni memang osah la susah nak caik. Tu ari duk pujuk-pujuk abah saya duk Bangi sebulan, taim saya pantang. Mak saya memang ok, abah je susah sikit. Tapi tu ari nampak cam setuju jek, tak tau la nanti tetibe kensel..harap-harap tak lahh kan. Nak harapkan asben saya, memang tak lahhh. Dia keje nun kat Wangsa Maju, cemana le nak bekejar balik amik budak skolah. Anak dara dua orang tu, bleh naik van cam taon lepas, taon ni jek ngengade nak mama jemput. Selain dari tu kite takde plan ape-ape pon, cume jeling-jeling cuti umum jek hihihi. Stended le orang keje kan, sape tak suke cuti.

sawan cermin, cermin pon dah comot kih kih
Latest selfie picture...kikiki. Musim orang sebut 'selfie' ni kann. Dak piya takde, dia tido lagi arini. Kalau tak misti sebok nak join ber'selfie'. Still menten lagi kann. Selim melim lagi hihi. Dah memang kecik lagi pon. Berat pon dah turun dah. Terkejut jugak..ecehhh pura-pura. Padahal dah leh agak :P

Tuesday, November 05, 2013

Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah......1435H
Semoga kita menjadi hambaNYA yang lebih baik
Ameeen


Friday, November 01, 2013

Inilah Kehidupan

Salam Jumaat, di hari pertama bulan November. Hujan setiap hari mengundang kesejukkan dan jugak kemalasan. Memule kite nak tunjuk punch card kite sepanjang bulan lepas..hihi. Cemerlang! Kan saya dah bagi tahu yang saya malas sangat sekarang, haaa ini la jadiknye. Tapi walau lambat saya cover waktu petang. So tak de la rasa bersalah sangat kih kih


Sebenar-benarnya, energy level saya di kala pulang kerja sangat la di tahap bahaya, makanye semua keje-keja surirumah ecehhh..saya bring forward ke pagi. Bangkit awal, lipat baju, basuh baju, sidai baju, gosok baju...semua berkaitan ngan baju kikiki. Anak gamai kann. Baju pon berbakul-bakul ko...Tu pasal le lambat. Jangan tiru kite yek...memalam memang lah saya wikipidea ehhh weak sangat. Lepas sesiapkan makan seisi umah, kemas ala kadar, kul sembilan setengah ke sepuluh saya dah 'selamat malam'. Kenot do anything dahhh..piya pon la ni dah pandai tido ngan papa, olohh siyan dia. Tapi nak wat cane kann..

Arini akak mimi korang ni nak keja gajin-gajin sikit. Pasal minggu depan akak nak cuti hihi..cuti lagi. Ala kejap je, sok kan ghaye sambung tros sampai awal muharam. Nanti cuti skolah baru cuti panjang sikit. Mau makan angin. Tapi dekat-dekat jek, keadaan kesihatan tak mengijinkan huk huk. Senin tu saya nak setel kan hal-hal sekolah Hadif ngan Piya. Ohhh piya dah nak skolah dah. Dah besau anak mama tsk tsk. Ok dah tak leh cite panjang, bos sudah masukkkk kikiki...selamat berhujung minggu!