About

Monday, December 22, 2014

Syoknya Kenduri Kawen

Salam..musim cuti skolah ni rancak semua kan. Kenduri sana sini. Musim mengawan katenye ekekekeke. Kita pon tak ketinggalan la memeriahkan. Tapi biasenya gi yang ada kena-kena batang idong je la. Kot kawan tengok tempat. Kalau dewan kite ok. Pasal sedikit selesa la kann. Tahu je la hadif tu cane. Dia paling tak suke pegi tempat-tempat crowded camgini. Kot terpaksa pegi pon, cepat je balik. Makan laju-laju, jumpa pengantin, salam-salam, amik-amik gamba tros cauuu..hahaha...mahap la! Kekadang time ni la nak jumpa sedara-mara sume kan, tapi itu la...harap-harap sedara mara paham dengan keadaan situasi kite :)

Ni kat umah pakcik asben kite, kat kluang. Nak bergamba ngan pengantin kena Q. Amik ngan mak pak pengantin je lahhh hihi


Sekarang kan trend buat photobooth, paling suka la budak-budak ni. Abih sume benda nak amik gamba, ada macam-macam lagi tak kuasa nak pilih hihi..


Ni kat banting, jiran nenek kita. Makcik derang ni best freind saya masa skolah. Kiri dan kanan saya tu, depa twin. Dah bertahun gak tak bersua. Belakang saya mak dan makcik-makcik saya. Pon takde pangantin ekekekeke. Sori kitaorang ni dah lama tak duk ateh pelamin tu yang eksaited ngambek gamba sampai lupa nak ajak pengantin :P


Yang ini pulak, umah pakcik asben lagi, kat segamat. Gamba pengantin tu alya yang snap. Lepas berarak ni teros balik je kitaorang, tu yang amik gamba cenggitu jek. Sebenarnya nak amik gambau syaqir ngan anak sepupu tu tapi dedua tak nak..mak-mak yang over hihi.

Thursday, December 18, 2014

Mama Ni OCD lahh...grrrrrr

Terkejut kann bile tetiba budak pandai sebut OCD. Si Aisyah le kata nih. Orang dewasa pon belum tentu tahu OCD tu apatah lagi budak-budak kannn. Korang tahu ke OCD tu apa. Haaa...cepat gugel ekekeke. OCD tu adalah Obsessive Compulsive Disorder melayunya Obsesif Kompulsif. Ia kategori gangguan mental gak la, macam selalu panik, cemas, tertekan dan selalu buat sesuatu tindakan berulang-ulang. Contoh paling senang, selalu rasa was-was akan kebersihan tangan dan kerap cuci tangan atau pon kejap-kejap pegi cek pintu betul ke dah tutup, susun barang kemas-kemas dan lain-lain lagi lah. Dan tindakan tu semua adalah di bawah sedar. Nak detail korang gali-gali le sendirik yek. Maleh lak mak nak cite kikiki.

Terjadinya ini, bila satu petang tu saya balik keja dan start enjin bebel. Mana taknya sejak-sejak cuti sekolah ni memacam perangai derang. Ntah apa-apa dibuatnya. Umah tu toksah cite le...serabut. Agak-agak taim saya nak balik baru le kelam kabut kemas. Selalunya memang saya tak puas hati le dengan hasil kemasan derang. Tu yang tetiba Aisyah kata saya ni OCD. Suke kemas balik apa yang derang dah kemas hahaha..OCD ke tu ek ekekeke.

Memula pelik gak saya mana dia tahu tu kan. Rupanya kat cite boboiboy, mama zila ada penyakit tu. Cheh!! Tapi kalau saya duduk-duduk, rilek-rilek saya rasa macam betullah pulakk. Ada la sikit-sikit, tak la kritikal sangat. Contoh macam lipat baju kalau dah dilipat orang lain saya betulkan. Kena pasti kan betol simetrinya, sidai baju pon. Pepagi sebelum masuk keta saya ubah-ubah dulu baju yang dah disidai oleh asben saya malamnya. Semua la benda dalam umah tu saya suke saya yang buat sebab kalau orang lain buat saya betulkan jugak. Keja opis pon sama. Adoiyaiii...ni semua faktor usia la ni kotttt...korang ada ke yang sama ngan saya haha...

Wednesday, December 17, 2014

Jangan Tiru Aksi Ini

Salam...sementara mood tak mari lagi ni, tepek gambau syaqir ngan gaya duduk kat car seat. Persis profesional dah dia huhu...dulu tak mau duduk seat la ni lain pulak pesen dia. Mama yang nebes kat sebelah. Belt tak mo pakai..kalau ikat gak hadap la tangisan sepanjang jalan. 

Friday, December 05, 2014

Havoc Havoc

Salam.....taraaaa...dan apabila pompuan-pompuan ini bertemu...havoc! Ex-SDDSian..class of 1992

Ce perati sape le yang paling gedikkk  tu ekekeke

Planning sebulan untuk merealisasi kan detik ini...ecewahhhh. Bincang-bincang thru watsap ngan FB je. Perjumpaan pertama ni kami decide untuk grup pompuan dulu. Sebenarnya kami belum berkeyakinan nak buat gathering campuran. Maklum le memasing dah tukau saiz badan haha.

Memacam aksi kengkawan den ni haaa

Kejadian ini adalah pada 29hb Nov 2014 yang lalu bersamaan dengan hari sabtu. Lokasi pilihan adalah umah salah sorang dari kami, Suriyana, kat Taman Tasik Utama Ayer Keroh. Tak ramai pon yang sempat join. Adalah 12 orang semua. Makanan kitorang bawak potlak. Penuh meja dak yana. Ada sate, nasik impit, rendang ayam, rendang kerang, nasik arab, roti jala, kek cekelat...haaaa memacam kann. Alhamdulillah...kekenyangan. Tak abih pon, banyak nau! Gamba kat kemera sendiri ada sikit jek..dah kata jumpa nak sembang kann takde le kluakan tepon. Ni ehsan dari admin grup. Lama gak kitorang lepak sini, asben-asben yang ada terpaksa la layankan ekekeke. Tak ramai pon yang bawak asben, 3 orang jek, pepandai le sesuaikan diri kann. Terima kasih pada admin kitorang yang berusaha menemukan kami semua nih. Terasa kejap nau jumpanya, tak abih borak. Cerita 22 tahun kann..memang tak abih le takat 5 jam jumpa. Insyaallah kalau berkesempatan kita buat lagi camgini ek...

Thursday, December 04, 2014

Selamaku Bernafas

Salam semua...
Ni nama dia pengaruh drama siri. Sampaikan tajuk lagu pon nak tiru. Lama-lama tengok Syafiq Kyle tu rase ensem lak dia ehhh kikikiki. Best la jugak cite tu walau tak follow sangat. 

Minggu ni kita demam berjemaah ngan Syaqir. Kalau dah dua-dua tumbang sapa jaga sapa nih? Saya yang kena dulu, pakej selsema batok. Balik kampung wiken tu ari kena ujan, tu yang melarat ke demam. Senin tu pegi gak keja pasal nak setelkan gaji staff, selasa ada kursus GST, baru berkesempatan nak pi pon. Tu pon tak abih sampai tengah ari jek, taska cal bagitahu syaqir demam, asyik menangih je. Langsung tak fokus dah mama berkursus. Setel je sesi tengah ari tu, terus cabut. Bawak dia klinik, Syaqir ada lak ruam yang agak terok kat leher, tu ari pharmacist kata enzima. Doktor lak kata virus infection bukan enzima sebab dia kena setempat jek. Apa-apa je la asal kan bagi ubat kasik elok. Kesian dia duk menggaru, tak selesa. Malam-malam lagi la tak lena tido, tido sejam bangun, sejam bangun aduhaiii. Arini nampak ok dah demamnya, mama pon bole la pegi keja walau masih sengal-sengal kepala tak cukup tido, selsema batuk pon masih berbaki. Kita kalau sakit boleh gak gagah lagi buat tu ini...kalau budak kecik lahaii..nangis merengek je kann, Syafakallah anakku...