About

Friday, December 05, 2014

Havoc Havoc

Salam.....taraaaa...dan apabila pompuan-pompuan ini bertemu...havoc! Ex-SDDSian..class of 1992

Ce perati sape le yang paling gedikkk  tu ekekeke

Planning sebulan untuk merealisasi kan detik ini...ecewahhhh. Bincang-bincang thru watsap ngan FB je. Perjumpaan pertama ni kami decide untuk grup pompuan dulu. Sebenarnya kami belum berkeyakinan nak buat gathering campuran. Maklum le memasing dah tukau saiz badan haha.

Memacam aksi kengkawan den ni haaa

Kejadian ini adalah pada 29hb Nov 2014 yang lalu bersamaan dengan hari sabtu. Lokasi pilihan adalah umah salah sorang dari kami, Suriyana, kat Taman Tasik Utama Ayer Keroh. Tak ramai pon yang sempat join. Adalah 12 orang semua. Makanan kitorang bawak potlak. Penuh meja dak yana. Ada sate, nasik impit, rendang ayam, rendang kerang, nasik arab, roti jala, kek cekelat...haaaa memacam kann. Alhamdulillah...kekenyangan. Tak abih pon, banyak nau! Gamba kat kemera sendiri ada sikit jek..dah kata jumpa nak sembang kann takde le kluakan tepon. Ni ehsan dari admin grup. Lama gak kitorang lepak sini, asben-asben yang ada terpaksa la layankan ekekeke. Tak ramai pon yang bawak asben, 3 orang jek, pepandai le sesuaikan diri kann. Terima kasih pada admin kitorang yang berusaha menemukan kami semua nih. Terasa kejap nau jumpanya, tak abih borak. Cerita 22 tahun kann..memang tak abih le takat 5 jam jumpa. Insyaallah kalau berkesempatan kita buat lagi camgini ek...

4 comments:

  1. ni gathering kengkawan sekolah ke uni ni kak? he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohh lupa mention ek hihi
      kawan skolah farah..class of 92
      kalau 22 taon tak jumpa kawan uni agak-agak brape ler umo akk yekk ekekeke

      Delete
  2. Seronok jumpa kawan kawan lama kan.

    ReplyDelete