About

Saturday, January 31, 2009

Birthday Alya

Buat Alya~ Selamat menyambut hari lahir yang ke-6.
Tahun ini sekali lagi sambutan di adakan di Taska. Tahun depan alya dah request untuk adakan sambutan di rumah pula. Jemu agaknya dah dua tahun sambut di taska. Insyaallah kak akan mama usahakan. Tahun ni alya dapat merakamkan detik-detik gembira dia sebab teacher dah pandai gune digital camera hee..



Hadiah atas permintaan dan pilihan die sendiri.

Thursday, January 29, 2009

Surat Cinta

Al-kisahnya pada tanggal 21hb yang lalu, saya telah mendapat surat cinta dari abang yang berunifrom putih. Arggg geram sungguh, kesal pon ada jugak. Teringat lagi ketika tu di pejabat jam menunjukkan pukul 10.30 pagi, bos menyuruh saya ke putrajaya menguruskan permohonan naik kelas syarikat kami. Dah la semalam dua kali saya berulang alik ke MECD tu, hari ni kena pergi lagi. Aduh letihnya. Sudah la tu di suruh pulak saya singgah ke Immigration uruskan hal pembantu rumah. Saya tak ada masalah nak menolong cume yang menjadi masalah timing tu tak kena, sebab saya mempunyai rutin harian menjemput hadif dari sekolah. Hadif pulak keluar pukul 12.00 tengahari. Tu yang buat saya agak kelam kabut. Bukan apa risau terlewat, hadif tu bukan boleh lambat sikit, kang mula la nak menangis, takut mama die tak datang.
Saya ke immi dulu settle urusan di sana, jam dah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Saya ada setengah jam lg untuk bergegas ke MECD sebelum ke sekolah hadif. Nak dijadikan cerita saya pon parking je la kereta comel saya tu di tepi tangga bangunan MECD tu. Kebetulan saya lihat begitu banyak sekali kereta 'memarking' di sana. Lagipun saya hanya nak mengambil surat proses dari pegawai PKK sahaja, jadi tidak la memakan masa yang panjang. Selepas mengambil surat saya pon bergegas turun, sampai-sampai ditangga saya lihat ade sehelai kertas cantik terselit di wipper kereta berkibar-kibar ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa tu dan tidak jauh dari situ selang beberapa biji kereta kelihatan seseorang berbaju putih sedang menulis-nulis sesuatu. Sah lah saman sudah di keluarkan. Nak rayu-rayu pon dah tak gune. Saya dengan selamba menarik kertas saman tu, masuk kereta dan terus beredar. Yang bestnya saya sempat menoleh abang polis tu dengan senyuman manis sambil mengangkat tangan. Hahaha...nak nyesal pon tak gunakan. Redha je la, memang salah sendiri pon..padan muka. Berapa la nak kena bayar tu ek...rabak lagi poket.

Kesalahan yang dibulatkan itu:
(Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalan raya. Seksyen 16(1) Kaedah-kaedah Pengankutan Jalan L.N. 166/59)

Nota kaki: mana ada galangan kereta lain boleh lalu lagi la.

Thursday, January 22, 2009

100 sudaaa

Wah..wah....sungguh tidak saya sangka, saya dah berjaya menge'post' 100 posting di blog saya. Kagum sungguh. Hehehe mungkin pada sesetengah orang ia adalah perkara biase tapi tidak bagi saya kerana dalam kesibukan bekerja, mengurus rumahtangga dan melayan kerenah anak-anak sempat jugak saya menghasilkan sesuatu. Tahniah buat saya sendiri.

Wednesday, January 21, 2009

Suka duka 2008

Sedar tak sedar sudah hampir sebulan saya menjalani hidup di tahun 2009 ini. Rasanya belum terlewat untuk saya kongsikan bersama antara peristiwa-peristiwa penting saat suka dan duka saya tahun lepas.

Januari
  • Hadif memulakan era persekolahan di sekolah kebangsaan kelas pendidikan khas. Teramatlah risaunya sebab hari pertama dia dah moody, nangis dan mengamuk sampai tangan luka kena cermin tingkap. Tapi tu hari pertama je selepas itu dia dah mula menyesuaikan diri dan tidak menimbulkan banyak masalah. Lega!
  • Juga bulan kelahiran Alya, sambutan di adakan di taska. Malangnya teacher tak pandai menggunakan kamera digital, jadi tiada gambar kenangan buat alya. Walaubagaimanapun kegembiraan jelas terpancar di wajah comelnya. Tambahan bila papanya menghadiahkan mainan rumah besar untuk dia. Si comel aisyah cemburu ketika itu.
Febuari
  • Bulan kelahiran my dearest hubby. Tiada sambutan sebab dia tidak mahu kononnya dia dah tua untuk menyambut. Adakah patut? Hadiah? hehehe sori my dear ketika itu keadaan ekonomi saya memang kritikal, company baru je dapat projek, jadi urusan gaji agak lewat dan banyak hutang-hutang tetap saya tertangguh. Maaf, Insyaallah tahun depan k..double promise;)
Mac
  • Mengadakan sambutan hari lahir atuk secara mengejut. Makanan secara 'pot lak'. Hadiahkan t-shirt je tapi atuk selalu pakai hehehe. Pembantu di pejabat berhenti kerja, aduh letih nak kena buat sume kerja. Ketika tu tension tak terkata rasa nak berhenti kerja.
April
  • Lega dapat pengganti untuk membantu kerja-kerja di pejabat. Kebetulan dia seorang yang independant dan easy going. Kitaorang bole ngam dalam masa beberapa jam jek. You are the best la ta..muaah
Mei
  • Mula belajar memblogging. Tu pon hasil hasutan ita (kawan sepejabat). Dia teruja nak buat perniagaan internet melalui adsense. Beria-ia dia dapatkan info bagai. Saya hanya bagi galakkan je la. Asalnya tak berapa nak minat blogging sebab tak tahu nak cerita apa tapi bile dah mula terasa seronok pulak.
  • Harga petrol naik mendadak ketika itu. Teringat lagi dimalam sebelum harga naik punyala sesak semua stesen minyak. Masing-masing nak ambil peluang memenuhkan tangki termasuk la saya.
  • Sambutan hari ibu khas buat nenek dan mak juga mak cik-makcik yang telah bergelar ibu termasukla saya. Hee~
Jun
  • Bulan kelahiran 2 orang anak saya, hadif dan aisyah. Kedua-duanya disambut di taska. Ada saya kongsikan dengan anda aksi-aksi mereka di post yang lepas.
  • Pemberian rebate cukai jalan bermula. Saya antara orang yang tak sabar-sabar nak tuntut. Rezeki jangan ditolakkan.
Julai
  • Paling banyak sambutan hari lahir di bulan ini. Bermula dengan adik lelaki, adik perempuan dan abah. Juga ulangtahun perkahwinan mak dan saya sendiri.
  • Sambutan hari bapa di rumah saya, dihadiri oleh abah dan pak cik-pak cik.
  • Panyakit abah mula dikesan. Paru-paru dijangkiti kuman.
  • Cikukunya mula menyerang sanak saudara di kampung termasuk atuk, nenek, abah dan pak cik. Alhamdulillah dikesan awal.
  • Ita (kawan sepejabat) mendapat tawaran menjadi cikgu sandaran. Hilang lagi seorang sahabat. Sedih sangat. All The best to you ta.
Ogos
  • Meraikan kejayaan adik ipar, hanim yang telah menamatkan pengajian di USM. Menghadiri majlis konvokesyen dia yang kebetulan jatuh pada musim cuti sekolah.
  • Abah sakit lagi, asyik keluar masuk hospital.
  • Mendapat pengganti ita. Seorang yang masih baru di bidang pekerjaan. Kena lebih menunjuk ajar.
September
  • Bulan ramadhan kembali. Kali ini alya saya latih berpuasa. Alhamdulillah penuh sebulan.
  • Mula mempelajari membeli belah secara online terutama perfume dan hanbag.
  • Berkenalan dengan ramai sahabat di alam maya melalui foruming.
  • Bulan kelahiran saya sendiri. My dearest hubby menghadiahkan sebuah jam tangan. Terima kasih B.
Oktober
  • Hari raya aidilfitri saya sambut di rumah mak melaka. Alya paling beraya sebab puasa penuh. Koleksi duit raya pon bertambah.
  • Bertambah bilangan anak buah, sepupu saya melahirkan anak lelaki, Iman.
November
  • Adik perempuan saya pula melahirkan anak ke-4, Auni. Alamak dah lawan kakak nampak. Hee~
  • Penyakit abah makin teruk. Tak boleh buat kerja langsung, sesak nafas.
  • Sambutan kenduri aqiqah iman dan ulangtahun perkahwinan umminya.
Disember
  • Bulan paling kritikal buat abah, hingga di tempatkan di ICU. Sering kali saya berulang alik ke hospital melaka melawat abah. Ketika itu hari-hari saya penuh dengan debaran.
  • Abah dikesan kononnya terkena buatan orang. Saya sampai sekarang masih samar-samar tentang kebenarannya.
  • Sambutan raya aidil adha di rumah mertua. Koraban 2 ekor lembu.
  • Bulan kelahiran mak. Tiada sambutan hanya membelikan sebiji kek. Itu pun kebetulan mak datang ke rumah saya untuk berubat abah secara tradisional.
  • Alhamdulillah kami menjumpai sesorang yang telah berjaya merawat abah itu pun dengan izin Allah Taala. Lega saya tidak terkata.
  • Penutup tirai tahun 2008 saya diserang cirit birit, muntah-muntah dan demam.
Walaupun segalanya telah berlalu namun semuanya masih terpahat kemas di ingatan saya. Apa jua kesusahan yang saya alami saya anggap itu hanyalah sekelumit ujian Allah buat saya dan saya redha. Semoga saya tabah menjalani kehidupan saya tahun ini dan tahun mendatang insyaallah jika dipanjangkan umur.


Thursday, January 08, 2009

Pening

Hari ini baru 8hb tapi poket dah semakin menipis, macamana nak lalui lagi 22 hari ni. Awal tahun memang agak ketat sikit kewangan kami sekeluarga. Tahun ni 2 org anak di taska, hanya Hadif sahaja di sekolah kebangsaan. Mana tak kering kan.. paham je la yuran taska lagi berganda dari yuran sekolah kebangsaan. Nak tahu berapa....tengok resit nih.

Siap buat installment lagi...huhu segan sey! Mujur la teacher memahami keadaan kami. Tahun sudah rasanya tidak la seteruk ini. Apa nak buat kalau kami pindahkan tempat lain pon sama je yurannya. Nak tak nak bayar je la.

Pulak tu time-time ni la heater nak rosak. Kena ganti lagi. Terbang lagi duit. Bukan apa nanti liat pulak nak ngejutkan budak-budak ni kalau tak dapat mandi air panas. Gitu la anak-anak sekarang, dibandingkan dengan saya dulu jauh sangat bezanya. Tapi bak kata iklan kat tv tu zaman berubah kan...

Wednesday, January 07, 2009

Jalan-jalan cari pasal

Tengah hari tadi saya sempat menyinggah ke sebuah kedai buku, mula-mula tu hanya nak menjamu mata sahaja. Tup tup terpandang kat rak tu novel yang saya cari-cari selama ini, 'Ayat-ayat Cinta', apa lagi rembat la. Asalnya nak ambil satu je tapi saya terjatuh cinta pulak dengan pandangan pertama novel 'kasih tak terungkap' tu. Lama jugak saya terpaku kat sana memikirkan nak beli ke tak, kalau beli kempisla poket lagi bulan ni, tak beli nanti teringat-ingat pulak. Akhirnya beli jugak. Tu la sapa suh gatal-gatal kaki masuk kedai tu kan.

UK oh UK

Lewat petang semalam, hubby menyampaikan berita yang kemungkinan dia akan ke UK. Uik! Ulu Kelang ke Ulu Kinta? hahaha tak kan la...saja la buat lawak budus...of course la united kingdom. Tika itu tak dapat saya gambarkan perasan saya, gembira? tak mungkin sebab bukan saya dapat ikut pon. Sedih? emmm sedikit sebab akan berjauhan selama 2 minggu. Risau? sedikit jugak sebab kena menguruskan anak-anak dan kerja-kerja rumah sorang diri. Cemburu? Lebih dari sedikit sebab dia dapat peluang itu sedangkan saya hanya mempu berangan-angan. Yang pasti berita itu membuat mood saya sedikit terganggu semalam. Boleh tak kalau saya mendoakan dia tak jadi pergi? ngeh ngeh ngeh

Monday, January 05, 2009

Clean and clear

Tahun baru wajah baru. Setelah berhari-hari saya bertungkus lumus..amboi berianya, akhirnya siap juga rumah baru untuk blog saya. Pada asalnya saya memilih tema 'clean and clear' tetapi kebanyakkan template yang yang minat semua tak berjaya di'upload', akhirnya inilah hasil dari penat lelah 'copy and paste' saya. Tetap clean and clear kan!
Tujuan pemilihan tema ini adalah seiring dengan azam saya yang ingin berfikiran bersih tahun ini dan juga tahun-tahun akan datang insyaallah serta melupakan segala benda atau peristiwa yang hitam yang menyakitkan hati.

Friday, January 02, 2009

Tahun baru dan sakit

Di saat warga Malaysia sedang asyik countdown untuk meyambut tahun baru, di kala itu juga saya bercountdown ke bilik kecik a.k.a toilett...adusss tah apa silapnya saya diserang cirit birit malam tu. Sehingga la ke pagi tak surut-surut. Tahun baru memang sinomin dengan sakit bagi saya kerana boleh di katakan hampir setiap tahun saya akan sakit di saat orang menyambut tahun baru. Tahun ni nampaknya sejarah berulang kembali. Tapi bagi saya lebih baik sakit di awal tahun dan sihat sepanjang tahun dari sebaliknya.