Al-kisahnya pada tanggal 21hb yang lalu, saya telah mendapat surat cinta dari abang yang berunifrom putih. Arggg geram sungguh, kesal pon ada jugak. Teringat lagi ketika tu di pejabat jam menunjukkan pukul 10.30 pagi, bos menyuruh saya ke putrajaya menguruskan permohonan naik kelas syarikat kami. Dah la semalam dua kali saya berulang alik ke MECD tu, hari ni kena pergi lagi. Aduh letihnya. Sudah la tu di suruh pulak saya singgah ke Immigration uruskan hal pembantu rumah. Saya tak ada masalah nak menolong cume yang menjadi masalah timing tu tak kena, sebab saya mempunyai rutin harian menjemput hadif dari sekolah. Hadif pulak keluar pukul 12.00 tengahari. Tu yang buat saya agak kelam kabut. Bukan apa risau terlewat, hadif tu bukan boleh lambat sikit, kang mula la nak menangis, takut mama die tak datang.
Saya ke immi dulu settle urusan di sana, jam dah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Saya ada setengah jam lg untuk bergegas ke MECD sebelum ke sekolah hadif. Nak dijadikan cerita saya pon parking je la kereta comel saya tu di tepi tangga bangunan MECD tu. Kebetulan saya lihat begitu banyak sekali kereta 'memarking' di sana. Lagipun saya hanya nak mengambil surat proses dari pegawai PKK sahaja, jadi tidak la memakan masa yang panjang. Selepas mengambil surat saya pon bergegas turun, sampai-sampai ditangga saya lihat ade sehelai kertas cantik terselit di wipper kereta berkibar-kibar ditiup angin yang sepoi-sepoi bahasa tu dan tidak jauh dari situ selang beberapa biji kereta kelihatan seseorang berbaju putih sedang menulis-nulis sesuatu. Sah lah saman sudah di keluarkan. Nak rayu-rayu pon dah tak gune. Saya dengan selamba menarik kertas saman tu, masuk kereta dan terus beredar. Yang bestnya saya sempat menoleh abang polis tu dengan senyuman manis sambil mengangkat tangan. Hahaha...nak nyesal pon tak gunakan. Redha je la, memang salah sendiri pon..padan muka. Berapa la nak kena bayar tu ek...rabak lagi poket.

Kesalahan yang dibulatkan itu:
(Melakukan galangan tidak berpatutan di atas jalan raya. Seksyen 16(1) Kaedah-kaedah Pengankutan Jalan L.N. 166/59)

Nota kaki: mana ada galangan kereta lain boleh lalu lagi la.