About

Tuesday, March 31, 2015

Jalan-Jalan Sampai Sesat

Ini cerita wiken yang lepas. Eh bukan yang lepas ni..minggu yang sudah-sudah kikiki. Aktiviti jalan kaki kitaorang. Destinasi pilihan, Wetland Putrajaya. Sebelum memula perjalanan isik perot dulu. Dah sesiap masak dari umah. Yang simple-simple ajer, bihun goreng, sandwich ngan cucur lemak manih. Licinn...perot dah berat larat ke jalan nih :P


Mulanya tengok macam takde track pejalan kaki, tuk basikal ada. Tapi tengok orang lain belasah je jogging kat laluan tu. Kitaorang pon follow je la. Plan nak keliling tasik tu la.


Ingatkan dekat, jauh rupanya. Sempottt mak hihi. Apiya pon dah berapa kali merengek sakit kaki. Duk bagi semangat je kat dia, sikit lagi sampai, sikittt lagi. Padahal tengok depan jauh giler lagi kot. Tapi gagah gak lerr.



Jalan punya jalan...peluh toksah kata la..abih lencun kepala apiya hihi. Bile nak sampai nih?? Tibe-tibe nampak papa derang patah balik...sekali jalan mati daaaaa. Tak bley pusing satu round tasik, kena patah balik. Adeh aje gile nak patah balik, tak dayo dah mokcik. Hadif ok jek..menonong jek dia nak patah balik. Tak sabau nak balik le tu diaa. 


Tapinya Alya, Aisyah dan Apiya dah melepekkk cam kain buruk kat tepi jalan. Papa derang, kengkonon nak shortcut, siap panjat bukit. Nak jugak caik solution keliling tasik. Tapi jalan..jalan..dan jalan lagi. Dah tak nampak kelibat tasik hahaha. Siap lalu belakang umah-umah orang. Punya mengelak nak patah balik makin jauh pulak perjalanannya,. Kesudahannya...macam gambau atas tu...cal teksi ekekeke...lawakkk sangat! Jenuh le nak explain tempat mana kitaorang tunggu tu kat pakcik teksi. Mujur dia jumpa. Terebang sepuluh hengget tapi kalau lalu laluan keta tu memang jauh kot nak sampai semula ke tempat parking keta, adalah dalam 8 km. Dah gupe merentas desa dah kitaorang kih kih kih.


Dah kepenatan, tros singgah Alamanda. Lapau gilerrr..abih terbakau sume yang dah dimakan pagi tu. Serik dah dah jalan sana hihi...

Nota: Mood mengarang gaya orang baru baik demam dan sakit mata. Siap berjemaah ngan syaqir. Esok 1 April...kita kupas cite GST nakk...ekekekeke...tak kuasa! Hadap je le kann.

Monday, March 09, 2015

Cuti Sekolah | Muzium Kapal Selam

Salam senin semua..mai mai baca cite nih. Dah berbulan cek simpan hihi.

Aktiviti cuti sekolah yang lepas bersama anak-anak. Lepas celebrate besday nenek, saya tanya kat anak-anak buah saya yang empat orang tu "esok sapa nak ikut maklong jalan??" "Nakkkkkkkk" jawap mereka serentak..hamboih hihihi...So bagitau derang sok pagi-pagi siap nanti maklong amik kat umah. Memula ingat derang tido umah nenek, emmm tidak rupanya. Tapi tak pe pon bukan jauh nau, kat Batu Berendam jek.

Tup tup....esoknya, hujan lebat dari pagi. So? Acane nih??? Acane nih?? Kesian nye anak-anak semua, dah janji kann. Watsap derang suh tunggu ujan teduh atau reda sikit. Tunggu punya tunggu sampai lepas jemahat baru reda. Dah nyaris nak kenselll plan. Tapi janji punya pasal, pegi gak la. Cuma tak dapat le pegi tempat-tempat yang dah saya atur. So mariiii laaa...kemana? hihi


Alahaiii...tempat biase-biase jek. Asalnya pagi tu nak masuk Animal World Safari A Famosa Resort tapi dah lewat tukau plan, masuk A Famosa Cowboy Town je la. Tu memang malam kan. Lepas amik bebudak tu kat umah mereka, singgah jap habiskan masa kat Klebang. Nak masuk Cowboy Town tu lambat lagi kul nam petang. Cuaca pon sejok takkan nak minum Kokonat shake lak...nak caik kuih "Keria" yang femes tu, tak tahu kat mana kikiki...so kite jenjalan je la kat Muzium Kapal Selam.


Masuk sini kena bayau brape inggit ntah lupa dah hihi...tak mahal le tapi, dalam RM3 kot..heee~
Dalam tu sempit kemahen...hempet-hempet! Tak de pon amik gambau, dah susau nau, sebelah dukung Syaqir, sebelah lagi tangan jenjet kasut, shoe-off dalam tu..cett. Sapa nak overnite dalam tu pon boleh, bayau gak la, brapa? Tak tau gakkk ekekeke. Tapi agak-agak ada ke yang nak tido ek...macam seremmmm jek hihi. Kejap je pon jalan dalam tu, jalan sehala, no turning back. Nengok-nengok ala kadar jek. Ada cabin untuk tido, ada ala-ala bilik mesyuarat dan tempat radar-radar tu laa. 


Next..pi duk tepi pantai la pulak, amik angin laut...anak buah saya dak Farish boleh dia pegi terjun lam laut...terjerit Alya hahahaha...hadoiii pantang jumpe air. Sini dah le banyak obor-obor kang kena sengat baru tahu. Ehh ye ke sengat..apa ekk??? Lantokkk ekekeke. Kat tepi-tepi tu ade gerai makan konsep makan dalam bas tapi semua perut full lagi maka jimat le poket maklong kikiki. Tengok bas-bas tu cam rindu lak nak naik bas "Tai Lye" bas yang selalu saya naik dari Kelemak ke Melaka. Ohh ada bustel gak tau!! Bas + hotel. Bas-bas lama diubah suai jadik hotel, macam tak mahal gak la. Tapi mahap kite tak amik gambau huhu...situ dekat ngat ngan jalan raya, jadiknya saya macam terpanik tetibe nak kontrol anak yang gamaiii nau. Tu yg keja perati derang jek. Korang gugel yekk..agak osem gak idea camgitu.



Ok dah kembong telan angin, jom nuju Cowboy Town plak. Happy sungguh anak-anak semua. Nanti kita sambung later hokayyyy...jangan marah haaa..kita mau prepare material untuk meeting...

Friday, March 06, 2015

Aktiviti Hujung Minggu

Salam Jumaat semua...
Sebelum menyibukkan diri, kite usaha karang cite nih. Sejak-sejak projek dah setat ni, asek meeting jek. Pening mak hencek! Minit kena amik, kena buat le pastu kan, akaun pon kena hapdet...deyy sempot. Kadang kite pon dah konpius keja sebenau kite, ate multitasking sangatttt...haishhhh. Takyah le mikior hal kije dah, ye dak hihi. Motip kite letak gamba kite tu adalah pasal dah lama tak nengok muka sendirik pakai tudung kaler ijau. Macam alien jek rasa hihi...ohh tapi ni bukan gambau arini yek. Jumpa orang tudung ijau, jangan panggil lak kang, orang lain tu. Ni ari teman tudung kuning ekekekeke...motippp??


Taon ni anak saya Alya nak amik UPSR, pes taim kot anak nak amik peksa. Abang Hadif tak amik, so takde le feel tu. Maka tetiap wiken wajib le kitaorang kluar beriadah. Kasik sehat sikit tubuh badan, kalau tak lemau jek kann. Kire benefit gak ler kat mama dia yang dah nak masuk era 40an nih hihi. Dah ari-ari biase bizi kan, sekolah pon dari pagi sampai petang. Keluar umah gelap-gelap subuh, balik pon gelap dah nak maghrib. Aktiviti balik kampung pon dah dikurangkan pasal tiap sabtu Alya ada kelas tambahan. Akan balik kalau ada cuti panjang macam raya cina tu ari. Balik dedua kampung tido satu malam deduanya. Adil dan saksama :P


Dulu ber'enam sekarang ber'tujuh hihi...kaki kenit tu saje jek interprem. Bukan reti jalan lagi. Mama ler tolak stroller dia. Kekadang sampai lena dia dalam tu, ye le dapat angin pagi kann...syokkk jek. 


Lokasi riadah tak menentu, kalau dah lambat mangkit Tasik Cempaka jek. Rajin sikit pi Taman Botani, situ best! Orang pon tak ramai. Boleh tengok ikan sekali. 


Tapi stended le lepas tu misti bebudak ni mintak blanje bekpes. Lahaiii macam ni, mama  tak ilang le lemak kann ekekeke. Alah kite pon bukan beria nau exercise....gitu-gitu jek. Kalau boleh nak berterusan gini, terapi gak buat Hadif. Cuti sekolah tu ari rehat lama sangat, setat sekolah cikgu komplen dah tak fokus, asek berangan. Ok itu aje lahhh korang cite nye. Happy wiken semuaaaa....kita punya wish list nak panjat bukit Broga...insyaallah! Jom!

Nah kite belanja video Abang Hadif buat senaman, dia nak mensado kan diri hihi...dah besau benau anak bujang kite :)

Thursday, March 05, 2015

Afiya 5th Birthday

Salam...tora datang lagi hihihi...
Nampaknya janji nak update tak dapat ditunaikan. Betul, saya dah karang tapi tak sempat touch up dan buh gambaq lagi. Jadik pekasam ler semua cerita tu nanti kikiki. Takpe, kita simpan dulu yang lain-lain tu, up kan entri nih dulu laa...


Besday afiya yang kelima tahun pada 18hb Febuari yang lalu. Kali ni buat dabel celebration. Best kan? Suke sangat dia. Last year langsung tak celebrate. Siang nya buat kat skolah, malam kat umah plak. Saya pulak boleh tak terfikir yang kawan-kawan dia cuti awal. Kan esoknya tu raya cina, sekolah pon dah coti kan. So tak semua la kawan-kawan dapat join. Goodies bag saya buat gak lebih, suh ticer simpankan untuk kawan-kawan dia yang lain. Goodies bag tu mama DIY jekk...jimat blanje hihi.


Kat sekolah saya tempah  (buat sendiri belom konpiden bagi orang makan huhu) kek frozen..lahaiii musim kan. Kat kedai kek tu pon semua tempah frozen. Sampaikan editable image tu pon out of stock. Memula nak pilih yang ada Anna Elsa, redho je la apa yang ada kann. Afiya pon ok jekk, asal frozen :)


Kat umah takde la tempah kek besau dah, amik cup cakes je nam bijik. Takde tema-tema tapi mama print jek gambau kartun my little pony tenggek kan kat kek. Belasah jek, bukan kreatip nau ekekeke. Pony tu pon antara feberet terkini gak tu, dia suke character Twilight Sparkle. Nampak tak mama buatkan prop photobooth tu ... ...tu saje wat geli-geli jek. Semua deco kat umah hasil usaha sama mama ngan kakak-kakak dia. Sempat gak le wat seprais, suh papa bawak dia klua sementara kitaorng beroperasi. 


Happy birthday Afiya!!! Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan berjaya dunia akhirat. Sayang dia! (anak bongsu pompuan kite) kikiki

Tuhanku kamu tolonglah hantarkan kepadanya
Malaikat untuk jaganya bilaku tiada
Tunaikan semua permintaannya kerna
Aku cintanya sungguh-sungguh