About

Wednesday, October 29, 2014

Hujung Minggu

Salam, korang sihat ke?
Awak kat mana..demam lagu topik batrishah (eja main sedap mulut) :P
Haa ce tengok ni bizi tak mak encek..bizi kannn ekekeke...ngengade!


Dari senin membawak ke rabu, baru la tercapai hajat update. Kita kurang sihat sikit nih, hidung penuh, yekkk..selsema le. Paham-paham je la kan bila flu ni kan, berair mata, pedih idung, sengal kepala. Tak selesa, buat apa pon takde mood. Dah tua-tua ni imun kurang, pantang ada yang selsema kejap je jangkit. Faktor usia kann. Keja pon dah setat menimbun, dulu cuik masa pepagi tuk update, kendian tengahari, kendian petang..tak tau la pasni..

Wiken lepas pi mana korang? Dalam sok sek sok sek, sempat gak saya me'round pasar feberet, pasar karat kat shah alam. Mak saya datang ahad tu anta anak bujang saya, deepavali tu ari dia coti seminggu. Kemain meriah ngalah raya puasa. Itu yang suh atuk amik dia, sian lak nanti duk umah sensorang. Atuk memang ok jek manjang. Mak abah saya pon suke jalan pasar ni.


Kitaorang bukan caik apa pon sini, saje cuci-cuci mata dan acara wajib adalah makan Kueh Teow Paklang. Gamai tau yang Q. Nak makan pon bertunggu. Nampak je meja kosong kena teros lelaju cop hihi. Taim ni le untung anak gamai, derang tolong tunggu kan. Mama datang duduk makan jek. Tapi series weiii...sodap bangat!! Saya tak suke nau char kueh teow, yang berkuah tu. Suke yang gorang biase jek, buh telo mata seketui..tu dia..terangkat! Tapi sini sebulan sekali berbaloi la..jauh bona!


Setat minggu depan dah mula banyak jemputan kenduri kendara kan. Saya pon dapat jemputan minggu ni kat kampung tapi tak balik la pasal pakcik nak datang, anak dia konvo kat UPM. Cuti sekolah pon belum plan kemana, paling-paling pos kanak-kanak saya balik kampung hihi. Kali ni Apiya pon nak join, dari cuti lepas dah merenyek nak ikut, cuma nenek tak konpiden. Ini kali leh la terai. Ok dah...nanti sambung cite ek. Take care sume..

Thursday, October 23, 2014

Dilemma

Salam, ada ke yang sambung cuti? Sungguh tidak adil tau, jeles le tu, cuti kita dah abih laa tsk tsk tapi pedehal, kalau nak cuti blasah je la, amik unpaid kannn kikikiki. Ujung-ujung tahun keja malas je, ala-ala dah mood nak cuti macam budak skolah, padahal ujung tahun la paling banyak keja nak buat kan.

Saya ni sebenarnya tengah mikir nak jual ke tak stroller syaqir, itu yang dilema tu. Nak benti keja pon lagi satu dilema, buat masa ni blum dapat full approval plus masih ada komitment pada hutang piutang, kena postpone le niat pencen awal. Mebi sampai settle loan lagi 2 taon la kot...sabar sabar insyaallah sampai la masa tu nanti kann

Model tak jual yek ^_^

Stroller syaqir ni memang baru sangat, papa dia beli masa saya dalam pantang aritu, ada offer sekali ngan carseat. Carseat memang fully utilizes tapi stroller ni ada la 2 kali jek pakai. Lepas tu tak pakai langsung, duk terlipat jek dalam bilik belakang tu. berabuk sampai. Lagipun dia tak nak duduk sini, yang pakai dua kali tu pon tolak stroller kosong jek. Kualiti masih seperti baru, 9.5/10

I'm wearing jumpsac orbit ssc..so comfort..fully recommended! wahhh :)

Sekarang ni duk pakai baby carrier, senang pon senang. Dia pon syok, siap leh tido 2 jam kalau duk dalam tu. Ringkas! Tak yah sesusah usung stroller. Macam kat penang aritu, syok je berjalan sana sini. Nak berlari pon boleh, tangan rasa bebas, buleh pimpin tangan apiya, haaa senang kann. Tu yang terasa macam nak menjual jek. Tapi macam sayang pon ada, kot la nanti-nanti nak pi taman ke kann. Ke nanti dah besau tak larat nak kendong dah ke kann. Beli pon bukan leh dapat puluh-puluh hengget, walau jenama biase-biase jek. Papa dia sibuk suh jual jek, buleh beli carrier tuk saiz toddler plak nanti. Carrier pon bukan murah tau huhu...

Errr cane ek cane ekk...pening! Lahaii pikir nak jual stroller pon pening kann..ntah pape jek mama syaqir nih :P

Tuesday, October 21, 2014

Day 3 ~ Ke Penang Ke Kita

Salam, sebelum bercuti depavali sok, meh la den jamu ngan cito pendek nih. Mood bercerita kurang sikit, jadik cite ala-ala kadar je yek. Sini tengah ujan, ujan-ujan ni memang sodap ngulau keh keh. Ateh mejo bertabo laeii kojo, takpo kita take five lu kann.

Senyuman di pagi hari....

Our next destination adalah umah abang ipar kat kamunting, tepen. Sebelum tu, bebudak ni cam biase pi berendam kolam dulu, lepas tu baru cek out. Last place dipaksa pegi sebelum tinggalkan penang, Toy Museum. Kecoh dah bebudak nih, nak tak nak kena la layan kan. Jenuh gak mencarik nun kat area batu feringgi sana. Dapat le sesambil jalan tu nengok laut. Damai je ghase.

Family potret di cermin memang wajib

Sini ada banyak la patung-patung menan, memacam ada. Paling banyak gamba amik kat sini. Dah abih sumo patung apiya suh amik gamba dia. Mama layankan aje lahhh. Ntah brapa le kos owner tempat ni perabih buat koleksi patung menan ni sume agaknya. Tak sempat lak nak interbiu. Masuk bayar sorang RM15 kot, tak ingat dah. Tapi agak berbaloi la gak. bebudak memang suke sangat le, bapak budak kalau yang gile menan memang suke gak kot.

Antara koleksi menan

Lepas abih keliling sana, balik la kite. Dah nak tengah ari dah pon. Singgah sekali lagi Jeruk Pak Ali, dah kendian tu ada lak yang pesan nak lagi. Lepas tu baru la berangkat ke taiping, kali ni kluar penang lalu jambatan kedua. lenggang jek. Agak panjang banding jambatan pertama. Kalau dari selatan nak naik penang lagi dekat lalu sini. 


Samapi taiping dalam 2 lebih, makan tengahari sini jek. Abang ipar pon baru sampai dari ipoh umah mertua dia. Kitaorang lepak-lepak je, letih konon! Pastu Hadif bunyik-bunyik ajak papa dia pi Zoo tepen. Dia memnag suke sangat pi zoo. Alang-alang dah ada sana, tak jauh mana pon zoo nye, pegi le kitaorang. Elok-elok sampai taman tasik taiping tu, dah petang sangat, tunggu night zoo je la. Sementara tu, singgah makan yong tau fu yang terkenal katanye kat belakang bomba tu, sekali ngan ABC special kemain. Tapi saya tak minum ais-ais ni, pantang lagi maka kebil-kebil je le nengok. Sate sane pon buleh tahan.


Night zoo setat kul lapan. Naik tram je. Dah malam pon kan. Nak amik gambau pon bukannya nampak sangat. Lama gak la pusing-pusing, dekat sejam. Puas le hati Hadif dapat nengok tapi ada gak yang tak nampak apa pon dalam kandangnya. Syaqir pon tido jek, bimbang gak meragam, ye la baby jalan memalam camgitu kan. Alhamdulillah ok dia. 


Esoknya, selasa...kitaorang balik ke sarang la..balik bangi. Ala time besday kite tu hihihi...gedik nak bagitahu. Abih dah cite cuti-cuti kat penang. Tak best pon kannn...Ikut hati memang nak duk lama lagi tapi masa tak mengizinkan, cuti pon dah abih sebenarnya. Oklahhh izinkan saya undur diri dulu, nak kemas meja nak balik hihi...babai!

Friday, October 17, 2014

Hepi Besday Nor!!

Salam
Hari kejadian adalah dulu semalam-semalam, ari selasa la senang cite kann hihi. Makan-makan sempena besday opismate....ala yang ada kat opis ni pon tiga orang je. Lagi sorang duk site. Punya la full makan sampai songkak porut kato orang kampung den hihi.


Nak blanje orang lain makan tapi saya ngan ecah yang sibuk mencaik tempat nak makan. Patut nye tanye le besday girl kann. Mulanya plan nak beli yang ada delivery service tapi nengok pada menu yang open for delivery tak mencapai tekak, sudah nya pegi je la makan kat restorennya tu. Bukan jauh pon....makan kat Red Card, Seksyen 9 Bandar Baru Bangi, dekat-dekat ngan Restoren Wang Solo. Makanannya kire boleh tahan la, western food. Sesekali tekak omputeh kih kih


Dah kenyang-kenyang makan sana, sempat lak saya singgah pi beli kek. Nak wat seperais ler kunun. Penat praktis belakun ngan ecah, last-last menjadik le gak seperaisnya sikit hihi. Sampai ke malam rase kenyangnya tu tapi yang herannya malam tu saya makan jugak hihi..nipu benau tak leh masuk makanan lagi tu kannn. badan kecik makan manyakkkk! Hepi besday noriahhh ehhh Nor hihi..noriah bukan nama sebenar. Tu nama manja-manja abang nizam, ex-opismate bagi kat dia. Dan lekat hingga kini. Semoga sukses dan dirahmati Allah :)

Thursday, October 16, 2014

Day 2 ~ Ke Penang Ke Kita

Salam, mai mai cek sambung cita jalan-jalan kat penang tu. Alang-alang dah ngulau ni kan, manfaatkan ler masa ngulau tu ekekeke. Hari kedua boleh tahan pack jugak la jadual. Pagi-pagi sesi berendam kat pool dulu. Kasik sejok, kecut-kecut jari baru naik. Terus sesiap pi breakfast kat luar, takde package breakfast kali nih. Gamba bersarapan takde, ala takat benti kat sempang makan roti canai mana ntah, blasah jek asal makan. Dah lapau benau dah bebudak ni hihi


Destinasi pertama, naik bukit bendera. Penang ni macam senang je jalan tapi boleh tahan gak jem dia. Macam biase teman sepanjang jalan adalah, waze. Tapi orang suh caik bukit bendera, memang dia tuju sana tapi ikut jalan belakang yang lalu pakai jeep punya. Deyyy apadaaaa tara paham kaa? Rugi masa dah nak memusing balik. Signboard ada tapi macam tak mesra hahaha boleh lak gitu ek. sampai-sampai ja..tu dia panjang dah barisan nak beli tiket, ari ahad lagipon kann. Dekat setengah jam gak berator. Dah dapat tiket nak tunggu turn naik ketapi pulak. Perghh lenguh kaki berdiri. Syaqir sodap yo tido dalam gendongan tu. kena himpit-himpit dalam train pon tak sedar dia hihi.


Kat atas bukan ada apa pon, nampak la scenery penang. Cantek gak la! Pusing-pusing kejap je pon. Hujan renyai-renyai pulak masa kitaorang sampai atas tu, tu yang tak nengok sangat apa ada. Amik gamba sikit-sikit dah turun...pon lama gak kena tunggu turn. Masa ni syaqir dah mangkit tapi tak bunyik la. Bagus betul anak mama ni tak banyah tuah. Senang nak bawak jalan.


Next destination, Penang Street Art. Masa ni memang matahari terpacak atas kepala. Paneh!! Jalan nak ke sana pon jem. Masuk town kan. Asalnnya nak naik beskal tapi boleh pulak aritu keta banyak, macam merbahaya la. Uncle yang kat tempat sewa beskal tu pon tak advise kitaorang naik, sudahnya jalan kaki saja lah..hadoiii hadoii gigil lutut akak tau hahaha. Oleh kerana kepanasan dan keletihan berjalan sempat lalu 3-4 lorong je yang ada lukisan dinding tu. Tak daya lahh nak round sume jalan yang ada lukisan tu. Apiya pon dah setat merenyek tak mau jalan, dah tu sapa nak dokong. Papa laaa takkan mama nak buat tendem babywearing. Patah bahu huhu. 


Rasa macam kejap je jalan-jalan tu tapi tengok jam dah nak kul tiga lebih..huii cepatnya masa berjalan. Perot cam dah lapa sikit tapi malas nak makan dulu, kitaorang parking keta kat jeti, naik feri pulak ekekeke. Jakun je! Kesian budak-budak ni nak merasa naik feri. Bawak la kann sebab nanti balik plan nak lalu jambatan kedua. Sesambil rehatkan kaki yang dah penat jalan kat Street Art tadi. Sampai seberang, beli tiket patah balik...hihi. Takde koje ekkk. Tak pa la amik angin sat kikiki.


Turun feri, baru la terasa perot keroncong amattt. Pa lagi jom la pi carik nasik kandaq tersohor kat penang tu. Nasik kandaq Line Clear...marbelessss. Amik sorang sepinggan, kecuali aisyah ngan aiya je share. Perot memang tengah kosong tu diaaaa...licin! Mak mertua lalu pon tak prasan lah umpamanya hahahaha. Tapi memang series osemm. Tapi nak bayaq tersandaq sat ekeekeke. Tak pa la cek mai sekali ni ja...lenkali ntah bila taon nak sampai.


Perot pon sudah kenyang, mata pon layu, mai la kita pulang. Lepak semua sesampai kat bilik. Pool pon tak daya dah nak terjun petang tu. Malamnya konon nak kluaq gak makan tapi rasa malasssss jek. Dan kebetulannya kawan nak mai jumpa tu kan. Dia pon penat baru balik perlis, so dia drop by je kat hotel, sembang-sembang sat kat lobby. Siap gak tapaukan char kueh teow untuk kami, alhamdulillah! Tak yah nak klua dah. Boleh sambung tidoq ekekeke. Nanti kita perabih lagi satu part cita nih naa, tengok la esok ka lusa ka tulat ka bulan depan ka hihi..k bai!

Monday, October 13, 2014

Majlis Budak Kecik

Salam, sebelum menyambung cerita penang, meh la cite sikit pasal majlis budak kecik saya bulan lepas ehh silap dah dua bulan berlalu kikiki. Nampak tak betapa mama dia bizi ecewahhh konon!
Akceli taim tu mama tak berapa sihat dan memang bizi sampai tak sempat nak snap-snap gamba, yang ada ni pon ehsan orang. Jadi le dari takde kann.

Kitaorang buat majlis aqiqah dan kesyukuran Syaqir, masa musim-musim raya tu ari. Sekali la jamuan raya kan. Sedara mara kan ramai, senang datang sekali. Tumbang 2 ekor kambing, sekor masak sekor lagi golek. Trend masa kini buat kambing golek ni kan. Persiapan? Memang semua last minit. Nak pilih tarikh pon susah, ade je clash dengan orang lain. Last-last nekad je buat, kalau free datang la kan. Yang penting sedara mara belah melaka, johor dapat datang. Jemputan pon tak ramai. Dalam 150-200 orang. Kawan-kawan jemput tapi memang ramai yang tak janji, ye kami paham, musim raya kan, mana-mana je jemputan. Apa pon alhamdulillah licin semua. Tak abih makan kasik tapau kat derang. Kalau tinggal kat kami pon sapa jek nak makan kann.

Kambing golek yang dah separuh hihi
Kitaorang catering je ngan Hidayah Catering. Alhamdulillah sedap! Mana la saya sempat nak masak-masak, dengan kendong budak kecik lagi kan. Menu of the day : Nasi putih, kambing kuzi, sayur campo, dalca, sambal belacan + ulam-ulaman (buat sendiri), asampedas daging (sendiri), sambal tempoyak (sendiri) dan rojak tahu (sendiri jugak). Kemain banyak lak rase kan. Takpe le, tu mak saya yang nak tolong masakkan. Kalau ikut saya apa yang katerer masak udah lerrr hihi. Bos saya pon tolong masakkan nasik arab tuk kitaorang. Meriah makan. Desert plak, my kazen yang sponsor. Siap berbelon bagai. Terharu rase atas sumbangan semua orang..maklum le ni la first time kitaorang buat majlis besar gini, takat makan-makan family, duapuluh tigapuluh orang tu biase ler buat. Ni beratus..fuhh nebes gak takut tak cukup :P

Desert corner
Goodies bag tak sempat nak buat, cuma bagi yang cakar ayam tu jek sebabnya surah yassin, tahlil dan doa tu tak sempat siap. Tension makcik! Tapi sebab taknak spoil mood on the day, saya anggap je la itu takde rezeki. Yang saya snap gamba tu dah beberapa lepas majlis, derang pos kat saya mana yang siap aje. Mujur gak saya tak bayau abih lagi, suku jek. Saya amik je le. Pas kat kawan-kawan ngan sedara mara. Malas nak kecoh-kecoh lagipon saya memang bukan jenih yang suke nak maki-maki orang, konon cool ekekeke tapi that it's la pasni blacklist le nama printing service tu. Kebetulan raya aji lepas kazen saya buat aqiqah anak dia, saya selit ler yassin tu dalam 30 buah dalam goodies bag dia.

Cendermata tapi yassin bagi kendian :)
Tapi seriously buat majlis ni tak semudah yang disangkakan. Huru hara gak le saya, mujur masih ada parent yang memantau, kalau harap saya jek ntah apa le jadik gamaknya hihi. Pengalaman pertama kata kan. Pada kawan-kawan yang tertinggal dari list jemputan, mintak mahap bebanyak, mungkin terlepas pandang. Insyaallah ada rezeki anak kawen ke kann dan kalau panjang umur kite panggil yek :))

Friday, October 10, 2014

Day 1~ Ke Penang Ke Kita

Salam, mari mengulau sambil menghapdet blog hahaha. Cerita percutian kami cuti sekolah yang telah lama berlalu. Cerita agak panjang, sesekali dapat keyboard kann ekekeke. 

Ini adalah plan bercuti yang ntah hape-hape. Asalnya kami memang nak naik utara tapi takat Tepen je, nak ziarah pak mertua kat umah abang ipaq. Tup-tup dia kata dia nak balik kampung lak kat ipoh, ari senin baru balik umah. Pikir punya pikir jom la pi jalan-jalan dulu nanti kendian pikir nak pi tepen ka tak. Saya dah amik cuti lagipun, takkan nak duk umah je kann. So, buat voting, nak pi penang ka pi johor. Kalau tak bagitahu tempat ntah memana budak-budak ni pilih kang. Mama derang opkos la penang kann..johor apa ada ecehhh. Alya ngan Aisyah vote penang gak pasal dah tahu johor tu kampung nenek, yang ni bile-bile pon boleh balik hihi. Hadif nak pi johor sebab dekat ngan USS (Universal Studio Singapore). Hamboii..itu nanti plan lain yek dif. Papa derang dah malas nak kelahi maka Penang la juara..yehaaa lompat bintang kekanak riang saya. Yang tersyoknya, dah decide nak pi mana, hotel tak booking hape pon. Subuh-subuh sabtu tu baru gugel-gugel travel advisor, dapat la satu kat Equatorial, dengan rege yang agak mahaiiii without breakfast lak tu. Hadoiii...padan la muka. Sapa suh plan last minit gini kannn.

Muka fresh lagi...sebelum tertido dan terbangun :P

Macam biase packing-packing, kul 9 lebih gerak. Singgah RNR rawang sarapan merangkap makan tengahari. Jalan kejap jem kejap clear. Saya kejap tido kejap bangun. Yang bestnye Syaqir pon sangat bekerjasama, elok diam tak banyak tuah langsung. Amboii kaki jalan jugak bujang kecik nih. Sampai penang check in hotel dalam 3.30 petang gitu dan ohh yang pastinya sesat hihi. Terima kasih waze atas khidmat cemerlang :)

Our room, tu dia pokes bilik ayaq ja...cantekk!
Dah rehat sikit-sikit, jom makan!! Lapar kot. Disebabkan malas nak carik jauh-jauh dan tak sempat gugel tempat makan best kitaorang masuk USM jek makan kat Restoren Subaidah. Nasik kandaq la pa lagiii kann. Kecoh le papa derang tunjuk U dia tu kat anak-anak. Sabo je le..eksen kemain. Bile le mama nak tunjuk U mama kat mereka ek emmmm. Kat sini makan murah, rate student je kann. Potion pon takde le banyak sesuai la ngan rege nye. 

Ni la dia restoren nasik kandaq murahh

Dah kenyang, jalan-jalan caik Jeruk Pak Ali. Budak-budak opis pesan! Beli sekali untuk sedara mara, fridge magnet pon ada jual sini. Alang-alang dah ternampak kedainya, tu yang borong dulu apa-apa nak. Takut sok-sok dah tak nampak kedai lupaaaa. Yang ni kat glugor kot, mahap kalau salah dah lama, lupe hihi. Kedainya agak luas dan selesa la gak. Most of jeruk jual 3 paket saploh hengget. Ok la tu...berhengget hengget gak le perabih sini hihi.

Jeruk dia bestttt...

Teruskan perjalanan lagii...malas nak balik otel, satgi misti nak lena takmau kluaq dah. Eceh tetibe lidah terbelit nak speaking utagra plak dahhh hahaha..abaikan kekeliruan bahasa saya naaa. Teingat nak pekena pasemboq, orang kata kat padang kota sedap. Maka segerombolan la pi sana. Dah malam sikit la time tu. Gambaq pon kelam, kemera murohhh kikiki.

Belakang tu Port Cornwallis, dah malam tak leh masuk

Bukti betapa lamanye sini, 'L' pon tanggal dah hihi

Duduk-duduk je sini, kerumun peniaga datang nak amik order. Uiii terkejut mak! Nak makan apa, char keuh teay ada, sotong kangkung ada, suma mamu bleh buat...tu diaa. Tak terjawap cek. Last-last jawap...sat naaa, nanti kami pikiaq dulu hahaha. sebenarnya memang nak makan pasemboq ja, perot pon takdak la lapaq mana, kan dah makan nasik kandaq petang tadi. Order sepirin je la pasemboq nya. Sepiring pon rega diaaa...tersembol bijik mata hahahaha. Tapi memang osemmm leeer. Menyandauuu lepas tu :P Cakap banyak tak guna, hangpa kena pi sendiri ghasaaaa.

Tu diaaa pasemboq..berebut nak makan 

Ok sakian dulu, nanti cek kasik sambung la ini cerita. Pelan-pelan baca naaa kikiiki...adios!

Tuesday, October 07, 2014

Bergandingan

Salam, selamat hari raya aidiladha buat semua..tak terlewat lagi nak wish kann heee
Arini sambung cuti, esok pon! Wahh meriah ek. Alah amik cuti pasal nurseri syaqir tutup, cikgu dia balik kampung. Tu yang lama nau coti ghaye ngalahkan ghaya posa kan. So cane yang balik dari kampung semalam? Jem tak? Saje je tanye soklan cepu emas ni hihi..macam le tak tahu kan. Semalam saya gerak awal, tempoh gak jem nya tapi kejap jek, klua simpang empat, pastu jem dari pedas sampai senawang dan seterusnya. Saya takat senawang je la pastu masuk Lekas le apa lagi kann, lekas sikit sampai hihi. Ok nak sambung kemas umah ngan kain baju semalam. Dak syaqir cam biasa buat perangai comel, jadik mama kendong sesama buat keja, elok pulak tido aje dalam tu. K baii!

Wednesday, October 01, 2014

Sebuah Pertemuan

Salam, ini adalah pertemuaan yang singkat namun penuh bermakna.
Err betul ke penggunaan sebuah pertemuan tu ek hihi...blasah le. Last 2 weeks time cuti sekolah, kite bawak anak-anak bercuti ke Penang. Entri itu macam biase tunggu aura rajin sampai naaa hik hik. Percutiaan yang tak dirancang elok-elok. Masa nak pi tu dah teringat nak jumpe sahabat lama yang sorang ni. Di takdirkan pulak masa sampai tu dia takde kat Penang so agak kecewa la jugak. Tapi berkat doa kami, akhirnya sempat jugak kami bersua muka, berpeluk cium. Speechlesss dan terharu teramat sangat...I really miss you ms juliana jamil, my beautiful classmate, group-mate, college-mate and Itm-mate. Kitaorang memang dah tak jumpa almost 18 years since our graduation 1996. Walaupun kita jumpa sat ja tapi the moment melekat kat hati kita Jue. Insyaallah panjang umor kita jumpa lagi yek.