About

Friday, October 10, 2014

Day 1~ Ke Penang Ke Kita

Salam, mari mengulau sambil menghapdet blog hahaha. Cerita percutian kami cuti sekolah yang telah lama berlalu. Cerita agak panjang, sesekali dapat keyboard kann ekekeke. 

Ini adalah plan bercuti yang ntah hape-hape. Asalnya kami memang nak naik utara tapi takat Tepen je, nak ziarah pak mertua kat umah abang ipaq. Tup-tup dia kata dia nak balik kampung lak kat ipoh, ari senin baru balik umah. Pikir punya pikir jom la pi jalan-jalan dulu nanti kendian pikir nak pi tepen ka tak. Saya dah amik cuti lagipun, takkan nak duk umah je kann. So, buat voting, nak pi penang ka pi johor. Kalau tak bagitahu tempat ntah memana budak-budak ni pilih kang. Mama derang opkos la penang kann..johor apa ada ecehhh. Alya ngan Aisyah vote penang gak pasal dah tahu johor tu kampung nenek, yang ni bile-bile pon boleh balik hihi. Hadif nak pi johor sebab dekat ngan USS (Universal Studio Singapore). Hamboii..itu nanti plan lain yek dif. Papa derang dah malas nak kelahi maka Penang la juara..yehaaa lompat bintang kekanak riang saya. Yang tersyoknya, dah decide nak pi mana, hotel tak booking hape pon. Subuh-subuh sabtu tu baru gugel-gugel travel advisor, dapat la satu kat Equatorial, dengan rege yang agak mahaiiii without breakfast lak tu. Hadoiii...padan la muka. Sapa suh plan last minit gini kannn.

Muka fresh lagi...sebelum tertido dan terbangun :P

Macam biase packing-packing, kul 9 lebih gerak. Singgah RNR rawang sarapan merangkap makan tengahari. Jalan kejap jem kejap clear. Saya kejap tido kejap bangun. Yang bestnye Syaqir pon sangat bekerjasama, elok diam tak banyak tuah langsung. Amboii kaki jalan jugak bujang kecik nih. Sampai penang check in hotel dalam 3.30 petang gitu dan ohh yang pastinya sesat hihi. Terima kasih waze atas khidmat cemerlang :)

Our room, tu dia pokes bilik ayaq ja...cantekk!
Dah rehat sikit-sikit, jom makan!! Lapar kot. Disebabkan malas nak carik jauh-jauh dan tak sempat gugel tempat makan best kitaorang masuk USM jek makan kat Restoren Subaidah. Nasik kandaq la pa lagiii kann. Kecoh le papa derang tunjuk U dia tu kat anak-anak. Sabo je le..eksen kemain. Bile le mama nak tunjuk U mama kat mereka ek emmmm. Kat sini makan murah, rate student je kann. Potion pon takde le banyak sesuai la ngan rege nye. 

Ni la dia restoren nasik kandaq murahh

Dah kenyang, jalan-jalan caik Jeruk Pak Ali. Budak-budak opis pesan! Beli sekali untuk sedara mara, fridge magnet pon ada jual sini. Alang-alang dah ternampak kedainya, tu yang borong dulu apa-apa nak. Takut sok-sok dah tak nampak kedai lupaaaa. Yang ni kat glugor kot, mahap kalau salah dah lama, lupe hihi. Kedainya agak luas dan selesa la gak. Most of jeruk jual 3 paket saploh hengget. Ok la tu...berhengget hengget gak le perabih sini hihi.

Jeruk dia bestttt...

Teruskan perjalanan lagii...malas nak balik otel, satgi misti nak lena takmau kluaq dah. Eceh tetibe lidah terbelit nak speaking utagra plak dahhh hahaha..abaikan kekeliruan bahasa saya naaa. Teingat nak pekena pasemboq, orang kata kat padang kota sedap. Maka segerombolan la pi sana. Dah malam sikit la time tu. Gambaq pon kelam, kemera murohhh kikiki.

Belakang tu Port Cornwallis, dah malam tak leh masuk

Bukti betapa lamanye sini, 'L' pon tanggal dah hihi

Duduk-duduk je sini, kerumun peniaga datang nak amik order. Uiii terkejut mak! Nak makan apa, char keuh teay ada, sotong kangkung ada, suma mamu bleh buat...tu diaa. Tak terjawap cek. Last-last jawap...sat naaa, nanti kami pikiaq dulu hahaha. sebenarnya memang nak makan pasemboq ja, perot pon takdak la lapaq mana, kan dah makan nasik kandaq petang tadi. Order sepirin je la pasemboq nya. Sepiring pon rega diaaa...tersembol bijik mata hahahaha. Tapi memang osemmm leeer. Menyandauuu lepas tu :P Cakap banyak tak guna, hangpa kena pi sendiri ghasaaaa.

Tu diaaa pasemboq..berebut nak makan 

Ok sakian dulu, nanti cek kasik sambung la ini cerita. Pelan-pelan baca naaa kikiiki...adios!

8 comments:

  1. Nak jugak jeruk pak ali

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mabelesss
      sori tak sempat nak simpan kt cik ana

      Delete
  2. penang memang best!hihi..rindu pasemboq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best makan je sini dik hihi

      Delete
  3. Harga kat padang kota lama tu mmg buat org tercekik..haha...

    Mentang2 mai penang...dan2 loghat utagha noo..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn..kena katok abihhh
      takpa la sekali sekala hihi

      lidah tergeliat :P

      Delete
  4. Centado9:51 AM

    meriahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. meraih la jugakk...
      tp frust tak dan nak round satu pulau hihi

      Delete