About

Thursday, October 23, 2014

Dilemma

Salam, ada ke yang sambung cuti? Sungguh tidak adil tau, jeles le tu, cuti kita dah abih laa tsk tsk tapi pedehal, kalau nak cuti blasah je la, amik unpaid kannn kikikiki. Ujung-ujung tahun keja malas je, ala-ala dah mood nak cuti macam budak skolah, padahal ujung tahun la paling banyak keja nak buat kan.

Saya ni sebenarnya tengah mikir nak jual ke tak stroller syaqir, itu yang dilema tu. Nak benti keja pon lagi satu dilema, buat masa ni blum dapat full approval plus masih ada komitment pada hutang piutang, kena postpone le niat pencen awal. Mebi sampai settle loan lagi 2 taon la kot...sabar sabar insyaallah sampai la masa tu nanti kann

Model tak jual yek ^_^

Stroller syaqir ni memang baru sangat, papa dia beli masa saya dalam pantang aritu, ada offer sekali ngan carseat. Carseat memang fully utilizes tapi stroller ni ada la 2 kali jek pakai. Lepas tu tak pakai langsung, duk terlipat jek dalam bilik belakang tu. berabuk sampai. Lagipun dia tak nak duduk sini, yang pakai dua kali tu pon tolak stroller kosong jek. Kualiti masih seperti baru, 9.5/10

I'm wearing jumpsac orbit ssc..so comfort..fully recommended! wahhh :)

Sekarang ni duk pakai baby carrier, senang pon senang. Dia pon syok, siap leh tido 2 jam kalau duk dalam tu. Ringkas! Tak yah sesusah usung stroller. Macam kat penang aritu, syok je berjalan sana sini. Nak berlari pon boleh, tangan rasa bebas, buleh pimpin tangan apiya, haaa senang kann. Tu yang terasa macam nak menjual jek. Tapi macam sayang pon ada, kot la nanti-nanti nak pi taman ke kann. Ke nanti dah besau tak larat nak kendong dah ke kann. Beli pon bukan leh dapat puluh-puluh hengget, walau jenama biase-biase jek. Papa dia sibuk suh jual jek, buleh beli carrier tuk saiz toddler plak nanti. Carrier pon bukan murah tau huhu...

Errr cane ek cane ekk...pening! Lahaii pikir nak jual stroller pon pening kann..ntah pape jek mama syaqir nih :P

10 comments:

  1. simpan dulu kak..kot syaqir dapat adik..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia la adik bongsu sal hihi

      Delete
  2. kak mimi mana beli carier ni... nak beli satu.. nampak sgt selesa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat fabulous mom, mayang tgk kt cawangan wangsa maju punya
      akk beli yg kt puchong..mmg sgt selesa, tak sakit bahu pon

      Delete
  3. Anak kita yg no 2 tu pun x nak duduk dlm stroller. Dpt no 3 beli stroller yg murah dan ringan. Nasib dia nak ddk. Tu pun sbb sll bw bb pi cek up sendiri. Independent mommy lah katakan. Simpan aje la cik mimi oii stroller tu. Bungkus cantik cantik spy x berhabuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg nak simpan tapi ada je yg meracun jual hihi

      Delete
  4. Ntahla..kita pon dlm dilema..nk jual rasa cam syg jer kan..simpanla dulu..mane tau pas ni nk guna..

    Model tu comei sgt!! Rasa nk picit pipi dia! Hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la takat ni dah pikir mmg nak simpan dulu, tgu dia satahun lebih baru decide

      budak tu mmg membulat sekarang, pantang nmpk kita makan..nakkk aje dia hihi

      Delete
  5. Centado7:32 PM

    mana boleh jual, nanti newcomer datang lagi
    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. newcomer???
      mana ada dah...bagi laluan kat incik la pulakkk :P

      Delete