About

Thursday, October 16, 2014

Day 2 ~ Ke Penang Ke Kita

Salam, mai mai cek sambung cita jalan-jalan kat penang tu. Alang-alang dah ngulau ni kan, manfaatkan ler masa ngulau tu ekekeke. Hari kedua boleh tahan pack jugak la jadual. Pagi-pagi sesi berendam kat pool dulu. Kasik sejok, kecut-kecut jari baru naik. Terus sesiap pi breakfast kat luar, takde package breakfast kali nih. Gamba bersarapan takde, ala takat benti kat sempang makan roti canai mana ntah, blasah jek asal makan. Dah lapau benau dah bebudak ni hihi


Destinasi pertama, naik bukit bendera. Penang ni macam senang je jalan tapi boleh tahan gak jem dia. Macam biase teman sepanjang jalan adalah, waze. Tapi orang suh caik bukit bendera, memang dia tuju sana tapi ikut jalan belakang yang lalu pakai jeep punya. Deyyy apadaaaa tara paham kaa? Rugi masa dah nak memusing balik. Signboard ada tapi macam tak mesra hahaha boleh lak gitu ek. sampai-sampai ja..tu dia panjang dah barisan nak beli tiket, ari ahad lagipon kann. Dekat setengah jam gak berator. Dah dapat tiket nak tunggu turn naik ketapi pulak. Perghh lenguh kaki berdiri. Syaqir sodap yo tido dalam gendongan tu. kena himpit-himpit dalam train pon tak sedar dia hihi.


Kat atas bukan ada apa pon, nampak la scenery penang. Cantek gak la! Pusing-pusing kejap je pon. Hujan renyai-renyai pulak masa kitaorang sampai atas tu, tu yang tak nengok sangat apa ada. Amik gamba sikit-sikit dah turun...pon lama gak kena tunggu turn. Masa ni syaqir dah mangkit tapi tak bunyik la. Bagus betul anak mama ni tak banyah tuah. Senang nak bawak jalan.


Next destination, Penang Street Art. Masa ni memang matahari terpacak atas kepala. Paneh!! Jalan nak ke sana pon jem. Masuk town kan. Asalnnya nak naik beskal tapi boleh pulak aritu keta banyak, macam merbahaya la. Uncle yang kat tempat sewa beskal tu pon tak advise kitaorang naik, sudahnya jalan kaki saja lah..hadoiii hadoii gigil lutut akak tau hahaha. Oleh kerana kepanasan dan keletihan berjalan sempat lalu 3-4 lorong je yang ada lukisan dinding tu. Tak daya lahh nak round sume jalan yang ada lukisan tu. Apiya pon dah setat merenyek tak mau jalan, dah tu sapa nak dokong. Papa laaa takkan mama nak buat tendem babywearing. Patah bahu huhu. 


Rasa macam kejap je jalan-jalan tu tapi tengok jam dah nak kul tiga lebih..huii cepatnya masa berjalan. Perot cam dah lapa sikit tapi malas nak makan dulu, kitaorang parking keta kat jeti, naik feri pulak ekekeke. Jakun je! Kesian budak-budak ni nak merasa naik feri. Bawak la kann sebab nanti balik plan nak lalu jambatan kedua. Sesambil rehatkan kaki yang dah penat jalan kat Street Art tadi. Sampai seberang, beli tiket patah balik...hihi. Takde koje ekkk. Tak pa la amik angin sat kikiki.


Turun feri, baru la terasa perot keroncong amattt. Pa lagi jom la pi carik nasik kandaq tersohor kat penang tu. Nasik kandaq Line Clear...marbelessss. Amik sorang sepinggan, kecuali aisyah ngan aiya je share. Perot memang tengah kosong tu diaaaa...licin! Mak mertua lalu pon tak prasan lah umpamanya hahahaha. Tapi memang series osemm. Tapi nak bayaq tersandaq sat ekeekeke. Tak pa la cek mai sekali ni ja...lenkali ntah bila taon nak sampai.


Perot pon sudah kenyang, mata pon layu, mai la kita pulang. Lepak semua sesampai kat bilik. Pool pon tak daya dah nak terjun petang tu. Malamnya konon nak kluaq gak makan tapi rasa malasssss jek. Dan kebetulannya kawan nak mai jumpa tu kan. Dia pon penat baru balik perlis, so dia drop by je kat hotel, sembang-sembang sat kat lobby. Siap gak tapaukan char kueh teow untuk kami, alhamdulillah! Tak yah nak klua dah. Boleh sambung tidoq ekekeke. Nanti kita perabih lagi satu part cita nih naa, tengok la esok ka lusa ka tulat ka bulan depan ka hihi..k bai!

4 comments:

  1. Jambatan kedua dekat dh ngan umah kita!! Nanti mai penang calling2 tau...kot2 leh jumpa..hikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh ye ke? ok ok insyaallah next taim yek..kalau kite naik tepen ke, kita inpom ek
      :)

      Delete
  2. wah, nasi kandar adalah the best part masa jalan-jalan kat penang...hehehe

    oh ye, by the way, blog saya ada masalah sikit, jadi terpaksa tukar link. jemput follow ye : blognisalpunya.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. yezza..penan mmg best makan hihi

      ok, noted! Dh jengah dah blog dia

      Delete