About

Monday, April 30, 2012

Aksi lagak ngeri


Salam
Ghamai ko yang sambung cuti arini. Oww sangat jeles tau. Den ni osah lah tak buleh. Kojo manyak cano nak cuti tapi tak po siap jo sumo kojo den ni, memang kompom den cuti seminggu. Argghh tak kiro..ado den kesah. Tapi papo pon kono lah siap an kojo dulu yo tak. (lidah tergeliek lopeh makan masak lomak omak semalam) hehehe
Ehh nak cito pasal apo sebonar eyh ni..opss
Ni sajo jo nak tunjuk aksi hadif yang sodang menunjuk bakat. Haaa anak korang mampu ko wat cenggini. Hadif memang dah tak terlarang dah, buek ponek jo jorit suh dio turun atau bonti. Paling-paling ado la semenet pastu panjek balik. Hahaha...
Layan kan ajo..takat ni alhamdulillah x ponah jatuh laeii. 

Lokasi: Rumah atok Mat ^_^







Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 26, 2012

Bila dah bosan


Aku dah bosan..aku dah bosan...phewittt :*)

Bila tetibe dah bosan, pulak tu emosi sedang terganggu, semua jadi tak kena. Tetibe jadi sensitif sangat, nak merajok. Sudahnya buat keja bodoh pandai. Contoh: marahkan nyamok kelambu di bako..kita bako kita bako ahahaha....Nyamuk tu jahat! Hetchu...Tapi ada lagi ke orang pakai kelambu hurmmm :-?
Adoilah..apolah nak jadi ngan ekau ni. Soba yo la.

Tapi bile dah stabil baru perasan, eh! apakah? Tu pon nak sentap. Camtu la selalu eyh, bilo la nak begubah tak tahu la.

Mahap la pada sapa yang perasan kut tak pon mahap gak lah. Saya ni memang cepat tersentap. Kadang tu bukan de apa pon, dah memang peel gitu. Madang nak merajuk tapi sudahnya baik sendiri sebab tak de sape nak pujuk. Cane nak pujuk dah majuk pon takde sape tahu ye tak. Kut tahu atau diberitahu pon mestilah buat aksi "ada aku kesah" #TDDMKA# (baca: Tangan di dada mata ke atas). Paling best dapek luku sebijik ahahahaha. Haiyo lahhh..

Sekian!

MySpace

Quote yang tak de kaitan langsung ngan entri ni, saje tersuke....
"@IslamicThinking: ♥- Every time you smile at someone, it is an action of love, a gift to that person, a beautiful thing.




Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 25, 2012

Bintang Hati



Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, April 24, 2012

Muka yang malas



Saya adalah malas pegi sekolah sebab tu saya suke buli kawan ahahahahaha..
Hadif yang dah pandai watchaaa kawan buat mama jadik glamer kat sekolah dia. Tetiap minggu kena panggil ngan cikgu besau  ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 23, 2012

Nice!



Kann....if only there's someone *sigh*
BUT
That someone not reading this..so cane? hahaha

Sunday, April 22, 2012

Master cheip in the making


Salam....Wahhh...kedengarannya amatlah menarikkan. Hahaha...

Kejadian bersejarah itu adalah berpunca dari ratosan perlian dari inciksuami yang sangat lah berkeinginan melihat skill terendam mama piya nih. Sejak kawen rasanya tak penah kot saya buat keja-keja halus macam nih. Secara jujurnya memang saya tak suke. Ke sebab mak saya memang tak penah dedahkan saya ngan aktiviti baking membaking nih. Kalau masak-masak biasa tu kira boleh diusahakan lah jugak tapi bab-bab buat kuih ka kek ka memang hancusss berderai hihihi.

Oleh sebab telinga dah bernanah, ..OK lah mama buat. Kakak esok kita buat kek tau. Nak kek apa? Wah! kemain happy lagi anak dara tu. Buat cupcake eyh ma. Tapi mama, resepi dia tak de..cane nak buat. Alah, senang je kang mama carik. Konon nak carik malam sabtu tu tapi lepas tengok #cikfahrinahmad# kat tb3 tros cam ngantok. (Ahahaha nak jugak sebot FA-pdhal takde motif). Maka pepagi ahad tu le baru terhegeh-hegeh cari resepi. Dapat satu yang paling simple kat blog Potretkasih. Ok setel!

Lepas makan tengahari tu, dengan nada perlian lagiii inciksuami tanya lagi: Perot dah kenyang mana desert tak siap lagi nih! Wah..berasap lagi telinga... Kakak, aisyah jom kita buat kek. Amik apron awak, basuh tangan dan ikat rambot. Ecewahh terasa macam ketua cheip mama korang nih puiii. Bersungguh le anak dara dua orang tu...papa derang pon sebok aje dari awal jadik pemerhati bebas. Asik le ngomel jadi ke jadi ke. Ishhh penat tau dengar. Tapi paling best alya back-up, tak jadi pon tak pe la pa, ni kan baru 1st time buat nanti buat lagi kan mama. Yezaaa...sangat bagos tau alya! Memang most of the time, my girl will always on my side!! Kui kui..

Dan setelah bermandian tepong maka hasilnya alhamdulillah amatlah memuaskan hati. Puas je not excellent tau hihihi. Dan ada le comot-comot sikit. Rasa apa? Rasa kek laa kann. Papa jadik speechless. Haaa tengok ingat i tak reti ke. Malas ajee tau #tddmka# (baca: tangan di dada mata ke atas). Saya buat frosting sikit je sebab ia manis sangat dan kami sekeluarga memang alergik manis. Untuk derang belajar deco-deco saje. Memang comot sangat la..tak tergamak nak tunjuk. Saya simpan sendiri je ahahahaha. Kendian tu derang siap bagi kengkawan derang lagi tau..punya la haibat konon. Maka jadilah "Hari ini dalam sejarah"

 MySpace



Published with Blogger-droid v2.0.4

Adoi sakitnya

Dak piya benjol di dahi berlaga ngan kakak echah. Ochhh siyan dia!


Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 21, 2012

Hari ini adalah 'nice'


Salam ari sabtu...sob sob sob =(

Ye btol..arini adalah kerja. Sabtu lepas cuti, sabtu ni keja, sabtu depan cuti..hahaha. Gilo!

Hari ini adalah nice pasalnya kena kerja lah! Pastu yang datang pon berapa kerat je. Memang nice sangat la kan. Betollah orang kata (tak tau la sapa) kerja di hari sabtu memang langsung tak produktif. Dah la datang lambat..opss siapakah? Kerja pon ala-ala lagu dondang sayang. Memang selow melow. Office attire pon mostly dress down. Apakah? Makna lain sempoi..selekeh. Kerja pon separuh ari je kan..sape le yang nak gajin. Tu kalau incik bos tak mai la. Kalau dia ada emmm ikot keadaan cuaca incik bos lah. Hehehe peace boss ^_^v

Dan macam biasa dak piya tomot duk ngan apapa dia. Kakak-kakak sekolah arini, kem solat bistari. Makanya rilek la sket papa. Takat tengok2 kan dak piya ngan abang hadif.

Baiklah sudah cukup! Kerjaan dong. Daaaa :)


Dak piya berangan nak ikot mama. Sorry cayang...ikot apapa yek ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 20, 2012

Merajok la konon



Dak piya merajok minom susu kat tepi tangga. Ikot sapalah kuat merajok nih..opsss :p
Tapi bila nak snap gambar boleh plak senyum. Auta punya rajok! Hahaha


Published with Blogger-droid v2.0.4

Merinduimu




Rasulullah dalam mengenangmu
Kami susuli lembaran sirahmu
Pahit getir pengorbananmu
Membawa cahaya kebenaran

Engkau taburkan pengorbananmu
Untuk umatmu yang tercinta
Biar terpaksa tempuh derita
Cekalnya hatimu menempuh ranjaunya

Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya engkau rasul mulia
Tabahnya hatimu menempuh dugaan
Mengajar erti kesabaran
Menjulang panji kemenangan
Terukir namamu di dalam Al-Quran

Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu

Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela



Published with Blogger-droid v2.0.4

Thursday, April 19, 2012

Tempat jatuh lagi dikenang


Sudah dua hari saya berulang ke tempat kerjaan saya yang pertama dulu, firma audit. Kebetulannya ada urusan berkaitan audit akaun dan hari berikutnya kena angkut dokumen. Nak pindahkan company secretary. Wah..hongeh mak nak..hahaha. 

Padahal dulu hari-hari duk mengulang tak terasa pape plak. Steady jek. Tapi kali ni baru 2 kali pi, dia punya letih haii la..tak terkabar. Siap lenguh-lenguh kaki. Jaraknya masih sama je dengan dulu, begitu jugak dengan keretanya. Masih lagi yang comel dan manual itu. Ye lah betol la tu..faktor usia kot yang menyumbang kehongehan saya ini hihihi

Ok back to tempat lama nih. 1st job saya selepas graduate. Memang seronok kerja sini. Saya teringat dulu memula kerja satu hapa pon tak tau. Dah la saya bukan pure accounting graduate. Tetibe plak bleh join audit firm. Asalnya incik bos bagi saya buat simple-simple account dan admin office je. Dekat 3 bulan camtu dia tros suruh a.k.a paksa saya ikot senior-senior pi audit visit. Dari situ le asalnya saya mula didedahkan dengan kerjaan pengauditan ini. Tinggal tros admin. Pastu up lagi ke bahagian taxation pulak. Kendian secretary company. Hah..hambik ko sume incik bos suh saya blaja tau. Time tu memang main redah je la. Banyak kena blaja balik. Rasa nak balik studi kat U tukar kursus hahaha. Tapi saya memang sesangat berterima kasih pada incik bos yang memberi peluang dan kepercayaan pada saya buat sume menda nih. Kalau tak kerana beliau makanya saya tidaklah berada ditahap saya sekarang ini. Terima kasih tak terhingga buat Encik Basri dan Encik Alauddin. Jugak rerakan AA yang lain. Saya memang sayang sangat-sangat dengan AA dan team audit lama saya dulu. Mereka pon sume dah bawak haluan sendiri. Yang tinggal hanya kak ana je, staff paling senior kat AA. Saya resigned pon atas sebab dah pindah rumah dan jauh dengan anak-anak. Kalau tak mungkin la saya setia lagi kot kat sana hihihi. Dari bujang sampai anak dah 3 saya kat sana tau. Haa bayangkan setia ke tak :-)


Inilah tunggak AA suatu ketika dahulu. Sekarang tinggal kenangan saje. Eh..lelaki berkopiah itu bukan incik bos tau. Tapi penampilannya lebih kurang, incik bos saya mai ofis fesyen ala-ala ustaz Don tau..comel kann!
Tapi walaupun gitu incik bos saya amat sempoi, professional dan berdedikasi. Saya memang amat selesa bekerja dengan mereka itu (geng tabligh). Boleh dikatakan setiap hari saya boleh dapat tazkirah pendek dari incik bos. Sesekali kami buat kuliah jumaat dan saya amat merindui yang itu lebih dari segala memori kerja saya disana. Memang rindu sesangat, jauh benar bezanya dengan sekarang ni. 

Mimpi dan rindu


It is OR vice versa...hahahaha (mengarut je) :p


Piya tengah mimpikan mama sebab mama tiap detik teringatkan piya ^_^


Tuesday, April 17, 2012

Cerita sedih



Ada sape sudi nak tolong kosongkan tray ngan yang atas meja tu tak??

Adoii la! Saya adalah sangat letih :'(

Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 16, 2012

Marahnya dia




Budak comel marah mama hahahaha
(fokus pada piya saje ye)
Published with Blogger-droid v2.0.4

Sonata Musim Salju


Salam senin korang...
Selamat kembali bekerja. Wah! Perasan macam cuti lama sangat la tu. Padahal wiken je pon.
Pagi ni tetibe teringat lagu dan cerita ni. Sebenarnya sebab dengar kat radio masa nak mai ofis pagi tadi huhu. Lebih mesra kalau disebut 'Winter Sonata' kan. Inilah drama korea pertama yang saya tengok dan tros jatuh cinta. Cerita yang penuh air mata. Penat tau nangis hahaha...
Best!

Saturday, April 14, 2012

Jom balik kampung

Dah lama tak balik sini. Rindunya! Mari beristirehat...


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, April 13, 2012

Quite



Diam tanda setuju kann #tiadamotif#

Thursday, April 12, 2012

New baby of the year


Not my baby of course.

My nephew, son of Dik N, Ameen Rezqullah Bin Ad'nin.
Owh kenapakah tiap kali tengok baby terasa nak jugak, dah lah baby boy plak tu. Bagi akak boleh tak N. Melampau sangat la tu, orang tu baru beranak sulung hahahaha

Comelll kannn!! Maklong jadik mama angkat ameen eyh..muah muah










Published with Blogger-droid v2.0.4

Sometimes



Is it?? Sometimes kan..

Wednesday, April 11, 2012

Banana tree

Daulat tuanku!

Terima kasih bagi kami cuti. Selamat istirehat ye. Mungkin arini saya rehat sebagai kuliketip tapi tidak untuk isteri, mama dan bibik hahaha. Hilang tros istirehat. Dari pagi dah sarong apron. Sedang ngalit mengemas baru terperasan pokok pisang dah berbuah. Wah! Akhirnya..lama kot kami tunggu heee~

Ada sapa nak ke?  :)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 09, 2012

Pepel lavender

Sangat Suka!!





Published with Blogger-droid v2.0.4

Sunday, April 08, 2012

Rapuh


meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
Dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta



Gambar Hiasan

Published with Blogger-droid v2.0.4

Saturday, April 07, 2012

Sahabat Selamanya


This song specially dedicated to Nurul.
Anggaplah kami sedang menyanyikannya secara koir degan nada yang sumbang, off-tone dan pitching ke laut, gunung, sungai dan lombong. Hahahaha!



Semalam adalah hari terakhir Cik NurulSyamimi our cute and committed Engineer ever (ecewah). Nama pon dah dekat sama dah kita, cume nama akak comel sket kot tapi nama je la, orangnya mestilah Nurul lagi comeyy :o)
Selamat menempoh alam pekerjaan yang baru, persekitaran dan kawan-kawan baru. Tempah baju kurung bebanyak tau. All the best okey! Kalau ada tender yang menarik roger-roger le kami.
Sarangheo Nurul ^_^

Gambaq gila kita semalam (edited version) hahaha



  
 

 





Thursday, April 05, 2012

Makin mengecil lah

Bulan lepas saje dah dapat 3 tender resignation letter. Dua orang daripadanya telah selamat berangkat maka tinggallah dua lagi. Eh! Empat la kan. Ok yang sorang lagi tak de tender, 24 hours blah. Masih ada 2 orang lagi yang dalam proses handling over dan menghabiskan saat-saat akhir dan manis di KCSB. Oww..sodih la pulak. Makin lama makin mengecil bilangan ahli keluarga kami. Tapi apa boleh buat, saya terima aje bagi pihak. Walaupun hati tak merelakan. Dan selalunya bos pon tak banyak kerenah nak approve.

Dua orang dapat peluang lagi best, ok accepted. Sorang sambong blaja, ok accepted jugak. Tapi yang sorang lagi tak de sebab atau alasan yang kukuh, pada saya lah kan. Apa-apa pon terserah lah pada memasing untuk memilih jalan terbaik untuk mereka. Macam saya, masih lagi setia untuk tahun yang ke-6. Lama kann. Semua rahsia on my finger tips. Eceh!
Paling kebetulan company sedang mengalami saat-saat genting maka tidak hairan la ramai yang nak berhenti. Yang tinggal hanyalah kami yang dah biasa melalui detik cemas, dah lali dengan keadaan cuaca company. Kejap hujan lebat, gerimis, mendung dan kemarau. Semua dah berjaya kami lalui dan alhamdulillah kami masih sabar dan setia.

(Sekadar gambar hiasan)


Published with Blogger-droid v2.0.4

Surprise :O



Semalam adalah birthday Aisyah! Bukan echah anak saya tapi officemate saya. Jadi kami pon buatlah surprise party untuk dia.  Tapi parti bajet ciput jek. Nak di bandingkan dengan Nurul dan intan aritu memang jauh beza. Almaklumlah kami masih bermusim kemarau. Bulan 2 punya baru dapat minggu lepas. Bulan 3? Tak nampak bayang lagi. Biasalah keja dengan construction company cuaca tak menentu. Kejap mendung, hujan, kemarau..hahaha.

Apa-apa pon kami masih happy!

Happy birthday again AISYAH ^_^

Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, April 04, 2012

Back to basic



Korang ada ke?

Haha sangat berlagak! Terasa klasik kan. Ok sekarang adalah masa berdiet karbo ataupon atkin diet.


Sila semak laman web ini : www.atkins.com

Tahu diet karbo tu cane? Senang je elak dari makan makanan yang berkarbohidrat le. Contoh paling utama nasi, roti, kentang. Tapi yang berdiet itu bukan saya semestinya. Mustahil la saya pulak. Oleh kerana passion dia (EncikSuami) kearah menguruskan badan meningkat ke level 100 degree maka terbeli lah kami dapor arang itu. Kengkonon le. Si dapor pon telah mula berkhidmat, adalah 4-5 kali kot. Tu pon hanya di hujung minggu aje. Ari-ari biasa tak boleh. Memalam berasap satu taman. Sila hormati jiran eyh :)
Setakat arini sume under control, tapi result dari pendietan ini masih belum menampakkan perubahan yang ketara. Kita tunggu aje lah dengan penuh kesabaran dan saya? Tentunya menyapot 200 peratus =)

Published with Blogger-droid v2.0.4