About

Thursday, April 05, 2012

Makin mengecil lah

Bulan lepas saje dah dapat 3 tender resignation letter. Dua orang daripadanya telah selamat berangkat maka tinggallah dua lagi. Eh! Empat la kan. Ok yang sorang lagi tak de tender, 24 hours blah. Masih ada 2 orang lagi yang dalam proses handling over dan menghabiskan saat-saat akhir dan manis di KCSB. Oww..sodih la pulak. Makin lama makin mengecil bilangan ahli keluarga kami. Tapi apa boleh buat, saya terima aje bagi pihak. Walaupun hati tak merelakan. Dan selalunya bos pon tak banyak kerenah nak approve.

Dua orang dapat peluang lagi best, ok accepted. Sorang sambong blaja, ok accepted jugak. Tapi yang sorang lagi tak de sebab atau alasan yang kukuh, pada saya lah kan. Apa-apa pon terserah lah pada memasing untuk memilih jalan terbaik untuk mereka. Macam saya, masih lagi setia untuk tahun yang ke-6. Lama kann. Semua rahsia on my finger tips. Eceh!
Paling kebetulan company sedang mengalami saat-saat genting maka tidak hairan la ramai yang nak berhenti. Yang tinggal hanyalah kami yang dah biasa melalui detik cemas, dah lali dengan keadaan cuaca company. Kejap hujan lebat, gerimis, mendung dan kemarau. Semua dah berjaya kami lalui dan alhamdulillah kami masih sabar dan setia.

(Sekadar gambar hiasan)


Published with Blogger-droid v2.0.4

2 comments:

  1. Bukan senang nk setia kt satu company....! Tapi kalau dh rezeki masih kt situ......insyaallah! Hanya Allah SWT yg tahu....disebalik semua kejadian. Semoga tabah!

    ReplyDelete
  2. #ibuhani: Insyaallah :)

    ReplyDelete