Actually bukan purposely nak celebrate father's day pon, kebetulan jek. Vitamin 'm' terlebih plak ari tu. Round punya round singgah la kat red wok restaurant tu. Memang tak penah gi pon sebelum ni padahal dekat je, belakang rumah huhu.
June 20, 2010
June 19, 2010
Dia seorang yang istimewa
Disuatu petang, saya menjadi pemerhati. Sekali pandang dia tak berbeza dengan kanak-kanak yang lain. Sempurna!
Dia memandang ke arah sekumpulan kanak-kanak sebaya dia bermain. Sesekali dia tersenyum dan tertawa mungkin lucu melihatkan mereka bermain. Lama dia memandang, kemudian dia bangkit mata masih kearah kumpulan itu dan terus berjalan masuk ke dalam rumah, meneruskan aktiviti harian dia, menonton tv atau kembali ke meja komputer.
Di sudut hati dia mungkin ingin turut menyertai mereka namun dia tidak pandai bersosial selain dengan adik beradik dia dan dalam masa yang sama kanak-kanak itu pon tidak memahami kesulitan dia. Komunikasi dia amat terhad hanya keluarga yang memahami. Sebab itu dia lebih selesa berada di dalam rumah dan menjalani aktiviti dia sendiri.
Lahirnya dia 9 tahun lalu, dia adalah seorang anak yang sihat, cergas dan comel. Dia adalah penyeri keluarga. Namun dia ada kekurangan. Dia menghadapi pembangunan mental yang agak lambat atau lebih di kenali dengan autisme.
Dia tak lain adalah satu-satunya anak lelaki saya pada ketika ini, Ahmad Izzul Hadif.
Walau apa pun kekuranganmu mama tetap bangga dan gembira memiliki Hadif. Hadif adalah amanah yang Allah berikan pada mama dan insyaallah mama akan jaga dan didik Hadif sebaik mungkin. Mama sentiasa berharap agar suatu hari ada keajaiban yang akan berlaku untuk Hadif. Semoga Allah memberi mama kekuatan untuk terus membantu Hadif. Aminnn...Mama sayang Hadif
Nota kaki: ketika entri ini saya taip, puas saya menahan sebak dan akhirnya air mata ini gugur jua walau cuba di tabahkan hati.
Mr Mama
Sejak awal tahun 2010, saya mula diarahkan bekerja pada hari sabtu. Oh...betapa sukarnya untuk menerima arahan itu namun siapalah saya untuk membantah. Pernah salah seorang teman memberitahu 'mem' besar atas kesukaran mendapatkan pengasuh anak untuk hari sabtu. Tahu apa jawapan dia; tat's not my problem.....adoyai memang la cik puan oiii, hangin kami-kami mendengarnya. Patutnya dia pon paham sebab dia pon seorang isteri dan ibu kepada 3 orang anak yang masih bawah umur cume bezanya dia ada 2 orang bibik. Kami????
Jadiknya suke tak suke terpaksa la saya melaluinya. Syukur alhamdulillah suami sudi membantu menguruskan anak-anak pada setiap hari sabtu. Termasuk menyediakan makan tengahari...klasss kan. Alhamdulillah....love u B (^.^)
June 17, 2010
Dapat awardkah???
Opsss mahap la Anne, akak tak perasan plak n pass award kat akak. Thank you very mush dear, i'm really appreciate it muah muah. Exactly memang sibuk dengan baby pink ku yang semakin hari semakin tembab ahahahaha.
So next pass tis award to....
7 perkara tentang diri saya????
1. Bini pada wak sani ekekeke
2. Mama kepada 4 anak..hui gamai tu :p
3. Suka kecoh-kecoh, wat kelakar, cepat ketawa
4. Sangat sensitip ^_^'
4. Paling senior kt pejabat..tp peel tak bape nak senior
5. Dulu amat pendiam, waktu jaman budak-budak (tak percaya tanya mak) tapi bila dah jadik mak budak; cam murai tercabut ekor cit cit cit
6. Paling tak pandai buat kuih karipap uhuhuhu...
7. Suka berangan jadik kaya :D
Aha...dah siap, kire dan menepati syarat bEauTiFuL BlOgGeR la ni kan, ecececeh
Ok, pada yang telah di awardkan oleh saya silalah menepati syarat di bawah ye.
1. Thank & link the person that gave you the award
2. Pass this award onto bloggers you've recently discovered and think are fantastic.
3. Contact said blogs and let them know they've won the award.
4. State 7 things about yourself.
June 15, 2010
Happy Birthday Kak Cik
Tahun ni tiada sambutan hari lahir untuk semua, bermula dengan alya pada 30hb januari lepas dan beberapa hari lepas aisyah a.k.a kak cik (panggilan sejak dah beradik tapi alya still tak leh ubah panggil adik :p). Bukan tak mahu buat sambutan biarlah sesekali dierang belajar beserderhana. Paling tidak beli kek je wat makan sekuarga sekadar memperingati detik bersejarah mereka itu. Itu pon dah cukup menggembirakan mereka.
Gemuk susah kurus pon susah
Intro yang ringkas, kemana saya pergi soklan yang selalu diajukan: wah terror la ko..dh banak 4 badan mainten lagi...apa rahsianya..share lah...
Masalah..masalah.. sejujurnya memang saya tak ada apa-apa rahsia. Mungkin dek kerana rutin harian yang ketat kut...mungkin la. Tak pon cuba la berada di tempat saya, bekerja 8 jam siang hari di pejabat, balik tu sambung plak ngan keja-keja umah; masak, ngemas, mendobi, melayan kerenah anak-anak yang boleh tahan lasak..tido yang tak penah cukup, bole kut kurus.
June 14, 2010
My New Beruk @ Home
Tetiba terasa begitu produktif untuk mengupdet blog..adakah kerana penangan nasik lemak pagi nih...huh apakah????
Saje nak memberi info terkini...mengalu-alukan kedatangan new Maxis broadband for travel and back up ke rumah saya hehehehe
Memula tu rasa cuak jugak sebab maxis coverage memang agak hampeh..tapi tapi sungguh heran lagi ajaib...ia melunjur cargas..hebat kan...
Rindu
Semakin hari semakin terbiar blog saya..kesian die..apakan daya masa begitu mencemburui saya. Hari ini sambil menikmati nasik lemak saya menaip beberapa baris perkataan ini untuk mengingatkan kawan-kawan yang saya masih ada blog hehehe
Subscribe to:
Posts (Atom)