Syurga cinta = cinta yang hadir dari renungan mata kali pertama di akhiri dengan perkahwinan
Jadilah wanita yang berada dalam bekas kaca, cantik dilihat, tak boleh disentuh dan hanya orang yang layak sahaja mampu memilikinya
Selagi ada rasa takot akan kematian dan Allah, itu tandanya iman masih ada dalam diri kita
apa kes lak ni??? :D
Malam tahun baru mood saya melayan tb (x brapa btul tu; sebenarnye tb tu yang melayan saya melipat baju). Dari Jangan pandang belakang congkak sambung plak syurga cinta..marathon telefilem..bayangkan sendirila berapa bakol yang dikompol tuk 2 ari lepas ekekekeke
Walaupon cite lama dan saya penah tertengok cuma tak abih, kire pes time la nih layan, kira ok la. Ada beberapa mesej yang saya rasa sangat menyentuh ulu hati saya. boleh pulak air mata saya menetes ish ish sedih beno ke? Ke disebabkan suasana malam yang sunyi dan kena melipat baju sorang-sorang sedangkan yang lain dah lama dibuai mimpi buat saya sayu..ada banyak kemungkinan. Poyos kan...
Tapi selepas selesai menonton saya berfikir-fikir sendiri masih adakah gadis seperti Syuhadah itu di zaman ini dan akan datang...ermmmm; saya extent lagi pemikiran, anak pompuan saya ada 3 orang mampukah saya membimbing mereka seperti Syuhadah :-| (tak sempat jawap, tros tertidor zzzzz)
Selamat tahun baru semua, moga apa yang diazamkan tercapai.