August 11, 2011

Ikut suka la kann

Salam~
Tajuk entri kena ke sama ngan content entri? Mesti kot. Tapi saya kekadang tak tahu nak letak title apa. Hantam saja la..
Dalam beberapa tahun atau bulan kot saya suka tukar-tukar design blog. Sebab? Pertamanya saya cepat bosan. Tapi penyebab utama saya rasa sebab saya tak reti nak edit html. Kalau dah tempek template, memang ikut bulat-bulat tak de ubah pape dah. Ada benda-benda or ikon yang saya tak suka pon terpaksa suka sebabnya tak geti nak delete. Kesian kan. Banyak kali gak try and error tapi banyak yang error hahahahaha...

MySpace

Sumber Inspirasi


Video ni la echah duk layan ari-ari lepas sahur. Buat meniup semangat berpuasa.

August 10, 2011

Fidyah | Dah langsai ke belum

Salam~
Entri ini hanyalah perkongsian ilmu saje. Ia sebagai panduan dan peringatan buat diri saya juga. Mana la tau diperlukan nanti. Banyak kekeliruan dalam bab-bab ini.
Kredit kepada: Uztaz Nor Amin

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan terhadap individu Islam yang tidak dapat mengantikan puasanya di Bulan Ramadhan pada suatu tahun sehingga tiba Ramadhan tahun berikutnya. Bayaran fidyah ini boleh diserahkan kepada orang fakir miskin atau di mana-mana Jabatan Agama Islam Negeri yang menyediakan khidmat bayaran denda fidyah. Hukum membayar fidyah adalah wajib.
Kadar Fidyah

1 hari dendanya 1 cupak beras
1 cupak = 1 mud
bersamaan dengan nilai zakat fitrah semasa dibahagikan 4
RM............./4 = RM.............

Fidyah Tanpa Gandaan
Tidak wajib qada puasa dan wajib bayar fidyah pada tahun tersebut. Contohnya orang yang tidak boleh puasa ialah seperti orang tua yang uzur yang tiada kemampuan untuk puasa, orang yang mempunyai penyakit yang tidak boleh berpuasa dan seumpamanya.

Pengiraan Fidyah Tanpa Gandaan
Seseorang itu meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :
15 (Jumlah puasa yang ditinggalkan) x 5 (Jumlah tahun yang tidak diganti puasa) x RM 7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa) x 1/4 = RM 140.63

Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Tanpa Gandaan)


Fidyah Dengan Gandaan
Wajib Qada puasa dan wajib bayar fidyah.
Contohnya : Orang yang meninggalkan puasa kerana uzur syar'ie ataupun dengan sengaja. Ibu hamil atau yang menyusui anaknya yang takut akan kesihatan anaknya atau takut kesihatan dirinya dan janin.
Pengiraan Fidyah Dengan Gandaan

Seseorang meninggalkan puasa pada 5 tahun yang lalu selama 15 hari tanpa diganti puasanya sehingga tiba Ramadhan berikutnya :
15 (Jumlah puasa ditinggalkan) x 15 (Jumlah gandaan bagi 5 tahun) x RM7.50 (Jumlah zakat fitrah semasa) x 1/4 = RM 421.90

Cara Pengiraan Mudah & Terperinci (Dengan Gandaan)

Si Baldu Merah


Salam~
Tekak saya ni sangat la mengada-ngada. Perasan saya, memang kalo time puasa jek mesti ngidam nak makan kek. Kalau tahun-tahun sudah mengidam kek keju kali ni nak baldu merah plak. Adoiyai mana nak dapat nih. Kat area bangi ni memang ada la kedai-kedai kek yang jual tapi sumenya hampa gas jek taste dia. Tu ari besday my brother, sempat melantak kek dia. Awek dia belikan. derang duk complaint manis tapi saya makan ok jek sedap je hahahaha..nampak sangat kemaruk nak makan baldu merah tu. Ada la few online bakers tapi sumenya nak kena self pickup. Memang tak ahhh. Tau-tau je la pack day saya tiap ari. Emm tunggu brother saya datang balik la suh dia amik kan. Buat sementara sabau je la.

(Picture credit to: Laura-daddy's macarons)

August 9, 2011

Bila yang biasa jadi tak biasa

Mak aii pehal panjang no title entri ko lijah. Lijah? Hahahaha tu la nama glemer i bagi makcik ngan nenek i belah asben. Tak pe ler, mahapkan je derang sebab tak geti nyebut za. Apa da melalut..
Ehem..ni tak lain tak bukan pasal hadif la, kan sejak i half day dia selalu balik rumah lepas skola. Tak pon i bawak terapi, makan-makan, jalan-jalan. Tapi bulan puasa ni i cam malas nak amik half day. Bukan apa i pikir keja i je. Tak settle-settle even yang simple. Semua gara-gara tengahari nak rushing balik. Ni tak kira lagi yang nak kena gi bank. Adoi, tu pon i jugak. Hurm apa nak kata, ada assistant tapi sume tak leh drive. Nak suh guna keta i, tak geti drive manual plak. Macam-macam alasan kan. Ye le keta i kan buruk...hehehe. Redho je la.
Terpaksa la hadif i anta balik ke taska, minggu lepas mintak pak usu dia tolong jaga. Kebetulan dia baru abih latihan industri. Minggu ni dia pon dah balik melaka. Monyok la hadif. Dulu time tak puasa leh la jugak pujuk, bawak makan McD. Ni puasa cemana? Dia memang la tak puasa tapi sekurang-kurangnya i nak dia hormati bulan puasa. Takat nak beli air, minum dalam keta i approve lagi. Makan? Sorry tak bley. Kesian dia tapi i kena jugak buat camni sebab target nak menyiapkan keja-keja tetunggak bulan puasa ni. So bley la beraya sakan hahahaha....konon!

August 8, 2011

7 hari selesai

Salam~
Alhamdulillah dah 7 ari kita sume berpuasa kan, cepat je masa berlalu. Tiap-tiap ari jugak la melayan kerenah alya ngan echah bersahur. Budak-budak kan...
Setakat ari ni menu berbuka i sume home made jek. Bukan apa tak geti lah i nak membeli kat param tu. Banyak sangat pilihan. Ikut napsu macam-macam nak makan sudahnya ke tong sampah jugak. Membazir tuu...sebab tu la i decide masak jek, simple pon tak pe. Anak-anak and hubby pulak jenih tak berkira bab-bab makan. Lagi la i suke kann.
Paling best yang i rasai selepas 7 ari berpuase ni, berat i dah turun 3 kelo ok. Wow! sangat teruja uollss. Kalo tak punya la payah nak turun. Ikutkan i ni tak ler gumuks mana tapi bab pewot muncit ngan spare tyre jek. La ni dah hilang sket. Heheheh suke uuu...harap-harap pas raya nanti leh maintain.
Bulan pose ni jugak la en hubby merembat tunggangan baru. Senang ke Param katanya..ade plak? Tak la sebenarnya dah lama berhajat tup-tup rezeki bulan ramadhan datang pulak. Alhamdulillah..

Piya ngan echah mengetest power...


August 3, 2011

29th July~ our 11th years


Alhamdulillah...moga kasih sayang kita hingga ke firdausi..aminnn

Daisypath Anniversary tickers